Untuk menukar nombor mudah alih yang digunakan bagi menerima TAC (Transaction Authorisation Code), anda perlu hadir ke mana-mana cawangan Hong Leong Bank (HLB). Menurut garis panduan rasmi, kemaskini nombor TAC hanya boleh dilakukan secara fizikal di cawangan bagi tujuan keselamatan dan pengesahan identiti.
Namun, jika anda ingin mengemaskini nombor telefon yang dikaitkan dengan produk tertentu seperti kad kredit, anda boleh menggunakan fungsi Update Contact Info di HLB Connect Online Banking atau aplikasi mudah alih HLB Connect. Caranya ialah log masuk ke akaun, pergi ke Settings → Update Contact Info, pilih produk yang berkenaan, masukkan nombor telefon baharu, kemudian sahkan perubahan tersebut menggunakan kod TAC yang akan dihantar ke nombor lama atau nombor baharu anda, bergantung kepada sistem pengesahan yang sedang digunakan.
Kemaskini No Telefon Hong Leong Bank
Macam mana nak tukar nombor telefon Hong Leong Bank?
Berdasarkan maklumat rasmi daripada Hong Leong Bank (HLB), sebarang proses untuk kemaskini atau menukar nombor telefon yang digunakan bagi menerima TAC (Transaction Authorisation Code) hanya boleh dilakukan dengan hadir sendiri ke mana-mana cawangan HLB. Ini adalah langkah keselamatan bagi memastikan identiti pelanggan dapat disahkan sebelum nombor telefon baharu didaftarkan.
Oleh itu, jika anda ingin menukar nombor telefon, anda perlu membawa kad pengenalan asal serta dokumen berkaitan (contohnya buku akaun atau kad bank, jika diminta) ke cawangan HLB terdekat. Pegawai perkhidmatan pelanggan akan membantu anda membuat pertukaran nombor telefon secara rasmi dalam sistem bank.
Macam Mana Nak Tukar Nombor Telefon Hong Leong Bank?
Berikut merupakan langkah-langkah menukar nombor telefon anda di cawangan Hong Leong Bank:
- Pastikan anda membawa semua dokumen pengenalan diri serta yang berkaitan dengan Hong Leong Bank (jika diperlukan).
- Hadir di mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda.
- Dapatkan nombor giliran di kaunter pengambilan nombor dan ambil tempat duduk anda.
- Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
- Apabila nombor giliran anda sudah dipanggil, pergi ke kaunter urusan yang telah dimaklumkan.
- Beritahu tujuan anda untuk tukar nombor telefon kepada kakitangan bertugas.
- Kemudian, berikan apa-apa butiran yang diperlukan oleh kakitangan tersebut untuk tujuan memproses maklumat dan permintaan anda.
- Tunggu seketika.
- Jika tiada sebarang masalah, nombor telefon anda akan berjaya ditukar.
- Selesai.
Boleh Ke Tukar Nombor Telefon Secara Online?
Tidak, nombor telefon Hong Leong Bank yang digunakan untuk menerima TAC (Transaction Authorisation Code) tidak boleh ditukar secara online. Seperti yang dinyatakan oleh pihak bank, sebarang kemaskini nombor telefon hanya boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana cawangan Hong Leong Bank. Ini adalah langkah keselamatan yang ditetapkan bagi melindungi akaun pelanggan daripada akses tidak sah.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda boleh merujuk kepada HLB Connect FAQ, khususnya pada soalan nombor 14, yang menyatakan bahawa pertukaran nombor telefon tidak disediakan melalui platform lain selain kemaskini secara fizikal di cawangan.
Masih Ada Masalah Untuk Tukar Nombor Telefon Hong Leong Bank?
Jika anda masih menghadapi masalah untuk menukar nombor telefon Hong Leong Bank, anda boleh terus menghubungi Hong Leong Bank Customer Contact Centre di talian 03-7626 8899 untuk bercakap dengan pegawai perhubungan pelanggan. Nombor ini adalah saluran rasmi bank untuk sebarang pertanyaan umum, termasuk isu berkaitan pertukaran nombor telefon dan penggunaan HLB Connect.
Selain itu, anda juga boleh menghantar e-mel ke [email protected] bagi maklum balas, aduan atau tindakan lanjut. Walaupun e-mel ini digunakan lebih kepada urusan maklum balas dan koleksi pelanggan, ia tetap merupakan saluran rasmi bank untuk menyalurkan isu anda supaya dapat dirujuk kepada bahagian yang berkenaan.
Nak tukar nombor telefon hong leong bank
Tukar nombor telefon
Nak tukar nombor telefon hong leong bank
Nak tukar number phone Hong Leong bank
Nak tukar no hp