Buat anda yang tercari-cari cara transfer duit Bank Islam. Kami ada sediakan panduannya untuk anda jadikan sebagai rujukan. Semuanya tersedia di dalam artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Cara transfer duit Bank Islam secara online

Berikut adalah langkah-langkah untuk transfer duit Bank Islam melalui akaun Bank Islam online banking:

  1. Layari laman web Bank Islam online banking di bankislam.biz atau buka aplikasi Go by Bank Islam di telefon pintar anda.
  2. Anda akan dibawa ke laman utama web Bank Islam online banking.
  3. Pada laman tersebut, klik INTERNET BANKING LOGIN.
  4. Anda akan dibawa ke laman untuk log masuk ke akaun anda.
  5. Masukkan USER ID dan tekan LOGIN.
  6. Kemudian, sahkan Private Image dan Private Word anda dengan menekan butang Yes.
  7. Seterusnya, masukkan PASSWORD dan tekan butang LOGIN.
  8. Anda akan dibawa masuk ke dalam akaun Bank Islam online banking anda.
  9. Pada laman utama akaun anda, terdapat beberapa jenis menu yang akan tertera.
  10. Sila pilih jenis transfer yang ingin anda lakukan mengikut kategori menu seperti:
    • Transfer to DuitNow ID/Account.
    • Third Party Account.
    • Own Account.
    • Interbank GIRO (IBG).
    • Quick Fund Transfer.
  11. Setelah anda memilih dan menekan klik pada menu transfer yang anda inginkan, anda akan dibawa ke bahagian seterusnya untuk melengkapkan proses pindahan wang anda.
  12. Sila isikan segala butiran yang diperlukan di bahagian tersebut.
  13. Setelah selesai mengisi maklumat pindahan, tekan butang Transfer.
  14. Jika tiada apa-apa masalah, transfer duit Bank Islam anda telah berjaya dilakukan.
  15. Selesai.

Untuk makluman, anda boleh menggunakan langkah transfer yang sama di laman web atau aplikasi Bank Islam yang telah dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store anda.

Namun, pastikan anda menggunakan kaedah ini setelah anda mempunyai akaun Bank Islam online banking. Andai kata tak tahu macam mana cara nak buka akaun Bank Islam online, boleh rujuk link di sini vao.bankislam.com.my.

Cara transfer duit Bank Islam melalui ATM

Kalau tak ada Bank Islam online banking tak menjadi masalah. Boleh juga anda melakukan pindahan wang Bank Islam anda melalui ATM.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM yang ada berhampiran anda.
  2. Masukkan kad ATM anda tunggu seketika untuk kad anda dibaca.
  3. Kemudian, anda pilih BAHASA.
  4. Seterusnya, masukkan Nombor PIN kad ATM anda.
  5. Tunggu seketika sementara akaun anda sedang disahkan.
  6. Paparan laman menu utama akan keluar.
  7. Tekan LAIN-LAIN URUSNIAGA atau PINDAHAN.
  8. Seterusnya, pilih PINDAHAN ANTARA BANK MEPS atau PINDAHAN INTERBANK SEGERA.
  9. Selepas itu, pilih jenis BANK PENERIMA dan masukkan KOD BANK yang tertera.
  10. Kemudian, tekan YA atau TERUSKAN.
  11. Di laman seterusnya, anda perlu memasukkan Nombor Akaun Penerima.
  12. Tekan YA.
  13. Tunggu seketika untuk pengesahan maklumat penerima.
  14. Jika semua maklumat tepat, tekan YA atau TERUSKAN.
  15. Tahniah! Anda telah berjaya transfer duit Bank Islam melalui ATM.
  16. Tamat.

Transfer duit guna mesin CDM

Di bawah adalah langkah-langkah untuk transfer duit Bank Islam menggunakan mesin Cash Deposit Machine (CDM):

  1. Pergi ke mana-mana mesin CDM Bank Islam yang berhampiran anda.
  2. Sentuh skrin atau tekan apa-apa butang di mesin CDM tersebut untuk mulakan proses pindahan wang atau pengaktifan.
  3. Seterusnya, pilih BAHASA yang ingin digunakan.
  4. Kemudian, tekan DEPOSIT WANG.
  5. Selepas itu anda perlu memasukkan Nombor Akaun Penerima dan tekan YA.
  6. Seterusnya, maklumat penerima akan terpapar.
  7. Tekan TERUSKAN.
  8. Isi duit yang ingin di transfer ke dalam ruangan wang yang disediakan.
  9. Tekan TERUSKAN.
  10. Akhir sekali, tekan TERIMA atau TAMBAH (untuk menambah jumlah wang).
  11. Selesai.

Buat pindahan wang di cawangan Bank Islam

Kalau anda tak nak ikut 2 cara di atas. Anda juga boleh gunakan cara manual ini untuk transfer duit Bank Islam anda.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Bawa kad pengenalan (wajib) dan buku Bank Islam jika ada.
  2. Hadir di mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan anda.
  3. Ambil nombor giliran.
  4. Seterusnya, tunggu seketika sehingga giliran anda dipanggil.
  5. Kemudian, pergi ke kaunter urusan yang tertera.
  6. Maklumkan pada kakitangan bertugas yang anda nak transfer duit Bank Islam ke akaun berkenaan.
  7. Sila ikuti permintaan dan arahan seterusnya daripada kakitangan bertugas bagi menyempurnakan proses pindahan wang anda sehingga selesai.
  8. Kalau tiada sebarang masalah, duit anda akan berjaya di transfer.
  9. Tamat.

Akhir kata

Sekian saja perkongsian kami mengenai cara transfer duit Bank Islam kali ini. Kami berharap, penulisan di atas dapat memudahkan urusan perbankan anda dan juga memberikan faedah kepada pembacanya.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply