Nak buat personal loan ini tak boleh lah main langgar saja. Kena tahu dulu sedikit sebanyak mengenai pinjaman peribadi yang selamat untuk dimohon. Bukan apa, kalau tak fikir panjang dan terus ambil keputusan untuk berhutang dengan sumber yang bukan-bukan macam pinjaman ahlong. Buruk padahnya nanti.
Jadi kalau tak nak ada masalah di kemudian hari, kena baca apa yang kami tuliskan ini.
Apa maksud pinjaman peribadi?
Sebelum itu, anda tahu tak apa maksud pinjaman peribadi?
“Eh, dah kenapa nak sekolahkan aku? Aku tahulah apa itu pinjaman peribadi”.
Janganlah marah.
Kami sekadar mahu jelaskan sekali lagi apa itu pinjaman peribadi dalam konteks yang lebih jelas dan lebih berilmiah.
Jangan ingat pinjaman peribadi itu sekadar pinjam dan bayar balik sahaja.
Bagi yang tak tahu, pinjaman peribadi atau personal loan adalah merupakan kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan kepada individu yang layak untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka.
Ingat, mesti orang yang memenuhi syarat dan kelayakan sahaja.
Sebagai contoh, jika anda ingin mendirikan rumah tangga tapi tak ada modal.
Anda boleh mohon pinjaman peribadi untuk merealisasikan perkahwinan idaman anda.
Itu namanya pinjaman untuk kahwin.
Banyak bank yang berikan perkhidmatan untuk pinjaman perkahwinan.
Sekarang anda dah tahu maksud pinjaman peribadi kan?
Bagus.
Seterusnya, kena tahu pula apakah ciri-ciri pinjaman peribadi yang selamat pula.
Apa itu pinjaman peribadi yang selamat?
Safe
.
Trusted.
Itu kata kunci utama.
Pinjaman peribadi yang selamat adalah bermaksud pembiayaan yang tidak mendatangkan apa-apa risiko dan bahaya kepada si peminjam.
Jangan hanya fikir nak pinjaman yang segera dan mudah dapat.
Cepat dapat tak bermaksud selamat.
Tapi, macam mana nak tahu yang pinjaman ini selamat?
Ada tak apa-apa ciri untuk kenalpasti?
Jangan risau, mestilah ADA.
Kami senaraikan ciri-cirinya di bahagian bawah ini.
Ciri-ciri pinjaman peribadi yang selamat
Berikut adalah ciri-ciri personal loan yang selamat untuk anda apply:
1. Berlesen
Pinjaman peribadi yang selamat mestilah dijalankan oleh pemberi pinjaman wang berlesen yang telah diluluskan untuk menjalankan perkhidmatannya.
Berlesen di sini adalah bermaksud berlesen dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ini bermakna, mereka tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan tidak boleh beroperasi ikut suka mak bapak dia.
Sedangkan orang berniaga goreng pisang tepi jalan pun kena ada lesen meniaga.
Inikan pula kalau nak bagi orang pinjam duit dalam kuantiti yang besar.
Untuk keselamatan anda, sila rujuk senarai pinjaman wang berlesen yang dipercayai.
Insya Allah, selamat.
2. Ada hitam putih
Ada hitam putih adalah bermakna wujudnya sebarang surat perjanjian atau dokumen yang sah mengenai perjanjian di antara pemberi pinjaman dan peminjam.
Kalau pinjaman peribadi anda itu tak ada disediakan apa-apa surat untuk ditandatangani dan sebagainya.
Maksudnya lebih kepada cakap pakai mulut saja tanpa ada sebarang bukti bertulis untuk direkodkan.
Adalah something fishy di situ.
3. Kadar faedah yang munasabah
Logiklah kalau mana-mana pinjaman peribadi akan mengenakan kadar faedah kepada peminjam.
Mereka pun nak untung juga.
Cuma, kalau interest yang dikenakan itu macam terlalu rendah atau terlalu tinggi sangat daripada biasa.
Secara umumnya, kalau dia kata interest cuma 1%, janganlah percaya.
Menipu sahaja itu.
Takkanlah dia tak nak untung.
Dan kalau dikenakan bunga lebih 20%, itu memang melampaulah.
Mengarut sangat.
Anda kena double check balik.
Boleh jadi ada trick mereka yang anda tak tahu.
Jadi, ada tak pinjaman peribadi yang selamat?
Mestilah ada.
Takkan tak ada.
Kalau nak tahu, pinjaman peribadi yang paling selamat ialah pinjaman dengan bank.
Kebanyakan bank di Malaysia yang menawarkan pinjaman peribadi mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas.
Ikutlah nak kata bank-bank ini lintah darat atau tidak.
Terpulanglah.
Yang penting, meminjam dengan bank tidak akan memungkinkan anda berdepan dengan risiko penipuan dan scam.
Takkan bank nak menipu kan?
Andai kata ditipu sekalipun, boleh saman pihak bank di mahkamah.
Kalau beranilah.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian kami ini dapat membuatkan anda lebih jelas tentang pinjaman peribadi yang selamat.
Elakkan dari tertipu dan terjerat dengan tawaran-tawaran pinjaman yang tak masuk akal.
Sentiasa beringat sebelum mudarat.
Semoga bermanfaat.