Macam mana cara beli barang di Lazada? Bagi yang tak biasa, anda perlu daftar akaun dulu. Baru boleh membeli dan bayar secara COD atau online. Tak banyak beza, lebih kurang sama sahaja dengan Shopee.
Lebih-lebih lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Coronavirus COVID-19, kita tak boleh suka-suka keluar untuk beli barang di kedai.
Maka, beli barang secara online itu adalah pilihan pertama.
Sedikit mengenai Lazada
Anda pernah cuba membeli barang di Lazada? Sebagai salah satu platform yang menjalankan digital/online shopping di Malaysia, Lazada memudahkan anda untuk membeli pelbagai jenis barangan yang anda mahukan. Tidak tahu bagaimana untuk membeli? Ikuti tips di bawah.
Cara membeli di Lazada
Pertama sekali untuk membeli di Lazada, seperti biasa, anda perlu mendaftar akaun anda dahulu di Lazada. Pendaftaran akaun ini amat penting untuk memudahkan anda membeli barang, mendapatkan barang yang betul mengikut pesanan anda, dan juga untuk memudahkan urusan membeli di Lazada pada masa akan datang.
Cara daftar akaun Lazada Malaysia
- Pertama sekali, muat turun aplikasi Lazada, di Google Play Store untuk Android, ataupun App Store untuk iOS.
- Setelah muat turun (download) aplikasi, buka aplikasi Lazada tersebut.
- Anda akan tiba di laman utama Lazada. Pada bahagian bawah skrin, tekan butang Account.
- Pada laman seterusnya, tekan butang LOGIN/SIGN UP.
- Kemudian, pada laman seterusnya, tekan butang REGISTER.
- Pada laman seterusnya, anda akan mula masukkan maklumat anda. Pada Phone Number, masukkan nombor telefon anda.
- Pada SMS Code, tekan butang SUBMIT di sebelah untuk menerima kod yang akan dihantar oleh Lazada melalui SMS ke telefon pintar anda.
- Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, masukkan nama penuh anda pada ruangan Full Name.
- Kemudian, pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Tekan link Lazada Privacy Policy untuk membaca terma & syarat daripada Lazada.
- Setelah anda bersetuju dengan terma & syarat, tick pada kenyataan tersebut.
- Kemudian, tick pada I want to receive exclusive offers and promotions from Lazada, untuk menerima sebarang tawaran dan promosi daripada Lazada pada setiap masa.
- Tekan butang SIGN UP.
- Pendaftaran akaun anda berjaya. Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan Lazada tanpa perlu memasukkan maklumat anda seperti di atas. Sebaliknya, tekan Sign up with Email untuk mendaftar akaun anda menggunakan emel anda yang aktif. Anda akan dibawa ke laman seterusnya untuk memasukkan emel dan juga password, dan sistem Lazada akan mendapatkan semua butiran peribadi anda yang anda telah sertakan dalam emel anda.
- Selain itu, anda juga boleh mendaftar dengan menekan butang Facebook, untuk mendaftar akaun anda menggunakan akaun Facebook anda, ataupun tekan Google, untuk mendaftar akaun anda menggunakan Google Plus.
Cara beli barang di Lazada
- Setalah anda login ke akaun Lazada anda, pergi ke bahagian atas untuk ruangan search. Tekan ruangan tersebut.
- Masukkan kata kunci barang yang anda ingin beli. Misalnya, shampoo. Tekan butang enter pada keyboard telefon anda.
- Skrin akan memaparkan hasil carian anda, iaitu semua jenis barangan syampu yang berdasarkan kepada kata kunci shampoo.
- Pilih barang yang anda mahu. Pada rajah barang tersebut, tertera juga maklumat lain seperti nama barangan, harga, diskaun berserta harga asal barangan tersebut, paparan ikon Free (sekiranya ada) yang mewakili kos penghantaran percuma (free Cash On Delivery), serta rating barangan tersebut yang diletakkan oleh pembeli-pembeli barangan tersebut.
- Tekan pada barang yang anda mahu. Kemudian, anda boleh melihat lebih banyak maklumat mengenai barangan. Tekan pada tab Ratings, Product Details dan Recommendation ataupun Overview sebelum membuat keputusan anda ingin membeli barang ini atau tidak.
- Jika anda bersetuju untuk membeli barang ini, tekan Add To Cart. Anda kemudiannya boleh memilih barangan lain untuk dibeli, kerana Lazada membenarkan pesanan yang mengandungi lebih daripada satu barangan.
