Kebiasaannya, anda akan ditanya tentang nombor akaun bank anda sekiranya ada orang ingin melakukan transaksi perbankan bersama akaun bank anda. Namun apabila muncul soalan seperti “Apakah no akaun bank (Bank Islam) anda?”Anda mula panik kerana tidak tahu dan tidak hafal nombor tersebut. Persoalannya adakah cara check no akaun Bank Islam anda sekiranya terlupa?
Pada hari ini izinkan kami berkongsi dengan anda tentang cara check no akaun Bank Islam anda.
Cara check no akaun Bank Islam (jika terlupa)
Terdapat beberapa cara yang mudah dan ringkas untuk anda check no akaun Bank Islam anda. Jangan lupa untuk menyimpan nombor akaun Bank Islam anda dengan selamat agar dapat memudahkan urusan anda pada masa akan datang.
Sebelum kita ke cara check no akaun anda, kami sarankan agar anda masukkan nombor akaun anda ke dalam contact list anda dan tulis pada nombor tersebut nama yang jelas seperti “Nombor Akaun Bank Islam Saya” agar anda tidak keliru dengan nombor nombor yang lain.
Kami akan kongsikan 4 cara mengetahui nombor akaun Bank Islam anda.
-
Semak no akaun anda menerusi transaksi ATM Bank Islam
Mesin ATM bukan sahaja menyediakan servis pengeluaran duit dan menyemak baki duit sahaja.
Anda juga boleh mendapatkan no akaun Bank Islam anda menerusi mesin ATM dengan mengikuti langkah di bawah:
- Anda perlu ke cawangan mesin ATM Bank Islam yang berhampiran dengan anda.
- Masukkan kad ATM anda dan masukkan nombor PIN anda.
- Pilih pada option “Statement/Penyata”.
- Maklumat nombor akaun anda akan dipaparkan pada skrin ATM.
-
Hubungi khidmat pelanggan (customer service) Bank Islam
Setiap bank akan menyediakan servis khidmat pelanggan yang boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja. Sila lakukan panggilan pada mana-mana nombor khidmat pelanggan Bank Islam yang tertera di bawah:
General Line: +603 2088 8000
Contact Centre: +603 2690 0900
Setelah membuat panggilan anda perlu minta untuk bercakap dengan pegawai bank dan minta untuk mendapatkan no akaun Bank Islam anda.
-
Pusat cawangan Bank Islam / Cawangan Bank Islam
Sekiranya anda lebih suka untuk berjumpa dengan pegawai bank dan minta nombor akaun anda secara face-to-face, anda boleh ke cawangan Bank Islam yang berhampiran dengan anda dan terus ke kaunter khidmat pelanggan.
Pastikan anda membawa kad pengenalan anda untuk memudahkan urusan anda.
-
Dapatkan nombor akaun anda secara online
Sekiranya anda kurang suka dengan kaedah check no akaun anda di atas, jangan risau anda juga boleh mendapatkan no akaun anda secara online. Sebagai seorang pengguna internet banking Bank Islam, anda boleh sahaja mendapatkan no akaun anda secara online.
- Anda perlu ke laman web rasmi Bank Islam pada pautan bankislam.biz.
- Masukkan nama pengguna anda.
- Masukkan kata laluan anda.
Namun sekiranya anda belum mempunyai akaun Bank Islam anda secara online, kami telah sediakan artikel tentang cara daftar bank islam online.
Akhir kalam
Diharapkan agar kaedah mendapatkan nombor akaun Bank Islam ini dapat memudahkan urusan perbankan anda.
Semoga bermanfaat.