Bil Astro merujuk kepada invois bulanan yang dikeluarkan oleh Astro, sebuah syarikat penyiaran berbayar di Malaysia. Bil ini mengandungi butiran terperinci mengenai pakej langganan, yuran bulanan, caj tambahan (jika ada), dan jumlah yang perlu dibayar oleh pelanggan. Bil Astro biasanya dihantar melalui pos atau boleh diakses secara dalam talian melalui portal rasmi Astro.
Pelanggan Astro perlu membuat semakan bil secara kerap dan menjelaskan pembayaran tepat pada masanya. Semakan bil membolehkan pelanggan memantau caj perkhidmatan dan memastikan ketepatan jumlah yang dikenakan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau pertanyaan mengenai bil tersebut, pelanggan boleh menghubungi khidmat pelanggan Astro untuk penjelasan atau pembetulan. Pembayaran bil Astro yang tepat pada waktunya penting untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan atau penalti lewat bayar. Pelanggan boleh membuat pembayaran melalui pelbagai kaedah yang disediakan oleh Astro, seperti pindahan bank dalam talian, kad kredit/debit, atau di pusat khidmat pelanggan Astro yang berdekatan.
Langkah-langkah Semak dan Bayar Bil Astro
Bagaimana Cara Buat Semakan Bil Astro?
Anda boleh menyemak bil Astro dengan mudah melalui 4 kaedah iaitu secara atas talian, aplikasi mudah alih, hubungi khidmat pelanggan Astro, melalui SMS dan Whatsapp. Pilih kaedah yang paling sesuai dan mudah untuk anda bagi memastikan bil Astro anda sentiasa dikemas kini.
Berikut ialah penerangan berkenaan 5 cara untuk membuat semakan bil Astro:
1. Check Bil Astro Secara Atas Talian Melalui MyAstro
Anda boleh menyemak bil Astro secara atas talian dengan melayari laman web rasmi Astro. Log masuk ke akaun MyAstro anda dan pilih bahagian “Bil”. Di sini, anda akan dapat melihat butiran bil terkini anda, termasuk jumlah yang perlu dibayar dan tarikh akhir pembayaran.
Bagi anda yang mempunyai akses Internet dan telah mendaftar ASTRO ID, anda boleh menyemak bil di portal yang disediakan oleh pihak Astro secara dalam talian.
Berikut ialah cara-cara untukmembuat semakan bil Astro melalui myastro.astro.com.my
- Layari portal MyAstro di sini https://myastro.astro.com.my.
- Klik Login to MyAstro Web
- Sila pilih Bahasa.
- Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk log masuk atau log masuk menggunakan akaun Facebook, Google, atau Apple anda.
- Masukkan E-mel / Nombor Telefon.
- Masukkan Kata Laluan.
- Tekan butang LOG MASUK.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal.
- Pada halaman utama, sila klik pada bahagian Bil dan Bayaran atau Lihat Bil untuk menyemak bil Astro anda.
2. Check Bil Astro Melalui Aplikasi Mudah Alih
Muat turun aplikasi mudah alih MyAstro daripada Google Play Store atau Apple App Store. Log masuk ke akaun anda dan pilih tab “Bil”. Anda akan dapat melihat butiran bil terkini anda, termasuk jumlah yang perlu dibayar dan tarikh akhir pembayaran.
3. Check Bil Astro Melalui Khidmat Pelanggan
Hubungi khidmat pelanggan Astro di talian 03-9543 3838 atau melalui e-mel di [email protected]. Wakil khidmat pelanggan akan membantu anda menyemak bil Astro anda selepas pengesahan identiti dibuat.
4. Semak Bil Astro Melalui SMS
Sekiranya anda tidak mempunyai akses Internet, anda boleh menyemak bil Astro menggunakan SMS. Jika anda tidak mengingati nombor akaun, anda boleh memasukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
Ikuti langkah-langkah untuk buat semakan bil Astro melalui SMS menggunakan Kad Pengenalan seperti berikut:
- Buka aplikasi SMS pada telefon anda.
- Taip ASTRO<jarak>BAL<jarak>NO AKAUN atau NO KP.
- Hantar ke 33310.
Contoh SMS: ASTRO BAL 135790123 dan tekan butang hantar ke 33310.
Anda akan dikenakan caj perkhidmatan bagi setiap SMS yang dihantar. Kadar caj SMS adalah bergantung kepada kadar yang ditetapkan oleh pembekal telekomunikasi anda.
5. Semak Bil Astro Melalui Whatsapp
Simpan nombor WhatsApp Astro, +60395433838, dalam telefon anda. Kemudian, buka WhatsApp dan hantar mesej dengan ucapan “Hi” atau “Hello”. Pilih opsyen “View Bill” dan masukkan nombor IC atau nombor akaun Astro anda untuk mendapatkan maklumat bil secara terperinci.
Bolehkah Semak Bil Astro Guna IC?
Ya, anda boleh membuat semakan bil Astro menggunakan Kad Pengenalan / MyKad / IC. Ini memudahkan proses semakan sekiranya anda terlupa atau tidak mempunyai nombor akaun Astro. Untuk “check Astro bill with IC number”, anda hanya perlu menghantar SMS dengan format “ASTROBALNO KP” ke 33310. Sebagai contoh, taip “ASTRO BAL 850101101234” dan hantarkan ke 33310.
Anda akan dikenakan caj perkhidmatan untuk setiap SMS yang dihantar berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi anda.
Bagaimana Cara Buat Bayaran Bil Astro?
Anda boleh membayar bil Astro melalui MyAstro, pembayaran JomPAY, di kaunter atau terminal layan diri, melalui perbankan internet atau mudah alih, atau melalui telefon.
Berikut ialah penerangan berkenaan 5 cara untuk membuat pembayaran bil Astro:
1. Pembayaran dalam talian melalui MyAstro
Anda boleh membuat pembayaran bil Astro secara dalam talian melalui portal MyAstro. Log masuk ke akaun Astro anda, pilih “Bayar Bil”, dan ikuti arahan untuk menyelesaikan pembayaran menggunakan kad kredit atau debit.
2. Pembayaran automatik melalui JomPAY
Daftarkan akaun Astro anda dengan JomPAY untuk pembayaran bil automatik. Anda boleh mendaftarkan akaun bank anda dengan JomPAY dan menetapkan arahan pembayaran automatik untuk bil Astro anda.
3. Pembayaran di kaunter atau terminal layan diri
Anda boleh membuat pembayaran bil Astro di kaunter atau terminal layan diri di cawangan Astro, Pos Malaysia, dan 7-Eleven terpilih. Sediakan nombor akaun Astro anda dan jumlah yang perlu dibayar.
4. Pembayaran melalui perbankan internet atau perbankan mudah alih
Bayar bil Astro anda melalui perbankan internet atau aplikasi perbankan mudah alih bank anda. Pilih “Pembayaran Bil” atau “JomPAY”, masukkan kod biller Astro, nombor akaun Astro, dan jumlah yang perlu dibayar.
5. Pembayaran melalui telefon
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Astro dan ikuti arahan untuk membuat pembayaran melalui telefon menggunakan kad kredit atau debit.
Bagaimana Untuk Mendaftar ASTRO ID Bagi Yang Belum Memilikinya?
Untuk mendaftar ASTRO ID, langkah pertama adalah mengakses laman web rasmi Astro di astro.com.my dan klik pada butang “My Account” yang terletak di bahagian kanan atas skrin. Jika anda belum mempunyai ASTRO ID, klik pada butang “REGISTER” untuk memulakan pendaftaran. Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat peribadi seperti nama pertama, nama akhir, alamat e-mel, nombor telefon bimbit, jenis kad pengenalan (MyKad, Passport, dll.), dan nombor kad pengenalan anda.
Seterusnya, buat kata laluan yang selamat dan masukkan semula kata laluan tersebut dalam ruangan “Confirm Password.” Setelah melengkapkan semua maklumat, klik pada butang “Sign Up” untuk mendaftar. Anda mungkin perlu mengesahkan pendaftaran melalui e-mel atau SMS yang akan dihantar kepada anda.
Selepas pengesahan, anda boleh log masuk ke akaun ASTRO ID anda menggunakan e-mel/nombor telefon dan kata laluan yang telah didaftarkan. Dengan ASTRO ID, anda boleh mengurus akaun Astro anda, membuat pembayaran bil, dan mengakses perkhidmatan Astro GO untuk menonton saluran kegemaran anda melalui peranti mudah alih atau komputer.
Pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil untuk proses ini. Jika menghadapi sebarang masalah, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan Astro untuk bantuan lanjut.
Apa Itu Astro Biller Code JomPAY?
Astro Biller Code dalam JomPAY merupakan penyelesaian pembayaran yang revolusioner di Malaysia, yang mengubah cara pelanggan mengendalikan bil Astro mereka. Ucapkan selamat tinggal kepada barisan yang panjang dan pembayaran yang lewat. Dengan Astro Biller Code dalam JomPAY, anda boleh menguruskan pembayaran anda dengan mudah bila-bila masa dan di mana jua.
Apa Kod Astro Biller Code JomPAY?
Astro Biller Code JomPAY untuk ASTRO ialah 9639. Sebagai pengebil berdaftar, ASTRO menerima jenis pembayaran daripada kedua-dua Akaun Semasa & Simpanan dan Akaun Kad Kredit. Julat pembayaran yang diterima bermula dari jumlah minimum RM 1.00 dan meningkat sehingga maksimum RM 30000.00. Ini memberikan julat yang luas bagi pelanggan untuk membuat pembayaran dengan mudah.
Kod ini digunakan apabila membuat pembayaran kepada syarikat ini melalui JomPAY, perkhidmatan pembayaran bil dalam talian yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Anda mesti memasukkannya ke dalam ruangan yang sesuai apabila membuat pembayaran anda melalui JomPAY.
Bagaimana Cara Buat Pembayaran Bil Astro Melalui JomPAY?
Untuk membayar bil Astro anda dengan JomPAY melalui perbankan internet atau perkhidmatan perbankan mudah alih bank anda, anda boleh mengikuti langkah-langkah umum berikut:
- Log masuk ke akaun perbankan dalam talian atau mudah alih anda.
- Cari pilihan “Pembayaran Bil” atau “Bayar Bil”. Ini akan berbeza bergantung pada bank anda.
- Pilih JomPAY sebagai pilihan pembayaran.
- Anda akan diminta memberikan Biller Code dan Nombor Rujukan.
- Astro Biller Code ialah 9639.
- Masukkan nombor akaun Astro anda sebagai Nombor Rujukan. Ini boleh didapati pada bil Astro anda.
- Masukkan jumlah yang perlu dibayar.
- Sahkan semua maklumat dan serahkan pembayaran anda.
- Anda akan menerima pengesahan pembayaran daripada bank anda.
- Selesai.
Bayar bil anda pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan. Antara muka dan proses setiap bank mungkin sedikit berbeza, jadi jika anda menghadapi masalah, anda mungkin perlu menghubungi bank anda untuk bantuan.
Bagaimana Cara Bayar Bil Astro Guna JomPAY CIMB Clicks?
Untuk membayar bil Astro menggunakan JomPAY melalui CIMB Clicks, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/.
- Pada bahagian atas laman, tekan butang “Login to CIMB Clicks”.
- Pada laman seterusnya, terdapat pilihan pada ruangan “I want to”; pilih “JomPAY”.
- Pada ruangan “Enter User ID”, masukkan User ID/username anda.
- Tekan butang “Login”.
- Sahkan SecureWord yang tertera. Sekiranya ia milik akaun anda, tanda pada kenyataan “Yes, this is my SecureWord”. Kemudian, pada ruangan “Enter Password”, masukkan kata laluan anda.
- Tekan butang “Login”.
- Anda akan dibawa terus ke seksyen untuk JomPAY. Beberapa ruangan perlu anda isi.
- Pada ruangan “Biller Code”, masukkan kod pengebil yang telah anda peroleh untuk Astro.
