Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan bahawa keputusan STPM akan dikeluarkan pada 23 Julai 2024, jam 11.30 pagi. Seramai 41,548 calon dari 657 pusat peperiksaan di seluruh negara yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2023 boleh membuat semakan melalui portal rasmi MPM di http://stpm.mpm.edu.my/stpmK atau menghantar SMS ke 15888 dengan format: STPM [No. Kad Pengenalan] [Angka Giliran].
Semakan online akan dibuka mulai 11.30 pagi 23 Julai manakala SMS boleh dihantar dari 23 hingga 30 Julai 2024. Pengumuman awal keputusan STPM tahun membuka ruang kepada pelajar untuk merancang masa depan dengan lebih baik, sama ada menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi mahupun menceburi bidang kerjaya.
Check Result STPM
Bagaimana Cara Menyemak Keputusan STPM?
Berikut adalah penjelasan terperinci mengenai maklumat penting semakan keputusan STPM 2023:
Buat Semakan Secara Online di stpm.mpm.edu.my/stpmK
Calon STPM 2023 boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.
Pautan ini akan aktif bermula 23 Julai 2024, jam 11.30 pagi sehingga 30 Julai 2024, jam 12.00 tengah hari. Calon hanya perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Giliran peperiksaan untuk mengakses slip keputusan penuh mereka.
Bagaimana Cara Login stpm.mpm.edu.my/stpmK?
- Buka pelayar web dan masukkan URL http://stpm.mpm.edu.my/stpmK
- Di halaman utama, masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan.
- Masukkan Angka Giliran yang diberikan semasa peperiksaan.
- Pastikan nombor kad pengenalan dan angka giliran yang dimasukkan adalah betul.
- Selepas memastikan semua maklumat betul, klik butang “Hantar” untuk memproses permintaan.
- Keputusan peperiksaan STPM anda akan dipaparkan di skrin.
- Sekiranya perlu, cetak slip keputusan sebagai rekod simpanan.
- Jika anda seorang guru atau penyelaras sekolah, gunakan pautan yang disediakan untuk mencetak slip keputusan bagi calon sekolah/institusi.
Bagaimana Cara Buat Semakan Result STPM Melalui SMS?
Calon boleh mendapatkan ringkasan keputusan melalui perkhidmatan SMS. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, calon perlu menaip STPM<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>AngkaGiliran dan menghantarnya ke 15888.
Perkhidmatan SMS untuk semakan keputusan SPM akan diaktifkan pada masa yang sama dengan semakan dalam talian, iaitu 23 Julai 2024, jam 11.30 pagi
Ambil Keputusan di Kolej Tingkatan 6
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka secara fizikal di Kolej Tingkatan 6 masing-masing. Pihak kolej akan menyediakan keputusan mulai pukul 11.30 pagi pada 23 Julai 2024.
Ini memberi peluang kepada calon untuk mendapatkan bimbingan langsung dari guru mengenai keputusan mereka dan langkah seterusnya yang perlu diambil.
Apakah Jenis-jenis Semakan Keputusan STPM?
Berdasarkan sumber MPM, terdapat pelbagai jenis semakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tersedia. Antara semakan yang ditawarkan termasuklah Semak Keputusan Semester 1 Tahun 2024, Semak Keputusan Semester 2 Tahun 2023, Semak Keputusan Semester 1 Tahun 2023, dan Semak Keputusan Semester 3 Tahun 2023. Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan Ulangan 1 (U1) dan Ulangan 2 (U2) bagi Tahun 2023.
Bagi calon yang ingin mendapatkan gambaran menyeluruh prestasi mereka, pilihan Semak Keputusan Keseluruhan Tahun 2023 juga disediakan. Sekiranya calon tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh, mereka boleh memohon Rayuan Semak Semula STPM dan seterusnya menyemak Status Keputusan rayuan tersebut.
Kepelbagaian jenis semakan ini bertujuan untuk memudahkan calon mengakses keputusan peperiksaan mereka mengikut semester dan tahun yang berkaitan, di samping memberi peluang untuk memohon semakan semula atau rayuan jika perlu. Ini menunjukkan komitmen Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam menyediakan sistem yang komprehensif dan telus untuk pengurusan keputusan peperiksaan STPM.
Bagaimana Cara Buat Rayuan Semakan Semula Keputusan STPM?
Permohonan rayuan semak semula keputusan STPM ini hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem semak semula STPM yang akan diaktifkan pada 3 Julai 2024 jam 10.00 pagi. Calon boleh mengakses sistem tersebut melalui pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memaklumkan bahawa rayuan semak semula keputusan STPM Semester 3 bagi tahun 2023 akan dibuka pada 3 Julai 2024 jam 10.00 pagi dan ditutup pada 8 Julai 2024 jam 12.00 tengah malam.