- Setelah selesai memilih barangan, tekan butang Cart di atas skrin untuk melihat semua barangan yang anda telah pilih.
- Untuk membeli semua barangan, tick pada All di bahagian bawah skrin. Jika ingin memilih sesetengah atau satu sahaja, tick pada bulatan untuk setiap barang yang anda ingin beli.
- Kemudian, tekan butang Check Out.
- Pada laman seterusnya di Check Out, anda akan dapat melihat maklumat pesanan anda. Semak semula maklumat ini seperti nama anda, alamat anda, nombor telefon anda, dan juga emel anda.
- Setelah selesai, tekan Place Order.
- Pada laman seterusnya, di Select Payment Method, anda boleh memilih cara pembayaran anda, sama ada menggunakan Lazada Wallet, Credit/Debit Card, BDO Credit Card Installment, GCash, online banking (mengikut gambar bank yang tertera) ataupun Cash On Delivery. Untuk Lazada Wallet, beberapa cara pembayaran boleh digunakan, termasuk membuat pembayaran di 7-Eleven.
- Misalnya, sekiranya anda memilih Cash On Delivery, anda akan dapat melihat sedikit kenyataan daripada Lazada mengenai tatacara pembayaran secara Cash On Delivery. Tekan Confirm Order.
- Pesanan anda berjaya. Pada laman seterusnya, dimaklumkan jumlah yang anda perlu sediakan semasa hari penghantaran barang anda.
- Anda boleh menekan TRACK ORDER untuk melihat pesanan anda. Diterangkan juga tarikh barangan anda akan tiba di alamat anda.
- Pada login yang seterusnya, untuk melihat pesanan anda, tekan My Accounts di bahagian atas skrin. Kemudian, tekan My Orders untuk melihat pesanan anda.
- Anda boleh juga memilih pembelian secara online banking, dan pilih akaun online banking yang tertera seperti Maybank2U ataupun CIMB Clicks. Tekan pilihan ini dan ikuti segala prosedur yang tertera untuk menyelesaikan transaksi online banking
- Pembelian anda selesai.
Akhir kalam
Kesimpulannya, amatlah mudah untuk membeli barang menggunakan aplikasi Lazada. Lazada menyediakan platform untuk anda mendapatkan pelbagai jenis barangan, tidak kira perkakasan rumah, barangan untuk pengurusan diri, barangan untuk perkakasan kereta dan sebagainya.
Lazimnya, hampir semua barangan di Lazada mempunyai diskaun. Sekiranya anda mempunyai baucer, gunakan baucer dan dapatkan potongan harga yang lebih baik untuk barangan anda.
Kepada anda yang belum mencuba, cubalah sekarang, dan dapatkan barangan yang anda gemar dan mahukan di Lazada.
Bagi yang bukan mahu membeli, tapi lebih kepada mahu cari kerja, boleh cuba jadi Lazada Express rider.
Semoga bermanfaat.
8 Comments
Assalamualaikum… Kalau beli barang kat lazada, adakah lazada akan bayar terus kpd seller sblm barang sampai ke tgn buyer atau lazada akan release payment kpd seller setelah buyer terima barang?
Assalamualaikum… Kalau beli barang kat lazada, adakah lazada akan bayar terus kpd seller sblm barang sampai ke tgn buyer atau lazada akan release payment kpd seller setelah buyer terima barang
kalau beli barang online dekat lazada boleh tak guna bsn online
Macam mana cara beli barang di Lazada? Bagi yang tak biasa, anda perlu daftar akaun dulu. Baru boleh membeli dan bayar secara COD atau online.
assalamualaikum
saya nak tanya.. kenapa ye masa saya nk buat pembayaran saya klik place order lps tu sepatutnya kluar pemilihan kaedah pembayaran tapi kenapa yg saya punya akaun keluar mesej terdapat gangguan pada pesanan anda
Kat ruangan ulas Pak Cik tak boleh muat turun gambar. Macam macam kelebek tekan sana sini tak boleh jugak. Huhu boleh tolong tunjuk cara dak
Askum bolh tak bantu saya saya dah toup lazada walet rm100 tapi nak beli barang tak boleh dia suruh hubungi khidmat pelangaan lpas duit nak terfer di bankin pun tak bolh macam ne caranye buat saya pening kepala..tapi untuk pembyaran lazada kat itu 00 menyusahkan orang je..
Saya ada beli barang di Lazada dengan harga sekian..tapi ada terima masej lepas 3 hari kena tambah duit..katanya silap harga..kalau saya abaikan masej ini adakah barang saya akan sampai .