- Kemudian, pada ruangan “Ref-1”, masukkan kod Ref-1 yang boleh didapati pada bil Astro, di mana kedudukannya dalam borang adalah sama dengan kod pengebil.
- Pada ruangan “Biller Code Name”, masukkan nama “ASTRO”.
- Pada bahagian “From”, di ruangan “Account”, pilih akaun bank anda yang ingin anda gunakan untuk pembayaran.
- Pada bahagian “Amount and When”, untuk ruangan “Enter Amount”, masukkan jumlah bayaran bil anda.
- Pada ruangan “When”, biarkan sekiranya anda ingin membuat bayaran penuh. Sekiranya anda ingin membayar secara ansuran dan bukan bermula serta-merta, tekan pada tarikh yang tertera dan pilih tarikh anda.
- Kemudian, tekan pautan “Terms & Conditions” untuk membaca terma & syarat. Tekan butang “Yes”. Kemudian, tekan butang “Make Payment”.
- Pada laman seterusnya, tertera maklumat pembayaran anda. Semak semula.
- Sekiranya tiada masalah dan tiada kesilapan, anda juga perlu menekan butang “Request TAC” untuk mendapatkan kod TAC.
- Kod TAC akan dihantar melalui SMS ke telefon anda. Masukkan kod yang tertera dalam SMS tersebut ke ruang yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang “Confirm”.
- Pembayaran melalui JomPAY anda berjaya.
Bagaimana Cara Bayar Bil Astro Guna JomPAY Maybank2U?
Untuk membayar bil Astro menggunakan JomPAY melalui Maybank2U (Sistem Baru), ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do, untuk ke paparan utama laman web Maybank2U.
- Kemudian, log masuk ke akaun anda. Pada “My Username”, masukkan username anda.
- Tekan pada logo kunci mangga di sebelahnya.
- Seterusnya, sahkan “Security Phrase” yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang “YES”.
- Pada ruangan “My Password”, masukkan kata laluan anda.
- Kemudian, tekan butang “LOGIN”.
- Anda tiba di paparan utama akaun anda. Pada bahagian atas skrin, pilih tab “PAY & TRANSFER”.
- Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan untuk diisi.
- Pada “Pay From”, pilih akaun bank yang anda ingin gunakan untuk melakukan pembayaran.
- Pada “Pay To”, pilih “JomPAY”.
- Kemudian, pada ruangan “Enter Biller Code”, masukkan kod pengebil yang telah anda peroleh. Tekan butang “Enter” di papan kekunci.
- Kotak pemberitahuan akan tertera. Pada bahagian “Ref-1”, masukkan kod Ref-1 yang telah anda peroleh sebelum ini.
- Sekiranya ada kod untuk “Ref-2”, masukkan kod itu pada “Ref-2”.
- Pada “Pay Amount”, masukkan jumlah pembayaran yang anda ingin lakukan.
- Pada “Effective Date”, pilih tarikh yang anda ingin lakukan pembayaran.
- Anda boleh menekan “Set Recurring” untuk melakukan pembayaran secara ansuran bermula dan berakhir pada tarikh yang anda sendiri tetapkan.
- Tekan “Terms and Conditions” untuk membaca terma & syarat. Tanda pada pernyataan tersebut.
- Tekan butang “PAY”.
- Pada laman seterusnya, tertera maklumat pembayaran anda. Semak semula.
- Sekiranya betul, pada bahagian bawah skrin, tekan butang “REQUEST”.
- Anda akan mendapat SMS di telefon anda, yang mengandungi kod TAC. Masukkan kod TAC ini pada ruang yang disediakan di bawah skrin.
- Kemudian, tekan butang “CONFIRM”.
- Pembayaran bil secara JomPAY anda berjaya. Tekan “SAVE RECEIPT” untuk memuat turun resit pembayaran, atau tekan butang “NEW PAYMENT” untuk membuat pembayaran lain. Anda juga boleh menekan mana-mana bahagian lain untuk membuat transaksi lain selain daripada pembayaran.
