Anda pernah dengar tentang pinjaman peribadi RHB? Kalau tidak pernah, tidak mengapa. Kini anda bukan lagi seperti katak di bawah tempurung. Ini adalah kerana, penulisan kami kali ini akan mengupas mengenai personal loan yang disediakan oleh RHB.

Jika anda merupakan salah seorang yang ingin membuat pinjaman peribadi yang berlesen dan diyakini.  Anda telah membaca artikel yang tepat dan tidak perlu bersusah payah nak buat pinjaman dengan Ah Long. Mari teruskan dengan informasi kami

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi RHB

Berikut merupakan beberapa jenis pinjaman peribadi daripada RHB yang boleh anda mohon.

1. Pinjaman Peribadi-i untuk sektor awam

Pinjaman peribadi ini adalah kategori pinjaman islamik patuh syariah yang menggunakan konsep Komoditi Murabahah. Pinjaman Peribadi-i untuk sektor awam merupakan salah satu pinjaman peribadi yang tersenarai di dalam senarai pinjaman peribadi yang tidak bercagar.

Oleh itu, anda tidak perlu menyediakan apa-apa aset,barang atau penjamin sebagai cagaran bagi pihak anda. Tambahan lagi, melalui pinjaman ini anda akan menerima kadar keuntungan yang fleksibel serendah 5.15% setahun dan tempoh pinjaman dari 2 tahun sehingga 10 tahun.

Pinjaman ini juga menyediakan pinjaman peribadi bermula RM2,000 sehingga RM200,000.

Namun, ia hanya terbuka kepada kakitangan kerajaan persekutuan, negeri dan kakitangan syarikat (GLC) yang terpilih. Selain itu, anda juga perlu memenuhi beberapa syarat atau kelayakan dan menyediakan beberapa dokumen untuk melengkapkan permohonan anda.

Anda boleh merujuk jadual di bawah sebagai ringkasan maklumat pinjaman Peribadi-i untuk sektor awam:

 

Kadar keuntungan

 Fleksibel serendah 5.15% setahun

Jumlah pinjaman

Bermula RM2,000 hingga RM200,000

Sektor pekerjaan

Kakitangan kerajaan persekutuan, negeri dan kakitangan syarikat (GLC) terpilih

Kelayakan

  • Berumur 18 tahun hingga 58 tahun
  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan

Tempoh kelulusan 

7 hari waktu bekerja

 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pinjaman Peribadi-i untuk sektor awam. Sila ketahuinya dengan membaca perincian maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon pinjaman peribadi RHB ini:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun hingga 58 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Merupakan kakitangan yang berkhidmat di sektor kerajaan persekutuan.
  • Merupakan penjawat di sektor kerajaan negeri.
  • Pekerja di syarikat (GLC) yang terpilih.
  • Menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa jenis dokumen yang perlu disediakan untuk membuat permohonan pinjaman peribadi RHB ini. Antara dokumen untuk diserahkan adalah:

  • Salinan kad pengenalan diri.
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini.
  • Penyata akaun simpanan RHB/RHBIB atau buku akaun bank lain.
  • Surat pengesahan jawatan sekiranya masih berkhidmat.
  • Surat persaraan jika sudah bersara.
  • Surat penyata penebusan dari mana-mana bank lain atau institusi kewangan jika berkaitan.
  • Surat pertukaran (bagi pemohon yang akan dipindahkan dalam tempoh kurang 6 bulan dari masa permohonan).
  • T228 (untuk Sarawak sahaja).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman Peribadi-i untuk sektor awam?

Mengenai corak pembayaran balik pinjaman peribadi ini. Sila rujuk jadual pembiayaan sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat pembayaran semula.

Untuk makluman, anda boleh melakukan pembayaran bulanan pinjaman peribadi ini menggunakan kaedah potongan gaji.

Contoh senario:

“Puan Hana telah mendapat kelulusan pinjaman Peribadi-i untuk sektor awam. Untuk memastikan pembayaran balik pinjaman beliau secara bulanan berjalan lancar. Beliau telah merujuk jadual pembiayaan yang disediakan oleh pihak RHB sebagai panduan.

Sebagai langkah yang lebih efektif untuk menyelesaikan semula pembiayaan pinjaman ini. Beliau memilih untuk membayar balik melalui potongan gajinya secara bulanan.”

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Anda boleh membuat permohonan pinjaman Peribadi-i untuk sektor awam ini melalui 2 cara. Pertama, hadir di mana-mana cawangan RHB atau RHB Islamic berhampiran anda.

Kedua, anda boleh memohon secara online menerusi laman web rasmi RHB.

