Jom ketahui cara beli tiket wayang online supaya urusan menonton wayang anda jadi lebih mudah, sekaligus menjimatkan masa dan tenaga anda.
So, bila datang mana-mana pawagam selepas ini dah tak perlu lagi beratur sebab dah tahu cara yang lebih baik. Kalau nak lebih lanjut lagi, mari baca di sini.
Izinkan kami berkongsi.
1. Cara beli tiket wayang online guna aplikasi TGV
Nak beli tiket wayang online untuk TGV Cinemas? Mudah saja.
Mari ikuti panduan di bawah:
- Sila muat turun aplikasi TGV Cinemas di Google Play Store atau App Store anda.
- Buka aplikasi TGV Cinemas.
- Pada laman utama, sila tekan pada ikon Cinemas terlebih dulu untuk mencari pawagam berhampiran anda.
- Lokasi pawagam berserta senarai filem, tarikh dan waktu yang available akan dipaparkan (jangan lupa untuk adjust tarikh dan hari tayangan yang anda nak tengok pada bahagian atas skrin).
- Kemudian, scroll ke bawah dan lihat pada bahagian filem yang anda nak tonton.
- Pilih Waktu untuk menonton.
- Pada laman seterusnya, tekan butang Continue as Guest di bahagian bawah skrin (sila Sign In jika anda mempunyai akaun ahli TGV atau tekan butang Join Now jika ingin mendaftar sebagai ahli TGV).
- Kemudian, masukkan Email yang aktif dan Nombor Telefon pada bahagian Guest Details dan tekan Proceed.
- Berikutnya, pilih tempat duduk anda pada tempat duduk yang masih kosong atau belum ditempah.
- Jika tiada apa-apa masalah, tekan butang Continue.
- Seterusnya, anda akan dibawa ke bahagian Select Ticket Type untuk memilih jenis tiket mengikut kategori yang disenaraikan berserta Total harga tiket anda.
- Tekan butang Continue.
- Kemudian, anda boleh memilih makanan atau minuman yang ditawarkan dan tekan butang Continue.
- Anda akan dibawa ke bahagian bayaran.
- Pastikan semua maklumat adalah betul dan tekan Pay Now.
- Kemudian, pilih kaedah bayaran yang anda ingin gunakan dan ikuti sahaja arahan untuk melengkapkan proses bayaran tersebut hingga selesai.
- Akhir sekali, status pembelian tiket anda akan dipaparkan.
- Tahniah! Pembelian tiket wayang online TGV anda berjaya dilakukan.
2. Cara beli tiket wayang online melalui aplikasi GSC
Kalau nak beli tiket wayang online GSC Cinemas, anda boleh ikut langkah-langkah seperti di bawah:
- Mestilah kena muat turun aplikasi GSC di Google Play Store atau App Store anda terlebih dulu.
- Kemudian, buka aplikasi GSC tersebut.
- Pada laman utama, tekan pada ikon Cinemas untuk menentukan lokasi pawagam yang anda nak pergi.
- Seterusnya, pilih lokasi pawagam anda.
- Anda akan dibawa ke laman Showtimes.
- Pilih Filem yang anda nak tonton berserta Hari, Tarikh, Lokasi Pawagam dan Waktu Tayangan.
- Jika sudah selesai, tekan butang SELECT SEAT untuk memilih tempat duduk anda.
- Pada laman Select Seats, sila pilih tempat duduk anda pada bahagian yang masih available.
- Jika dah tetapkan, sila tekan butang CONFIRM.
- Seterusnya, sila buat pengesahan jenis tiket anda di bahagian Confirm Ticket Type dan tekan CONFIRM.
- Kemudian, anda boleh memesan makanan atau minuman di laman Select e-Combo.
- Setelah selesai membuat pilihan, tekan butang Total yang berwarna kuning.
- Anda akan dibawa ke laman Review Summary.
- Sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tick pada bulatan bersetuju dengan terma dan syarat GSC.
- Kemudian, tekan butang CHECKOUT & PAY.
- Seterusnya, pilih kaedah bayaran yang anda ingin gunakan dan ikuti sahaja arahan untuk melengkapkan proses bayaran tersebut hingga selesai.
- Status pembelian tiket anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan proses pembelian tiket wayang online GSC yang lebih lancar. Kami sarankan anda mendaftar akaun GSC terlebih dulu. Andai kata dah ada, boleh ikut cara beli tiket seperti di atas.
Selain itu, untuk anda yang dah beli tiket online dan nak semak tiket tersebut. Anda boleh semak tiket di laman utama aplikasi dengan menekan ikon Me dan pilih bahagian My Tickets.
3. Tiket wayang MBO
Ini adalah cara beli tiket wayang online MBO Cinemas:
- Muat turun aplikasi MBO Cinemas di Google Play Store atau App Store anda.
- Buka aplikasi MBO Cinemas.
- Laman utama MBO Cinemas akan dipaparkan.
- Sila tekan pada bahagian Tab Menu di sebelah kiri.
- Tekan ikon Cinemas untuk melihat lokasi pawagam yang ada.
- Senarai lokasi pawagam akan dipaparkan.
- Sila tekan pada lokasi pawagam yang anda inginkan.
- Di laman seterusnya, senarai filem dan tarikh serta waktu yang available akan dipaparkan.
- Sila pilih Filem, Tarikh dan Waktu untuk anda tonton.
- Kemudian, anda perlu memilih jenis tiket pada bahagian Choose Your Tickets.
- Jika dah confirm, tekan butang CONTINUE.
- Pada laman seterusnya, sila pilih tempat duduk anda dan tekan butang CONTINUE.
- Butiran pembelian tiket online anda akan dipaparkan.
- Sila pastikan semua maklumat tepat dan tekan butang CHECKOUT.
- Kemudian, anda perlu memasukkan butiran diri anda di halaman yang disediakan dan tekan CONTINUE.
- Anda akan dibawa ke halaman Payment Options.
- Pilih kaedah bayaran yang anda ingin gunakan dan ikuti sahaja arahan untuk melengkapkan proses bayaran tersebut hingga selesai.
- Status pembelian tiket anda akan dipaparkan.
- Sila screenshot tiket atau semak tiket anda di laman utama pada bahagian Purchases.
- Tamat.
Akhir kata
Kesimpulannya, cara beli tiket wayang online ini hampir sama saja walaupun berbeza-beza panggung. Yang berlainan hanyalah aturan pembelian tiket itu.
Sebab apa? Sebab, ada orang dia nak survey filem apa yang available dulu. Ada orang pula, dia nak tahu panggung wayang apa yang paling dekat dengan dia dulu. So, terserahlah turutan nak beli tiket wayang masing-masing macam mana.
Tapi, kalau anda tanya kami. Beginilah cara kami beli tiket wayang online. Andai kata anda malas nak pergi tengok wayang. Boleh saja beli channel NJOI atau melanggan Astro Best Channel untuk tengok filem-filem yang anda suka dekat rumah.
Apa-apa sajalah asalkan anda bahagia.
Semoga bermanfaat.