Untuk membayar bil Astro menggunakan JomPAY melalui Maybank2U (Sistem Klasik/Lama), ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do, untuk ke paparan utama laman web Maybank2U.
- Kemudian, tekan pada butang “Back to the classic Maybank2U”.
- Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada “Username”. Tekan butang “Next”.
- Pada laman seterusnya, sahkan frasa keselamatan dan gambar yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang “Yes”.
- Pada ruangan “Password”, masukkan kata laluan anda. Tekan butang “Next”.
- Apabila tiba di paparan tab “Home” untuk akaun anda, pilih “Accounts & Banking”.
- Pada laman seterusnya, pergi ke bahagian kiri skrin dan tekan “Bill Payment”.
- Seterusnya, dalam menu “Payments”, pilih “JomPAY”.
- Kemudian, pilih “Make a one-off payment”.
- Terdapat ruangan yang anda perlu isi. Pada “Amount”, masukkan jumlah bayaran untuk bil anda.
- Pada “From Account”, pilih akaun bank yang anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran.
- Pada “Biller Code”, masukkan kod pengebil yang telah anda peroleh sebelum ini.
- Pada “Ref1”, masukkan kod Ref1 yang juga anda telah peroleh sebelum ini.
- Tekan “Terms & Conditions” untuk membaca terma & syarat.
- Kemudian, klik pernyataan ini, dan tekan butang “Continue”.
- Pada laman seterusnya, akan tertera maklumat pembayaran anda. Semak semula.
- Sekiranya betul, pada “Effective Date”, pilih sama ada anda ingin memilih “Today” untuk membuat pembayaran serta-merta, ataupun memilih tarikh lain untuk sistem membuat pembayaran secara automatik.
- Kemudian, tekan butang “Request for TAC” untuk mendapatkan kod TAC secara SMS ke telefon anda. Masukkan kod TAC ini pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang “Confirm”.
- Pembayaran melalui JomPAY anda berjaya. Tekan butang “Print Receipt” untuk mencetak resit pembayaran, atau tekan “Make another payment” untuk membuat pembayaran lain. Anda juga boleh menekan mana-mana tab yang lain, sekiranya ingin membuat transaksi lain selain daripada pembayaran.
Apa itu Ref-1 dan Ref-2 Dalam JomPAY?
Dalam konteks bil JomPAY Astro, Nombor Rujukan 1 (Ref-1) dan Nombor Rujukan 2 (Ref-2) adalah pengenal pasti khusus yang digunakan untuk memastikan pembayaran sampai ke akaun yang betul. Ref-1 biasanya adalah Nombor Akaun Astro anda. Ia membolehkan Astro mengenal pasti akaun yang harus dikreditkan pembayaran tersebut. Ref-2 mungkin tidak sentiasa diperlukan.
Sekiranya ia digunakan, ia boleh menjadi cara kedua untuk mengenal pasti akaun khusus anda atau perkhidmatan khusus dalam akaun anda. Ingatlah untuk memasukkan nombor-nombor ini dengan tepat apabila membayar untuk memastikan akaun anda dikemas kini dengan betul.
Secara umum, kebanyakan bank utama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan perbankan dalam talian cenderung untuk menyokong JomPAY. Antara bank-bank ini termasuk Affin Bank, Alliance Bank, Ambank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Citibank, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Maybank, OCBC Bank, Public Bank, RHB Bank, Standard Chartered Bank, dan UOB Bank. Sila semak dengan bank masing-masing untuk memastikan mereka menerima pembayaran Astro melalui JomPAY.
Bagaimana Cara Check No Akaun Astro?
Sekiranya anda terlupa nombor akaun Astro anda, ada 4 kaedah mudah untuk mendapatkan semula maklumat no akaun tersebut.
- Hantar SMS ke 66688 dengan format “ASTRO ACC [12-Digit NRIC]”. Sebagai contoh, taip “ASTRO ACC 900202022345” dan hantarkan ke nombor yang dinyatakan. Anda akan menerima balasan SMS yang mengandungi butiran nombor akaun Astro anda.
