Kebiasaannya, anda akan ditanya tentang nombor akaun bank anda sekiranya ada orang ingin melakukan transaksi perbankan bersama akaun bank anda. Namun apabila muncul soalan seperti “Apakah no akaun bank (Bank Islam) anda?”Anda mula panik kerana tidak tahu dan tidak hafal nombor tersebut. Persoalannya adakah cara check no akaun Bank Islam anda sekiranya terlupa?
Pada hari ini izinkan kami berkongsi dengan anda tentang cara check no akaun Bank Islam anda.
Cara check no akaun Bank Islam (jika terlupa)
Terdapat beberapa cara yang mudah dan ringkas untuk anda check no akaun Bank Islam anda. Jangan lupa untuk menyimpan nombor akaun Bank Islam anda dengan selamat agar dapat memudahkan urusan anda pada masa akan datang.Sebelum kita ke cara check no akaun anda, kami sarankan agar anda masukkan nombor akaun anda ke dalam contact list anda dan tulis pada nombor tersebut nama yang jelas seperti “Nombor Akaun Bank Islam Saya” agar anda tidak keliru dengan nombor nombor yang lain.
Kami akan kongsikan 4 cara mengetahui nombor akaun Bank Islam anda.
-
Semak no akaun anda menerusi transaksi ATM Bank Islam
Anda juga boleh mendapatkan no akaun Bank Islam anda menerusi mesin ATM dengan mengikuti langkah di bawah:
- Anda perlu ke cawangan mesin ATM Bank Islam yang berhampiran dengan anda.
- Masukkan kad ATM anda dan masukkan nombor PIN anda.
- Pilih pada option “Statement/Penyata”.
- Maklumat nombor akaun anda akan dipaparkan pada skrin ATM.
-
Hubungi khidmat pelanggan (customer service) Bank Islam
General Line: +603 2088 8000
Contact Centre: +603 2690 0900
Setelah membuat panggilan anda perlu minta untuk bercakap dengan pegawai bank dan minta untuk mendapatkan no akaun Bank Islam anda.
-
Pusat cawangan Bank Islam / Cawangan Bank Islam
Pastikan anda membawa kad pengenalan anda untuk memudahkan urusan anda.
-
Dapatkan nombor akaun anda secara online
- Anda perlu ke laman web rasmi Bank Islam pada pautan bankislam.biz.
- Masukkan nama pengguna anda.
- Masukkan kata laluan anda.
Akhir kalam
Diharapkan agar kaedah mendapatkan nombor akaun Bank Islam ini dapat memudahkan urusan perbankan anda.
Semoga bermanfaat.