Anda nak semak no akaun ASB tapi tak tahu macam mana? Dah cari punya cari pun tak jumpa juga cara-caranya? Tak apa, jangan risau.
Jom ketahui alternatif yang boleh anda cuba untuk dapatkan no akaun ASB anda dengan sekelip mata saja. Di mana? Tentulah di dalam artikel ini. Mari teruskan membaca!
Izinkan kami berkongsi.
Semak no akaun ASB di cawangan atau ejen ASNB
Anda boleh semak no akaun ASB dengan hadir di mana-mana cawangan ASNB berhampiran atau terus berjumpa ejen ASNB yang dilantik.
Ikuti panduan di bawah:
- Dapatkan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan.
- Hadir ke cawangan ASNB berdekatan atau jumpa ejen ASNB yang dilantik.
- Dapatkan no giliran anda atau terus ke kaunter urusan.
- Nyatakan tujuan anda adalah untuk semak no akaun ASB.
- Ikuti arahan berikutnya yang diberikan oleh kakitangan bertugas.
- No akaun ASB anda akan diberikan.
- Sila catat atau rekod no akaun ASB tersebut.
- Selesai.
Semak no akaun ASB melalui panggilan telefon
Kalau anda nak lebih mudah, anda boleh saja semak no akaun ASB anda dengan menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan ASB.
Ikuti beberapa langkah mudah seperti di bawah:
- Dail talian 03 – 7730 8899 menggunakan telefon anda untuk menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan ASB.
- Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab.
- Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda adalah untuk semak no akaun ASB anda.
- Kemudian, panggilan anda akan disambungkan ke bahagian yang berkaitan.
- Tunggu sebentar sehingga panggilan anda disambung.
- Perkenalkan diri dan nyatakan tujuan anda sekali lagi.
- Berikan butiran yang diperlukan oleh pihak mereka.
- No akaun ASB anda akan dimaklumkan.
- Sila catat dan rekod no akaun ASB tersebut.
- Selesai.
Semak secara online menggunakan laman web myasnb.com.my
Jika anda ada kemudahan internet dan dah daftar myASNB account, bolehlah anda semak no ASB anda secara online. Hanya melalui laman web myASNB.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Layari laman web myASNB di sini myasnb.com.my.
- Pilih Bahasa yang ingin digunakan.
- Tekan butang LOG MASUK.
- Pada laman ASNB login, sila masukkan ID Pengguna dan klik Teruskan.
- Sahkan Frasa Keselamatan anda dengan menekan butang YA jika betul.
- Seterusnya, masukkan Kata Laluan.
- Klik butang LOG MASUK.
- Profil berserta no akaun ASB anda akan dipaparkan.
- Sila catat atau rekod no akaun tersebut.
- Selesai.
Semak no akaun ASB melalui aplikasi myASNB
Nak lebih cepat? Anda boleh menggunakan aplikasi myASNB untuk semak no akaun ASB anda. Caranya sama saja seperti di laman web myASNB.
Panduannya adalah seperti ini:
- Muat turun aplikasi myASNB di Google Play Store atau App Store terlebih dulu.
- Dah selesai muat turun, buka aplikasi myASNB.
- Anda boleh menukar Bahasa pada bahagian menu sebelah kanan skrin telefon anda.
- Kemudian, tekan Log Masuk.
- Masukkan ID Pengguna dan tekan Seterusnya.
- Sahkan Frasa Keselamatan anda dan tandakan pada butang yang disediakan jika betul.
- Masukkan Kata Laluan dan tekan Seterusnya.
- Setelah berjaya masuk, anda akan dipaparkan dengan laman profil akaun anda.
- No akaun ASB anda juga akan tertera.
- Sila catat, rekod atau screenshot no akaun tersebut.
- Selesai.
Semak di laman web atau aplikasi ejen bank pelaburan anda
Terdapat beberapa jenis bank yang menawarkan kemudahan pelaburan ASB sekaligus merupakan ejen ASNB.
Jadi, kalau nak semak no akaun ASB. Anda boleh juga menggunakan laman web atau aplikasi ejen bank anda.
Sebagai contoh, kami ambil Maybank sebagai tempat pelaburan ASB.
Sila ikuti panduan ini untuk semak no akaun ASB melalui Maybank2U:
- Log masuk ke akaun Maybank di laman web atau aplikasi Maybank2U.
- Halaman utama profil Maybank2U akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian yang mempunyai icon “V”.
- Lebih banyak Option akan tertera.
- Klik pada bahagian WEALTH.
- ASNB Account akan terpapar.
- Tekan butang VIEW.
- No akaun ASB akan dipaparkan.
- Catat, rekod atau screenshot no akaun.
- Selesai.
Sekiranya anda melabur ASB di bank selain Maybank. Bolehlah gunakan panduan ini untuk semak di laman web atau aplikasi bank masing-masing.
Walaupun mungkin tidak sama 100%, tapi caranya lebih kurang sama.
Ada masalah untuk semak no akaun ASB?
Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk semak ASB termasuklah no akaun ASB anda dan sebarang urusan yang berkaitan. Anda boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan ASB di talian 03 – 7730 8899.
Untuk makluman, waktu operasi bahagian ini adalah dari hari Isnin sehingga Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja.
Akhir kata
Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk semak no akaun ASB tanpa perlu pening-pening kepala nak cari jawapannya.
Semoga bermanfaat.