Kini, hanya dengan beberapa klik sahaja, anda boleh buat semakan baki dan transfer duit untuk buat tambahan pelaburan pada akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Jadi, izinkan kami berkongsi mengenai ASNB login melalui portal rasmi MyASNB.

Andainya anda terlupa dan tidak ingat, sila check no akaun ASB anda sebelum berurusan.

Cara login ASNB

Izinkan kami berkongsi cara login ASB dengan menggunakan beberapa cara yang ada.

1. Login melalui portal MyASNB

  1. Buka laman rasmi MyASNB di sini: https://www.myasnb.com.my/login
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Kemudian, klik TERUSKAN
  4. Sahkan Frasa Keselamatan anda
  5. Jika betul, tekan butang Ya
  6. Masukkan Password anda
  7. Tekan butang Log Masuk
  8. Selesai

2. Login menggunakan mobile app MyASNB

Jangan ingat PNB hanya menyediakan sistem online MyASNB sahaja. Sebenarnya, ia juga hadir dengan mobile app MyASNB yang boleh didapati di Google Play Store untuk Android; and Apple AppStore untuk iOS.

Aplikasi yang diperkenalkan bagi meningkatkan perkhidmatan digital PNB itu mudah dimuat turun dan selamat digunakan oleh pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Sebagai inisiatif digital, MyASNB  memberikan lebih kemudahan kepada pemegang unit untuk melakukan pelaburan permulaan atau tambahan kepada pelaburan sedia ada, semakan baki dan kemudahan penyata akaun serta maklumat terkini dari PNB.

Cara daftar ASB online (sebelum login ASNB)

Bagi yang masih belum mendaftar, kami kongsikan sekali cara untuk daftar ASB secara online.

Apabila selesai mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah mendaftar di portal MyASNB pada bila-bila masa sahaja. Sebelum anda boleh menggunakan mobile app MyASNB, anda perlu register terlebih dahulu secara online.

Caranya, adalah dengan melakukan langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1 – Pergi ke laman portal MyASNB di https://www.myasnb.com.my dan klik pada DAFTAR AKAUN.
  • Langkah 2 – Baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik DAFTAR DI SINI.
  • Langkah 3 –Baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran Portal MyASNB yang tertera. Selesai membaca, tekan butang TERUSKAN.
  • Langkah 4 – Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.
  • Langkah 5 –Klik pada maklumat asas yang diperlukan dan masukkan maklumat yang diminta. seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani (walaupun langgan banyak produk ASNB, hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini). Klik SETERUSNYA.
  • Langkah 6 Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC. Klik pada PERMINTAAN TAC. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan. Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
  • Langkah 7 – Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
  • Langkah 8 – Sekarang anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal MyASNB. Kata laluan (password) sementara akan diberikan. Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan. Kemudian, klik LOG MASUK.
  • Langkah 9 – Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
  • Langkah 10 – Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan. Klik TERUSKAN.
  • Langkah 11 – Anda diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan anda sendiri untuk tujuan keselamatan. Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan. Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga12 askara. Setelah kemaskini kata laluan, anda sudah selesai melakukan pendaftaran di portal MyASNB.

Untuk panduan yang lebih mudah, sila tonton video ini dari pihak PNB sendiri di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=VRMBXyDzozI

Cara kemaskini ASB online (selepas daftar & login MyASNB)

Data terpenting dalam proses kemaskini ini ialah nombor telefon.

Para pengguna perlu mendaftar nombor telefon mereka untuk memulakan pendaftaran di portal MyASNB. Nombor telefon ini akan digunakan untuk mendapatkan nombor TAC semasa pendaftaran aplikasi MyASNB dan semua urusniaga pada aplikasi tersebut pada masa akan datang.

Bagi melakukan kemaskini ini, anda hanya perlu membawa MyKad sahaja. Petugas di cawangan atau ejen yang anda kunjungi akan membantu mengemaskini maklumat peribadi anda.

Pengguna yang bermasalah untuk mengunjungi cawangan atau ejen ASNB bagi mengemaskini nombor telefon dan maklumat peribadi yang lain boleh melakukan kemaskini menerusi e-mel.

