What's Hot

    Bagi yang tidak tahu, walaupun ada seorang suri rumah yang tidak bekerja, anda layak menerima sumbangan kerajaan sehingga RM480 setahun. Menarik bukan? Jemput baca cara daftar i-Suri KWSP seperti di bawah.

    Sedikit mengenai Caruman i-Suri KWSP

    Insentif khas yang diberi nama i-Suri adalah khusus untuk golongan suri rumah yang kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP.

    i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

    Siapa boleh mencarum i-Suri KWSP

    Hanya ada dua golongan yang dibolehkan untuk mencarum dalam i-Suri KWSP

    1. Diri sendiri (isteri)
    2. Suami kepada pasangan yang layak

     

    Kebaikan iSuri KWSP

    Berikut ialah antara manfaat, faedah dan kelebihan iSuri KWSP.

    • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 (Amaun RM 200 adalah pada tahun 2018. Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 tersebut hanyalah kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018)
    • Boleh buat caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan
    • Juga masih boleh membuat pengeluaran dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
    • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan i-Suri
    • Bantuan Kematian: RM2,500 yang tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

     

    Syarat kelayakan i-Suri KWSP

    • Warganegara Malaysia
    • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
    • Belum mencapai umur 60 tahun
    • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
    • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

    Sila ambil perhatian, sekiranya pemohon masih lagi belum berdaftar dalam sistem e-Kasih, permohonan untuk i-Suri adalah tidak dibenarkan.

    Anda perlu mendaftar dalam sistem e-Kasih terlebih dahulu. Permohonan i-Suri hanya boleh dilakukan setelah pemohonan anda berjaya dalam sistem e-Kasih.

     

    Cara daftar i-Suri KWSP

    Untuk makluman, cara daftar i-Suri KWSP ini tidak boleh dilakukan secara online. Anda perlu isi borang dan menghadirkan diri ke mana-mana pejabat KWSP terdekat.

    Ikuti langkah mudah permohonan caruman i-Suri KWSP seperti di bawah:

    • Datag ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
    • Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
    • Dapatkan Borang i-Suri – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
    • Lengkapkan borang
    • Lengkapkan juga Borang i-Suri – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.

    Untuk memudahkan urusan, anda boleh siap-siap muat turun, cetak dan isi di rumah sebelum menghadirkan diri ke cawangan KWSP.

    • Klik sini untuk download Borang i-Suri – KWSP 16G (M)
    • Klik sini untuk download Borang i-Suri – KWSP 6A (2)

     

    Cara bayar caruman i-Suri KWSP secara online

    Walaupun pendaftaran tidak boleh dilakukan secara atas talian, pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan online.

    Senarai bank yang membenarkan bayaran melalui Perbankan Internet:

    • Maybank
    • Public Bank
    • RHB Bank
    • Bank Muamalat

    Tiada had minimum untuk pembayaran. Walau bagaimanapun, had maksimum yang dibenarkan untuk pembayaran i-Suri ialah RM60,000 sahaja setahun.

     

    Boleh mencarum dalam i-Saraan KWSP juga?

    Walaupun layak, setiap pemohon hanya dibenarkan memilih salah satu insentif sahaja:

    • i-Saraan (yang baru-baru ini mendapat sumbangan tambahan dari kerajaan melalui inisiatif PENJANA; terutama untuk pekerja Grab, Grab Food dan Foodpanda)
    • i-Suri

    Pilih samada i-Saraan atau i-Suri.

    Sekiranya anda telah mendaftar skim i-Saraan KWSP, anda perlu membatalkan skim tersebut sebelum membuat permohonan bagi i-Suri.

     

    Akhir kalam

    Kami menyambut baik dengan langkah kerajaan melalui program i-Suri ini. Setidak-tidaknya, kehidupan suri rumah juga terbela.

    Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi yang khusus untuk i-Suri di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri

    Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    2 Comments

    1. Siti Norliana binti ramli on

      Assalammualaikum macam mana sayabingin memohon i suri rumah tangga..saya siti Norliana binti ramli..umur 28.. Ibu tunggal ..saya ada 3 orang anak yang berusia 7 tahun..5 tahun dan 6 bulan…salah seorang anak saya aruwah suami saya punya mak jaga..kerana saya tak mampu untuk menjaga buat masa sekarang kerana saya tiada kerja tetap..saya mohon..macam mana cara ingin memohon i suri ini

    2. Yogeswary narasiman on

      Saya tidak dapat memohon I Suri kwsp kerana sekarang saya kerja dekat antarabangsa jafi saya take dapat apply kwsp saya .macam mana saya nak apply untuk I Suri.

    Leave A Reply