What's Hot

    Kad MESRA Petronas ialah satu program kesetiaan atau loyalty program seperti Bonuslink yang dibuat khas untuk pengguna Petronas. Oleh yang demikian, izinkan kami berkongsi cara daftar Kad Mesra Petronas supaya anda juga boleh dapatkan mata ganjaran.

    Langkau artikel ini untuk register Bonuslink yang bekerjasama dengan stesen minyak Shell.

    Sedikit mengenai Kad Mesra Petronas

    Setiap kali anda membuat pembelian di stesen minyak Petronas, sama ada mengisi minyak ataupun membeli barang-barang di dalam stesen, anda akan diberikan pulangan berbentuk point atau mata ganjaran.

    Point ini boleh digunakan dengan menebusnya semula untuk membeli petrol (mengisi minyak) ataupun membeli barang-barangan lain yang dijual di Petronas.

    Mohon izin kongsikan juga, jika anda tidak mahu bayar guna kad kredit, sekarang ini sudah boleh guna Setel tanpa perlu ke kaunter. Boleh baca cara daftar Setel Petronas.

    Cara daftar Kad Mesra Petronas

    Sebagai pengguna Petronas, anda juga boleh mendapatkan kad MESRA ini. Anda perlulah mendaftar dahulu sebelum memperoleh kad MESRA ini. Kad MESRA ini adalah percuma sahaja, tak perlu bayar apa-apa.

    Ada dua cara untuk melakukan pendaftaran kad, iaitu secara SMS dan juga secara online.

    Untuk mendaftar kad MESRA anda secara SMS, ikut langkah ini. Anda hanya perlu taip

     

    #1 Secara SMS

    KADMESRA<jarak>17 digit Kad Mesra<jarak>nombor kad pengenalan anda<jarak>nama anda

     

    Dan hantarkan ke 36732. Sekiranya ada masalah, anda boleh menghubungi PETRONAS Mesralink di talian 1300-88-8181 untuk sebarang bantuan.

     

    #1 Secara Online

    Untuk mendaftar Kad Mesra Petronas secara online, ikuti langkah-langkah berikut.

    1. Layari laman web https://kadmesra.mymesra.com.my/pmlp_login.aspx, untuk ke paparan utama My Mesra.
    2. Kemudian, tekan link Register Now.
    3. Pada laman seterusnya, beberapa ruang perlu anda isikan. Pada ruangan untuk MESRA Card Number, masukkan nombor kad ynag tertera di kad MESRA anda.
    4. Pada ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda.
    5. Pada Identity Type, pilih jenis pengenalan anda. Untuk kad pengenalan baru, pilih NRIC No. (New).
    6. Pada ruangan di bawahnya, masukkan nombor kad pengenalan anda.
    7. Pada Mobile Number, pilih 3 nombor permulaan berdasarkan 3 digit pertama pada nombor telefon anda.
    8. Pada ruangan di bawahnya, masukkan nombor telefon anda.
    9. Pada ruangan Email Address, masukkan alamat emel anda.
    10. Pada ruangan Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah mempunyai 8-20 aksara sahaja dan mesti alphanumeric (mempunyai gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol ~!@#$%^&*()-_+= )
    11. Pada Re-type Password, masukkan semula password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
    12. Tekan butang SUBMIT.
    13. Anda akan menerima emel pengesahan untuk mengesahkan pendaftaran anda. Pada emel anda, tekan linkyang diberi untuk mengaktifkan kad MESRA anda.
    14. Pendaftaran anda berjaya.

     

    Kelebihan Kad Mesra

    Secara ringkasnya, antara kelebihan dan kebaikan Kad Mesra Petronas ialah boleh dapat mata ganjaran. Yang lebih menarik, boleh isi minyak secara percuma dengan mata ganjaran tersebut.

    Banyak lagi kelebihan jika anda menggunakan Kad Mesra ini. Antaranya ialah:

    • Anda akan mendapat 3 mata ganjaran untuk setiap ringgit yang anda belanjakan untuk mengisi minyak.
    • Sebagai contoh, sekiranya anda ini minyak kereta anda untuk RM60, anda akan mendapat 180 mata ganjaran.
    • Sekiranya anda membeli sesuatu barang di kedai dalam stesen minyak, setiap RM1 yang anda belanjakan, anda akan mendapat 1 mata ganjaran.
    • Kad MESRA tidak perlu untuk diperbaharui setiap tahun.
    • Kad ini juga akan diberikan secara percuma.
    • Terdapat banyak syarikat yang berkolaborasi dengan kad MESRA, seperti CIMB, Grab Malaysia, Maybank, PETROSAINS dan Air Asia.
    • Atas kerjasama dengan syarikat-syarikat ini, anda akan dapat kelebihan tambahan dengan menunjukkan kad MESRA setiap kali anda berurusan dengan Grab dan juga PETROSAINS.
    • Mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus dengan mudah Terdapat banyak benda yang boleh anda dapat mengikut mata ganjaran terkumpul anda. Contohnya, anda boleh tebus dengan minuman Tealive, Baskin Robbins, Aquaria KLCC dan sebagainya.
    • Kalau Kad Mesra rosak atau hilang, boleh dapatkan yang baru sebagai replacement

     

    Akhir kata

    Ada banyak faedah yang anda dapat peroleh dengan menggunakan kad MESRA Petronas. Dapatkan sekarang kad MESRA anda, kumpulkan sebanyak mungkin mata ganjaran, dan tebusnya untuk mendapatkan pelbagai barangan dan tawaran yang menarik.

    Diharapkan perkongsian cara daftar Kad Mesra Petronas ini serba-sedikit dapat memudahkan lagi hidup anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    23 Comments

    1. Shaharuddin Bin Ahmad on

      Kad mesra saya hilang, macam mana cara nak ganti baru dengan maklumat data lama masih wujud.

    Leave A Reply