Anda hanya perlu e-mel maklumat peribadi dan nombor telefon berserta salinan MyKad yang telah disahkan oleh pegawai ASNB, pegawai dari ejen ASNB, ketua kampung, majikan dari bahagian sumber manusia atau pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan professional (salah satu sahaja) dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan.

Hantarkan e-mel ke MyASNB Portal Contact Centre di [email protected] atau ASNB Care di [email protected]

Kegunaan MyASNB

Simpan maklumat portfolio pelaburan

Maklumat portfolio pelaburan merupakan paparan pertama yang dapat dilihat oleh para pelabur selepas log masuk. Menerusi paparan ini para pengguna dapat melihat jumlah pelaburan, dana yang dilabur, jenis dana, baki semasa unit pelaburan dan harga semasa setiap dana ASNB.

Jika anda salah seorang penerima Bantuan Sara Hidup sekalipun, tak bermakna anda tidak boleh membuka akaun MyASNB.
 

Rekod urusniaga MyASNB

Semua rekod urusniaga yang dilakukan oleh pengguna turut tersimpan di aplikasi ini. Rekod yang disimpan meliputi urusniaga yang dilakukan bagi tempoh 7 hingga 90 hari.

Dengan itu, pengguna dapat melihat rekod transaksi tersebut dan memeriksa sama ada maklumat yang tertera pada bila-bila masa.

Paparkan penyata akaun

Pengguna dapat melihat penyata tahunan bagi dana yang dilabur pada aplikasi ini. Mereka boleh melihat jumlah dividen ASB tahun tersebut dan bonus yang diperoleh bagi setiap dana dengan mudah.

Melakukan pelaburan ASB tambahan

Pengguna boleh membuat pelaburan tambahan kepada dana-dana sedia ada di portal MyASNB.
Untuk membuat transaksi ini, pengguna hanya perlu menekan pada butang ‘pelaburan tambahan’ dan mengikuti langkah-langkah yang tertera.

Pelaburan tambahan menerusi aplikasi ini boleh dilakukan pada waktu urusniaga iaitu dana harga tetap boleh diakses pada hari Ahad hingga Jumaat dari jam 7.00 pagi hingga 6.30 petang.

Manakala dana harga berubah pula dapat dilihat pada Ahad hingga Jumaat (7.00 pagi hingga 4.00 petang). Pelaburan minimum tambahan bagi pengguna aplikasi adalah RM100 dan maksimum adalah RM30,000 bagi setiap urusniaga.

Login MyASNB online dan kemaskini profil peribadi

Para pelabur juga boleh mengemaskini butiran peribadiseperti alamat surat-menyurat, nombor akaun bank, nombor telefon, kata laluan (password), soalan keselamatan dan frasa keselamatan menerusi MyASNB.

Setiap kemaskini ini hanya memerlukan pengesahan nombor Kod Pengesahan Transaksi atau Transaction Authorisation Code (TAC).

Mudahkan?

Sebelum buat permohonan MyASNB

Perlu diingatkan, sebelum membuat pendaftaran di portal MyASNB, anda perlu mengemaskini maklumat peribadi.

Antaranya, nama, alamat, e-mel dan nombor telefon.

Kemaskini maklumat peribadi ini boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB seluruh negara atau ejen ASNB yang terdiri daripada Pos Malaysia, Maybank, Hong Leong Bank, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, AmBank, RHB Bank dan sebagainya.

Kelebihan login ASNB online & mobile app ASB

Mudah & jimat masa

Menerusi aplikasi MyASNB online, anda boleh melabur secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan. Anda juga boleh mengemaskini maklumat peribadi jika berlaku perubahan pada data peribadi.

Justeru, ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi turut memudahkan anda melakukan urusniaga ASB. Lebih memudahkan, semua informasi yang disediakan dalam MyASNB boleh diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu kecuali transaksi kewangan yang telah ditetapkan pada waktu tertentu sahaja.
 

Boleh urus akaun anak-anak

Selain boleh menguruskan akaun anda dengan mudah, anda juga boleh mengendalikan pelaburan dan akaun anak-anak anda jika anda ialah penjaga berdaftar untuk akaun mereka.

