Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement RHB Bank kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

Cara Print Statement RHB Bank Online

Untuk dapatkan penyata RHB Bank, kau perlu ada Internet Banking RHB Bank. Kalau tidak, memang tak boleh masuk.

Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement RHB Bank:

  1. Layari laman web rasmi RHB Bank di sini: https://logon.rhb.com.my
  2. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet RHB Bank
  3. Login logon.rhb.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan frasa Secret Word yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan Login
  8. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard RHB Now
  9. Pilih My Account > eStatement Management
  10. Pilih Saving Account
  11. Klik Next
  12. Sila ke bahagian eStatement Registration / Cancellation
  13. Pilih View Online
  14. Klik Preview
  15. Selepas itu, klik My Accounts sekali lagi
  16. Pilih View e-Statement
  17. Pilih Savings Account
  18. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
  19. Download statement RHB Bank tersebut
  20. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  21. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
  22. Tekan butang Print
  23. Selesai

Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan RHB Bank kau yang tak berapa banyak itu.

 

Ada Cara Print Mini Statement RHB Bank di ATM?

Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement RHB Bank melalui ATM.

Selalunya, ia dipanggil penyata mini RHB Bank.

Walau bagaimanapun, tak semua bank ada fungsi ini.

Memandangkan aku dah tutup akaun RHB Bank, aku tak ingat caranya.

Secara umumnya, kau boleh cuba langkah-langkah berikut:

  1. Cucuk kad ATM RHB Bank kau
  2. Masukkan nombor PIN
  3. Cari fungsi Penyata Mini
  4. Tekan menu Penyata Mini di ATM
  5. Tunggu sebentar
  6. Cetakan resit kecil akan keluar
  7. Statement mini akan terpapar
  8. Selesai

 

Boleh Download Penyata RHB Bank Guna RHB Mobile Banking App?

Ya, memang boleh.

Cuma aku tak rajin nak tulis guide RHB Bank ini sebab caranya agak renyah.

Kena download apps RHB Bank, login, klik sana, klik sini.

Leceh.

Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement RHB Bank
guna apps iPhone dan Android.

Cara ini sesuai untuk yang celik IT dan biasa guna aplikasi RHB Mobile Banking untuk buat transaksi.

 

Kenapa Perlu Print Statement RHB Bank Terkini?

Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini RHB Bank.

Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement RHB Bank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi RHB Bank.

Ini kerana bank-bank seperti RHB Bank perlu mengesahkan pendapatan kau.

Takkan RHB Bank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

Ini penting bagi RHB Bank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

Untuk penyata mini RHB Bank melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi RHB Bank terkini.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement RHB Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply