Ada tak di antara anda semua yang kad Maybank hilang? Kalau ada, di sini kami telah kongsikan panduan khas untuk membantu anda menangani situasi cemas seperti ini.

Ingin tahu apa dia? Jemput baca penulisan ini.

Apa perlu buat kalau kad Maybank hilang?

Paling utama sekali adalah anda jangan panik. Kemudian, anda perlulah block, sekat atau menyahaktifkan kad Maybank anda agar tidak disalahgunakan oleh mana-mana individu atau pihak lain.

Tindakan ini sebenarnya bertujuan untuk memastikan keselamatan akaun Maybank anda dari segi wang atau maklumat peribadi anda agar terus dilindungi.

Selepas itu, apabila isu kad Maybank anda telah berjaya diselesaikan. Anda boleh menggantikan kad Maybank tersebut dengan membuat kad baru.

Cara block/sekat kad Maybank hilang

Berikut adalah 3 cara berserta langkah-langkah untuk block, sekat atau menyahaktifkan kad Maybank anda yang telah hilang.

a) Sekat secara online di maybank2u.com.my:

  1. Layari laman web Maybank online banking iaitu Maybank2u di maybank2u.com.my.
  2. Kemudian, Login seperti biasa ke akaun Maybank online banking anda.
  3. Pada halaman utama profil atau akaun anda, sila pilih menu Settings.
  4. Seterusnya, klik pada bahagian Cards dan Manage Debit Cards.
  5. Selepas itu, klik Debit Card dan Replace & Block.
  6. Kemudian, sila klik pada ikon Menu Option yang mempunyai 3 bintik.
  7. Beberapa pilihan akan dipaparkan.
  8. Di situ, sila pilih Block Card dan tekan Confirm.
  9. Kad berkenaan akan disekat.
  10. Selesai.

b) Block kad Maybank hilang melalui panggilan telefon:

  1. Dail talian 1-300-88-6688 untuk bercakap dengan Customer Care Hotline Maybank Malaysia.
  2. Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
  3. Apabila panggilan anda sudah dijawab, perkenalkan diri dan beritahu yang kad Maybank anda hilang.
  4. Kemudian, panggilan anda akan disambungkan ke bahagian berkaitan.
  5. Tunggu seketika untuk panggilan anda disambungkan.
  6. Jika panggilan anda sudah berjaya disambung, perkenalkan diri dan tujuan anda menghubungi sekali lagi.
  7. Seterusnya, berikan segala maklumat atau butiran yang diperlukan oleh pihak Maybank untuk memproses permintaan anda.
  8. Jika tiada apa-apa masalah, kad tersebut akan disekat oleh pihak Maybank serta-merta.
  9. Ikuti arahan lain yang diberikan oleh pihak Maybank jika ada.
  10. Tamat.

Kalau dah berjaya block, apa tindakan seterusnya?

Katakanlah yang anda dah pun selesaikan masalah berkenaan kehilangan kad Maybank anda. Seterusnya, apa yang perlu anda lakukan adalah ganti atau tukar kad Maybank anda yang hilang kepada yang baru.

Ia boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu secara online atau terus hadir ke cawangan Maybank berhampiran anda. Tapi, kalau anda tanya kami. Kami sarankan anda terus ke cawangan Maybank untuk buat kad baru.

Ini adalah kerana anda bukannya nak buat kad baru sebab expired tapi sebab kad hilang. Jadi untuk lebih kepastian dan maklumat lanjut, lebih baik pergi ke cawangan.

Masih ada pertanyaan lain mengenai kad Maybank hilang?

Sekiranya anda masih menghadapi sebarang kesukaran dan sebagainya mengenai kad Maybank hilang atau hal-hal lain berkaitan Maybank. Anda bolehlah terus menghubungi Customer Care Hotline Maybank Malaysia di talian 1-300-88-6688 bagi tindakan lanjut.

Akhir kata

Diharapkan perkongsian kami ini dapat menyelesaikan masalah anda sekaligus membuatkan urusan anda menjadi lebih lancar dalam apa jua situasi.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

1 Comment

Leave A Reply