- Hubungi talian khidmat pelanggan Astro di +603 9543 3838. Semasa panggilan, anda mungkin diminta untuk memberikan beberapa maklumat peribadi bagi tujuan pengesahan sebelum nombor akaun dapat diberikan kepada anda.
- Log masuk ke akaun aplikasi My Astro dan pilih menu “My Account”. Di situ, anda akan dapat melihat nombor akaun Astro anda dengan mudah.
- Rujuk nombor akaun yang tertera pada resit pembayaran Astro yang terdahulu. Ini merupakan alternatif sekiranya anda tidak dapat mengakses kaedah-kaedah lain yang dinyatakan.
Bagaimana Cara Terminate Astro?
Untuk menamatkan langganan Astro, terdapat 3 cara yang boleh anda lakukan. Pastikan anda tidak lagi terikat dengan kontrak Astro untuk mengelakkan penalti dan semua bil tertunggak sudah dijelaskan. Permintaan penamatan perlu dibuat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh bil anda yang seterusnya.
1. Melalui Email
Cara pertama adalah melalui e-mel. Buka aplikasi e-mel pilihan anda, klik “Compose” dan masukkan alamat e-mel [email protected] di ruangan “To”. Pada ruangan “Subject”, tuliskan “PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO (NO AKAUN: 123456789)” dan gantikan nombor akaun dengan nombor akaun Astro anda. Dalam e-mel tersebut, sertakan maklumat seperti nama penuh pemilik akaun, nombor kad pengenalan, nombor akaun Astro, dan alamat pemasangan Astro. Akhir sekali, tekan butang “Send”.
Contoh isi kandungan email untuk menamatkan servis Astro adalah seperti berikut:
PENAMATAN PERKHIDMATAN ASTRO Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin menamatkan perkhidmatan Astro. 2.Berikut adalah maklumat berkenaan akaun Astro ini: Nama penuh: Muhammad Azam bin Radzi Nombor Kad Pengenalan: 950505-10-5555 Nombor akaun Astro: 123456789 Alamat: 2, Jalan Kenangan 2/5, Taman Samudra Perdana, 47500, Subang Jaya, Selangor Mohon pihak Tuan / Puan membuat penamatan Astro ini dengan segera. Segala kerjasama Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklum balas, sila hubungi saya di talian 012-34567890 Terima kasih.
2. Melalui Panggilan Telefon
Cara kedua untuk menamatkan perkhidmatan Astro adalah melalui panggilan telefon ke Astro Customer Service Centre di talian 03-9543-3838. Apabila disambungkan kepada operator, minta untuk menyemak baki akaun Astro anda dan dapatkan maklumat tentang tarikh bil seterusnya serta status kontrak anda.
Sekiranya ada baki tertunggak, jelaskan terlebih dahulu. Kemudian, maklumkan hasrat anda untuk menamatkan langganan dan berikan sebab penamatan tersebut. Perkhidmatan Astro anda akan ditamatkan dalam tempoh 24 jam. Pastikan anda tidak membeli sebarang saluran tambahan sepanjang proses penamatan ini kerana ia akan membatalkan proses tersebut.
3. Pergi ke Cawangan Astro Customer Service Centre
Cara yang paling cepat adalah dengan pergi sendiri ke mana-mana cawangan Astro Customer Service Centre yang berdekatan. Bawa Kad Pengenalan anda dan maklumkan kepada pekerja di kaunter bahawa anda ingin menamatkan langganan Astro. Pekerja tersebut akan menyediakan notis penamatan perkhidmatan selama 30 hari dari tarikh semasa dan mengira sebarang penalti yang perlu dibayar.
Sahkan pengiraan yang dibuat dan bayar amaun yang dipaparkan melalui kiosk bayaran Astro di premis tersebut. Simpan resit pembayaran sebagai rujukan. Selepas tamat tempoh 30 hari notis, juruteknik Astro akan datang untuk mengambil semua peralatan Astro seperti kad, dekoder, dan piring satelit, atau anda boleh menyimpannya sebagai cenderahati. Dengan itu, proses penamatan langganan Astro anda telah selesai.