Kemudahan ini disediakan secara automatik, jadi ibu bapa boleh melihat akaun pelaburan anak mereka dan menambah pelaburan dalam akaun berkenaan pada bila-bila masa.

Login MyASNB sahaja, dan menguruskan akaun anak-anak yang dulu sukar, kini menjadi mudah.
 

Rekod terkini yang real-time

Biarpun transaksi ASB tidak lagi menggunakan buku pelaburan, anda boleh menyemak rekod transaksi terkini di aplikasi MyASNB.  Paparan urusniaga yang dipaparkan adalah dalam tempoh 30 hari.

Rekod yang dipaparkan adalah yang terkini kerana semua maklumat dikemaskini setiap satu jam. Jika terdapat kesilapan pada amaun yang tertera atau sebagainya, anda hanya perlu menghubungi pihak ASNB untuk membuat pertanyaan dan mengemukakan sebarang masalah yang dihadapi.

Selain itu, dengan MyASNB online juga, anda boleh juga boleh memuat turun Penyata Urusniaga Terkini untuk menyemak urusniaga yang telah dilakukan buat sepanjang setahun.

Percuma & selamat

Setiap transaksi yang dilakukan menggunakan aplikasi MyASNB adalah percuma. Bila login ASB, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa, tetapi juga dapat menjimatkan kos tambang, bayaran letak kereta, minyak dan tol, jika melabur menggunakan MyASNB online.

Malah setiap urusniaga juga dapat dilakukan dengan selamat kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan yang menggunakan Transaction Authorization Code (TAC).

Login MyASNB dan buka akaun lain dengan cepat

Dengan mendaftar di MyASNB, anda boleh membuka akaun lain seperti Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), Amanah Saham Bumiputera 3 (ASB3- DIDIK), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan sebagainya dengan mudah menerusi aplikasi ini.

Tidak perlu ke kaunter, mengisi borang dan beratur panjang. Hanya dengan beberapa klik, akaun baharu sudah tersedia untuk anda.

MyASNB online ini memang mudah bukan?

Akhir kata

Walaupun ramai orang yang mempertikaikan halal haram ASB, pendapat kami ialah lebih baik berlapang dada. Kita sebagai rakyat biasa yang tidak begitu mahir dalam bab-bab agama dan muamalat, lebih baik serahkan sahaja pada yang pakar.

Sekadar ingatan dari kami, setiap kali selepas login MyASNB dan tengok baki yang mungkin agak banyak; niatkanlah untuk bersedekah dan berkongsi dengan orang lain.

Diharapkan agar perkongsian mengenai ASNB login ini akan memudahkan lagi urusan anda. Semoga kita semua mendapat keberkatan di duni dan di akhirat.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

5 Comments

  1. Nampaknya panjang cerita untuk daftar baru. dulu saya biasa menggunakan cara lama, sekarang perlu daftar semula. Baca satu demi satu ayat untuk mamahami cara-cara nya.
    Bolih kah saya daftar maklumat isteri saya seperti no. HP dan email address sama dengan menggunakan no. HP dan email address saya? Isteri saya ada melabor asnb. Beliau tidak tahu menggunakan computer.
    Terima kasih.

  2. NOR ARZEMI BIN LATIP on

    SAYA SUDAH CUBA BUKA WEB LOG IN BEBERAPA KALI TETAPI TIDAK ADA. APAKAH SUDAH DIMANSUHKAN
    SAYA NAK CHECK DIVIDEN PUN TAK BOLEH

  3. syamzari bin che azik on

    saya risau nak cuba online takot scamer tpi saya banyak terkena .itu terfikir..tpi saya ada insuran pdm..

  4. As Salam,

    Boleh ke MyASNB online ini terhad kepada melihat dan memuatturun penyata SAHAJA? Sekarang ini penipuan online begitu lick dan saya hanya perlu memuatturun penyata sahaja ( Tiada keperluan untuk pengeluaran tunai, kemasukkan tunai )terima kasih

Leave A Reply