 

2. Pinjaman Peribadi-i untuk pesara

Pinjaman peribadi RHB jenis ini adalah dikhususkan kepada golongan pesara yang ingin membuat pinjaman peribadi namun telah bersara. Tidak kiralah anda merupakan pesara kerajaan atau tentera, anda layak memohon pinjaman ini.

Pinjaman peribadi-i untuk pesara ini adalah pinjaman yang tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Kadar keuntungan yang diterima pula adalah fleksibel iaitu sebanyak 7.00% setahun dan tempoh pinjaman yang diberikan dari 3 tahun hingga 10 tahun.

Selain itu, jumlah pinjaman peribadi yang diberikan ialah bermula dari RM5,000 sehingga RM100,000. Namun, jumlah pinjaman tersebut bergantung kepada kelayakan atau kelulusan permohonan anda.

Di bawah ini merupakan jadual ringkasan maklumat pinjaman Peribadi-i untuk pesara:

 

Kadar keuntungan

 Fleksibel serendah 7.00% setahun

Jumlah pinjaman

Bermula dari RM5,000 hingga RM100,000

Sektor pekerjaan

Pesara kerajaan atau pesara tentera

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 40 tahun

Tempoh kelulusan 

7 hari waktu bekerja

 

Jika anda merupakan pesara yang berminat untuk memohon pinjaman ini. Anda harus mengambil tahu syarat atau kelayakan, dokumen dan maklumat lain yang diperlukan untuk pelan pinjaman ini.

Berikut kami sediakan maklumat tambahan yang lebih terperinci mengenai pinjaman Peribadi-i untuk pesara ini kepada anda.

Kelayakan untuk memohon

Terdapat beberapa syarat dan kelayakan yang harus anda penuhi sebelum memohon pinjaman peribadi ini. Antaranya adalah:

  • Mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Merupakan pesara kerajaan.
  • Merupakan pesara tentera.
  • Had umur sekurang-kurangnya 40 tahun.

 

Dokumen diperlukan

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti di bawah untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • 2 Salinan kad pengenalan diri (bahagian depan dan belakang).
  • 2 Kad pesara Kerajaan Malaysia.
  • 2 Kad pesara tentera.
  • 1 Penyata pencen (JPA).
  • 1 Lejar pesara (JHEV).
  • 2 Penyata akaun simpanan RHB/RHBIB atau buku akaun bank lain (wajib untuk pelanggan baru).
  • 1 Penyata asal penebusan dari mana-mana bank lain atau dari mana-mana institusi kewangan (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman Peribadi-i untuk pesara?

Mengenai corak pembayaran bulanan atau pembayaran balik pinjaman Peribadi-i untuk pesara ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini untuk panduan anda.

Untuk makluman, anda boleh membuat pembayaran bulanan pinjaman ini melalui arahan debit automatik.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Sekiranya anda ingin membuat permohonan pinjaman ini, anda boleh hadir di mana-mana cawangan RHB atau RHb Islamic yang berhampiran anda.

Anda juga boleh melayari laman web RHB untuk mengetahui lebih lanjut tentang permohonan pinjaman ini secara online.

 

3. Pinjaman Peribadi-i untuk sektor swasta

Selain daripada pinjaman peribadi untuk sektor awam dan pesara. RHB juga turut menawarkan pinjaman peribadi untuk sektor swasta. Pinjaman Peribadi-i untuk sektor swasta adalah pinjaman jangka masa pendek dan tidak bercagar.

Melalui pinjaman peribadi ini, anda boleh memohon pinjaman dengan jumlah bermula RM2,000 sehingga RM150,000 dan menerima kadar keuntungan fleksibel serendah 12% setahun. Selain itu, pelan pinjaman peribadi ini memberikan tempoh pinjaman selama 2 tahun sehingga 7 tahun.

Untuk pinjaman Peribadi-i ini, ia hanya dibuka kepada pemohon yang merupakan kakitangan di sektor swasta. Oleh itu, untuk penjawat awam atau pesara. Anda boleh memohon pinjaman peribadi RHB yang lain mengikut kategori dan kelayakan anda.

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mengetahui sedikit sebanyak maklumat ringkas mengenai pinjaman Peribadi-i untuk sektor swasta ini:

 

Kadar keuntungan

Fleksibel serendah 12% setahun

Jumlah pinjaman

Bermula RM2,000 hingga RRM150,000

Sektor pekerjaan

Pekerja swasta

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Had umur bermula 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan minimum RM3,000 sebulan

Tempoh kelulusan 

7 hari waktu bekerja

 

Untuk maklumat lebih lanjut dan terperinci mengenai syarat atau kelayakan, dokumen dan maklumat lain yang diperlukan bagi memohon pinjaman ini. Anda boleh terus membacanya melalui maklumat tambahan yang kami sediakan.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Merupakan pekerja di sektor swasta.
  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan minimun RM3,000 sebulan.

