Macam mana nak tahu, kawasan rumah kita ada liputan Unifi atau tidak? Mudah sahaja, boleh semak coverage Unifi secara online. Izinkan kami kongsi cara check coverage Unifi seperti di bawah.
Check coverage Unifi
Anda mungkin kurang yakin atau tidak tahu sama ada kawasan yang anda berada pada masa sekarang masih dalam liputan Unifi atau tidak. Ini mungkin menjadi satu masalah sekiranya anda perlu berurusan menggunakan telefon anda, dan tiada liputan di kawasan tersebut.
Kalau anda ingin tahu, Unifi menyediakan cara mudah untuk anda memeriksa sama ada kawasan yang anda sedang berada masih mempunyai liputan Unifi atau tidak.
Cara semak liputan Unifi mobile
Anda juga boleh memeriksa kawasan anda tersebut menerima liputan 3G atau 4G, atau kedua-duanya sekali. Ikuti langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah anda.
- Layari laman web https://unifi.com.my/personal. Anda akan dibawa ke laman web rasmi Unifi.
- Kemudian, pada laman tersebut, scroll mouse anda ke pilihan untuk Mobile.
- Sub-menu tambahan akan tertera. Tekan pada butang Postpaid.
- Pada laman seterusnya, di bawah menu tab untuk Postpaid, terdapat menu Klik pada butang Coverage yang berada di bawah butang Support.
- Untuk pautan yang lebih pantas, boleh sahaja klik https://unifi.com.my/mobile/postpaid/coverage
- Pada laman seterunya, scroll ke bawah dan anda akan lihat sebuah ruangan untuk diisikan. Anda boleh masukkan alamat anda yang ingin anda semak liputan Unifi, sama ada alamat tempat semasa anda sedang berada, atau alamat rumah anda untuk memeriksa liputan Unifi di rumah anda. Kemudian, tekan butang kecil di sebelah kanan ruangan tersebut.
- Sekiranya anda cuba memasukkan alamat penuh anda dan peta tidak dapat menunjukkan jawapan, cuba untuk masukkan nama taman dan negeri anda, atau nama mukim serta negeri.
- Selepas peta dapat ditunjukkan, anda boleh melihat kawasan di sekitar tempat anda yang mempunyai liputan 3G dan juga 4G.
- Pada kotak di bahagian kiri, untick salah satu daripada 4G Coverage atau 3G Coverage sekiranya anda mahu melihat kawasan mana yang meliputi salah satu daripada 4G atau 3G. Sekiranya anda mahu melihat liputan untuk 3G, untick pada 4G Coverage. Sekiranya anda mahu melihat liputan untuk 4G, untick pada 3G Coverage.
- Apabila anda untick kedua-duanya, anda akan melihat peta keseluruhan akan bertukar menjadi putih. Anda mampu mengesan kawasan yang diliputi oleh 4G dan 3G dengan tick salah satunya atau kedua-duanya sekaligus.
- Apabila ada tick pada 3G Coverage, kawasan yang diliputi oleh 3G akan bertukar warna menjadi kuning. Manakala apabila anda tick pada 4G Coverage, kawasan yang diliputi oleh 4G akan bertukar menjadi biru. Terdapat juga kawasan di Malaysia yang diliputi oleh kedua-dua 3G dan juga 4G.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara check coverage Unifi ini dapat membantu anda.
Kalau dapat Internet laju, jangan pula buat perkara yang bukan-bukan. Buatlah perkara-perkara yang bermanfaat.
Kita line slow sangat, jemput baca cara lajukan Internet pula. Dan untuk pembayaran Unifi, boleh rujuk cara bayar Unifi melalui Maybank2u.
Semoga bermanfaat.
3 Comments
Kenapa line 4G selalu tersekat-sekatasa main game,tengok movie,apa-apa streaming
Saya hendak mengetahui tentang ada tak kabel talian line unifi yang tersedia di kawasan saya untuk melanggan memasang modem WIFI di kawasan alamat rumah saya iaitu ( NO.56,KM22 JLN.PUTRA, KERPAN,06150,AYER HITAM, KEDAH D.A.Cuba pihak UNIFI semak line ada tak line kabel kuat WiFi unifi di kawasan saya.tolong hantar keputusan ada tak penerimaan line kabel talian unifi di kawasan rumah saya.tolong semak check penerimaan WiFi di kawasan saya ini.Pertolongan pihak tuan /puan amatlah dihargai.
Kenapa talian mobile talipon kerap putus bila cakap lebih 15 minit