Untuk membuat permohonan semak semula keputusan STPM, calon perlu klik pada pautan “Permohonan Semak Semula Keputusan STPM Semester 3 / 2023”. Selepas selesai membuat permohonan, calon boleh menyemak status permohonan rayuan semak semula mereka dengan klik pada pautan “Semak Keputusan Permohonan Rayuan Semak Semula”.
Bayaran permohonan rayuan semakan semula adalah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran. Pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui MyPay di pautan https://mypay.com.my/web/mpm/.
Keputusan rayuan semak semula akan diterima dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan. Calon boleh menyemak keputusan rayuan semak semula mereka di pautan https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/.
Apa Itu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Fungsinya?
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225]. MPM beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia dan majlis perasmian penubuhannya telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, YB Dato’ Musa bin Hitam, pada 22 April 1980.
Berikut ialah beberapa fungsi utama MPM:
Mengendalikan Peperiksaan STPM
MPM bertanggungjawab untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan seperti Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan sejak tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang sebelum ini dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).
Mengendalikan Peperiksaan MUET
MPM juga mengendalikan Ujian Malaysian University English Test (MUET) yang dimulakan pada tahun 1999, dengan penambahan MUET on Demand (MoD) bermula 2019 untuk memberi fleksibiliti kepada calon.
Menjalankan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing
Selain itu, MPM turut melaksanakan Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) yang dimulakan pada tahun 2016 untuk menguji penguasaan bahasa Melayu bagi warganegara asing.
Menjalankan Ujian Psikometrik
Fungsi kedua MPM adalah menjalankan ujian psikometrik seperti Career Selection Inventory for Malaysian (CaSIM I dan II) yang dilancarkan pada tahun 2011. Ujian ini bertujuan membantu memilih calon yang sesuai untuk program di institusi pengajian tinggi (IPT) dan untuk tujuan pekerjaan, berdasarkan minat kerjaya, personaliti, kecerdasan emosi, nilai integriti, dan kemahiran insaniah.
Menjalankan Kerjasama Ujian dengan Pihak Luar
MPM juga menjalinkan kerjasama ujian dengan pihak luar, antaranya Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk anggota Perkhidmatan Pelajaran di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) (2003-2011) dan Malaysian Information Technology Examination (MITPE) bersama Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn. Bhd. (METEOR) (2005-2010).
Ini termasuk kerjasama Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dengan Kementerian Pengajian Tinggi (2012-2013), Shariah Registered Financial Planner Capstone dengan Malaysian Financial Planner Capstone (2010-2015), Peperiksaan Imtihan al-Kafaah Li al-Lughah al-‘Arabiyya (IKLA) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2019), dan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (2021).
Adakah Peperiksaan STPM Sebahagian Daripada Sistem Pendidikan di Malaysia?
Ya, peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia. STPM adalah peperiksaan pra-universiti yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan diambil oleh pelajar selepas menamatkan pendidikan menengah atas (Tingkatan 6).
STPM berfungsi sebagai laluan alternatif kepada program matrikulasi atau asasi untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia. Keputusan STPM juga diiktiraf oleh universiti-universiti luar negara, terutamanya di negara-negara Komanwel.
Dalam sistem pendidikan Malaysia, STPM merupakan satu daripada dua program pra-universiti yang utama, bersama dengan program matrikulasi. Pelajar yang mengambil STPM lazimnya mengikuti pengajian selama satu setengah tahun (tiga semester) di Tingkatan 6 dan menduduki peperiksaan yang terbahagi kepada tiga penggal.
STPM penting dalam sistem pendidikan Malaysia sebagai salah satu laluan yang membolehkan pelajar mencapai kelayakan akademik yang diperlukan untuk memasuki institusi pengajian tinggi dan seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati.
Bagaimana Cara Untuk Hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)?
Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat terkini berkaitan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), mereka boleh layari laman web rasmi MPM di http://www.mpm.edu.my/. Laman ini merupakan sumber utama untuk mendapatkan informasi mengenai fungsi, perkhidmatan, dan aktiviti terkini MPM.
Selain itu, MPM juga aktif di platform media sosial, khususnya di laman Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/majlispeperiksaanmalaysia, di mana pengumuman penting dan berita terkini dikongsi secara berkala.
Bagi individu yang lebih selesa berkomunikasi melalui telefon, mereka boleh menghubungi talian MPM di 03-61261600 untuk mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut. Sekiranya pertanyaan atau maklum balas secara bertulis lebih diutamakan, orang ramai juga boleh menghantar e-mel terus kepada MPM melalui alamat [email protected].