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan untuk melengkapkan permohonan anda. Antaranya adalah seperti:

  • Salinan kad pengenalan diri (bahagian depan dan belakang).
  • Slip gaji 1 bulan yang terkini.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata penyelesaian penuh dari bank atau mana-mana institusi kewangan lain (jika berkitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman Peribadi-i untuk sektor swasta?

Bagi corak pembayaran bulanan atau pembayaran balik pinjaman ini. Anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan dan memudahkan anda membuat pembayaran semula secara berkala.

Tambahan lain, untuk membuat pembayaran semula pinjaman ini. Anda boleh menggunakan kaedah pemindahan gaji atau arahan debit automatik.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

JIka anda berminat untuk memohon pinjaman Peribadi-i untuk sektor swasta ini. Anda boleh hadir di mana-mana cawangan RHB atau RHB Islamic yang berhampiran anda.

 

4. RHB Easy-Pinjaman Ekspres

Pinjaman peribadi RHB ini adalah jenis pinjaman konvensional yang menawarkan jumlah pinjaman peribadi bermula RM2,000 sehingga RM150,000. Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan adalah sehingga 7 tahun dengan kadar faedah yang dikenakan hanyalah serendah 6.9%.

Walau bagaimanapun, pinjaman ini hanya terbuka kepada mereka yang bekerja di sektor swasta atau bekerja sendiri. Untuk pengetahuan anda, RHB Easy-Pinjaman Ekspres ini mampu memproses keputusan permohonan anda hanya dalam masa 24 jam waktu bekerja.

Namun, ia bergantung kepada waktu permohonan anda dilakukan.

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mengetahui maklumat ringkas mengenai pinjaman peribadi RHB Easy-Pinjaman Ekspres:

 

Kadar faedah

 Serendah 6.9%

Jumlah pinjaman

Bermula RM2,000 hingga RM150,000

Sektor pekerjaan

Kakitangan swasta atau bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Had umur dari 21 tahun hingga 55 tahun
  • Berpendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan

Tempoh kelulusan 

Dalam masa 10 minit

 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini. Mari ketahuinya dengan terperinci melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon pinjaman peribadi RHB ini:

  • Warganegara Malaysia.
  • Had umur bermula 21 tahun sehingga 55 tahun.
  • Tidak termasuk di dalam senarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan atau bank.
  • Menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.
  • Memiliki syarikat yang telah didaftarkan di SSM sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 tahun ke atas (jika berkaitan).
  • Memiliki akaun semasa di bawah nama syarikat (jika berkaitan).

 

Dokumen diperlukan

Sila kenal pasti beberapa dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan pinjaman peribadi anda seperti:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Salinan penyata gaji untuk 1 bulan terkini.
  • Salinan penyata gaji 6 bulan terkini untuk yang menerima komisen bulanan.
  • Salinan penyata EPF 12 bulan terkini.
  • Salinan borang-borang berkaitan cukai (jika berkaitan).
  • Salinan penyata akaun semasa syarikat untuk 6 bulan terkini (jika berkaitan).
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat SSM (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi RHB Easy-Pinjaman Ekspres?

Mengenai corak pembayaran bulanan pinjaman peribadi ini, anda boleh merujuk jadual pembiayaan ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat pembayaran balik.

Sila ambil perhatian bahawa jadual pembayaran bulanan pinjaman peribadi ini hanyalah sebagai panduan dan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut prosedur bayaran yang ditetapkan oleh pihak RHB.

 

Di mana boleh memohon pinjaman ini?

Pinjaman peribadi RHB Easy-Pinjaman Ekspres ini boleh dimohon di mana-mana cawangan RHB atau RHB Islamic berhampiran anda.

 

Akhir kata

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis pinjaman peribadi RHB yang boleh anda mohon sekiranya anda memerlukan duit dalam jumlah yang banyak dan segera. Diharapkan perkongsian kami mengenai pinjaman peribadi RHB ini dapat membantu anda yang memerlukannya.

Semoga urusan anda juga dipermudahkan.

Walau bagaimanapun, jadilah peminjam yang berhemah dengan membelanjakan duit pinjaman itu untuk keperluan atau kebaikan. Jangan guna untuk berjoli pula. Pastikan niat dan tujuan anda membuat pinjaman peribadi ini betul dan bayar semula secara konsisten.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

2 Comments

Leave A Reply