What's Hot

    Pernah tak anda dengar yang Maybank menawarkan kad kredit Maybank Islamic? Sekiranya ya, tahukah anda yang Maybank menawarkan 9 jenis kad kredit Maybank Islamic? Jadi, izinkan kami kongsikan cara apply kad kredit Maybank Islamic.

    Persediaan/Pra-Syarat

    Maybank menawarkan 9 jenis kad kredit Islamic iaitu:

    1. Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan
    2. Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i
    3. Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Platinum Card-i
    4. Maybank Islamic Mastercard Ikhwan Platinum Card
    5. Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i
    6. Maybank Islamic Mastercard Ikhwan Gold Card
    7. Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Gold Card-i
    8. Maybank Islamic Visa Corporate Card-i
    9. Maybank Islamic Mastercard Corporate Card-i

     

    Syarat utama yang perlu dipatuhi:

    • Warganegara Malaysia berusia 21 – 65 tahun bagi pemegang kad utama (principal).
    • Warganegara Malaysia berusia 18-65 tahun bagi pemegang kad tambahan (supplementary).
    • Bumiputera dan bukan bumiputera boleh mohon.
    • Keperluan minima pendapatan tahunan RM30000 bagi kad kredit Maybank Islamic kategori Gold.
    • RM60000 bagi kad kredit Maybank Islamic kategori Platinum.
    • RM180000 bagi pemegang kad kredit Maybank Islamic kategori Infinite.

     

    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Bekerja sendiri
      • Valid Malaysia NRIC (MyKad)
      • BE Form with official tax receipt (borang BE terkini serta resit cukai terkini)
      • Latest 6 months bank statement (penyata bank 6 bulan terakhir)
      • Copy of business registration (salinan pendaftaran perniagaan)
    2. Bekerja dengan syarikat
      • Valid Malaysia NRIC 
      • Latest salary slip /EA form /EPF statement (penyata gaji terkini/borang EA/penyata KWSP)

    Sekiranya anda ingin cuba kad kredit dari bank lain, sila baca cara apply kad kredit dan senarai bank.

    Cara apply kad kredit Maybank Islamic

    Berikut merupakan cara apply kad kredit Maybank Islamic.

    #1 Panduan apply kad kredit melalui Maybank2u online

    Cara apply kad kredit melalui portal Maybank2u adalah seperti di bawah.

    1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/cards/credit_cards_listing.page
    2. Pilih kad kredit islamic yang diingini.
    3. Klik DISCOVER.
    4. Kemudian, klik APPLY NOW butang hijau yang berada di sebelah kanan laman itu.
    5. Semak betul-betul bahawa anda sedang apply untuk kad kredit yang diingini.
    6. Klik NEXT.
    7. Lengkapkan borang permohonan tersebut berikut:
      • Title
      • Name
      • IC No
      • Date of birth
      • Email
      • Mobile no
    8. Klik NEXT.
    9. Ikut arahan yang dinyatakan dan lengkapkan borang tersebut.

     

    #2 Cara apply kad kredit Maybank Islamic melalui RinggitPlus

    Melalui RinggitPlus juga dapat anda apply kad kredit Maybank Islamic seperti caranya di bawah.

    1. Layari laman web https://ringgitplus.com/en
    2. /search/?q=maybank+islamic
    3. Pada tajuk Credit Card, pilih kad kredit Maybank Islamic yang dikehendaki.
    4. Kemudian, klik pada kad kredit tersebut.
    5. Klik Apply Now.
    6. Masukkan nama anda pada ruangan Your name.
    7. Masukkan nombor telefon anda pada ruangan Your mobile number.
    8. Klik pada kotak kecil I agree to RinggitPlus Terms of Use.
    9. Klik juga pada kotak kecil I agree to be contacted by RinggitPlus via WhatsApp regarding my application (anda bersetuju untuk dihubungi melalui WhatsApp).
    10. Klik Continue.
    11. Kemudian, pihak RinggitPlus akan menghubungi dan guide anda untuk maklumat lanjut mengenai permohonan yang anda telah buat.

     

    #3 Cara apply melalui faks atau e-mel

    Anda juga boleh hantar borang permohonan untuk apply kad kredit Islamic melalui faks di 03-22836245 atau e-mel kepada [email protected]

    1. Anda boleh dapatkan borang permohonan dalam format .pdf di sini
      • Maklumat peribadi pemohon
      • Maklumat pekerjaan pemohon
      • Penghantaran penyata akaun dan kad
      • Maklumat ahli kad tambahan
      • Lain-lain maklumat
      • Pengakuan

     

    #4 Cara apply melalui cawangan Maybank / Maybank Islamic / talian hotline 1-800-88-9559 atau e-mel [email protected]

    Selain cara-cara di atas, anda juga boleh mohon kad kredit Maybank Islamic dengan lawati cawangan Maybank atau Maybank Islamic yang terdekat.

    Anda juga boleh menghubungi 1-800-88-9559 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cara permohonan kad kredit yang diingini.

    Anda boleh e-mel pihak Maybank di [email protected].

    Anda terpaksa menggunakan cara-cara berikut sekiranya ingin mohon kad kredit Maybank Islamic Visa Corporate Card-i dan Maybank Islamic Mastercard Corporate Card-i.

     

    Akhir kalam

    Pihak Maybank telah menyediakan pelbagai cara untuk apply kad kredit Islamic dengan harapan untuk menggalakkan para pengguna Maybank dan juga bukan Maybank untuk mendapatkannya.

    Diharapkan agar perkongsian tentang cara apply kad kredit Maybank Islamic dapat memudahkan lagi urusan anda.

    Sila baca pindahan duit guna Maybank2u sekiranya ingin tahu cara transfer duit dari Maybank ke Maybank.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply