Pernah guna pam minyak Petronas? Tentu sekali pernah, bukan? Cuma mungkin anda tak pernah guna atau masih lagi ragu-ragu macam mana nak guna Setel. Jadi, izinkan kami berkongsi cara daftar Setel Petronas yang ada banyak kelebihannya.

Lebih baik guna kad kredit atau guna app?

Pada zaman sekarang, kita biasa menghadapi masalah kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah selaras dengan ekonomi semasa negara dan juga dunia.

Tahukah anda, bahawa terdapat cara untuk mengurangkan harga minyak untuk kenderaan kita.

Salah satunya, anda menggunakan kad kredit milik mana-mana syarikat pam minyak yang menawarkan rebet/cash back untuk pembelian petrol.

Apa itu Setel app Petronas?

Selain itu, ada juga syarikat yang menawarkan teknologi sebagai alternatif baru dalam penjimatan minyak. Petronas menawarkan aplikasi SETEL sebagai satu cara untuk anda menjimatkan harga minyak kenderaan anda.

Antara tawaran utama aplikasi SETEL ialah 10% cashback reward atas pembelian minyak di mana-mana lokasi pam minyak Petronas. Ini juga adalah tertakluk kepada syarat & tempoh promosi. Anda juga tidak perlu ke kaunter untuk membayar harga minyak anda. Aktifkan aplikasi, dan anda boleh mula isi minyak anda.

Bagaimana untuk melakukannya?

Sebelum itu, jangan keliru, Setel app Petronas ini tidak sama dengan Kad Mesra Petronas. Juga tidak sama dengan Bonuslink. mahupun di mana anda perlu register Bonuslink terlebih dahulu.

Apa-apa pun, teruskan baca di bahagian bawah untuk maklumat lanjut.

 

Cara daftar Setel Petronas

Mula-mula sekali, anda perlu download aplikasi SETEL ini terlebih dahulu. Kemudian, buat akaun baru di aplikasi ini.

  1. Download aplikasi SETEL di Google Play Store untuk Android di sini, ataupun di App Store untuk iOS di sini.
  2. Buka aplikasi SETEL. Kemudian, klik butang REGISTER.
  3. Pada laman seterusnya, beberapa ruang perlu diisi. Pada FULL NAME, masukkan nama penuh anda.
  4. Pada MOBILE PHONE NUMBER, masukkan nombor telefon anda.
  5. Pada EMAIL ADDRESS, masukkan alamat emel anda.
  6. Pada PASSWORD, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  7. Pada PROMO CODE (OPTIONAL), masukkan kod ufbcc, untuk mendapatkan RM5 secara percuma selepas menggunakan aplikasi SETEL untuk mengisi minyak.
  8. Tick pada Send Setel promos and deals to my email, sekiranya anda ingin menerima emel daripada Setel, yang mengandungi promosi dan tawaran pada masa akan datang.
  9. Tekan butang REGISTER untuk teruskan cara daftar Setel Petronas.
  10. Anda akan menerima SMS daripada SETEL yang mengandungi kod pengesahan 6 digit. Masukkan kod pengesahan pada paparan yang disediakan.
  11. Kemudian, pada laman seterusnya, akan tertera paparan yang meminta anda untuk membuka fungsi Location/Navigation/GPS di telefon pintar anda. Tekan butang ALLOW LOCATION.
  12. Seterusnya, klik butang Create PIN. Untuk paparan seterusnya, masukkan kod PIN 6 digit untuk akaun anda. Kemudian, akan tertera sekali lagi paparan yang sama. Masukkan sekali lagi kod PIN 6 digit yang anda telah tetapkan untuk akaun anda.
  13. Anda juga boleh menggunakan fungsi fingerprint untuk akaun anda sebagai langkah keselamatan. Sekiranya berminat, tekan TURN ON. Kemudian, pada Confirm fingerprint, sentuh jari anda pada fingerprint sensoryang tertera. Anda juga boleh menekan NO THANKS sekiranya tidak berminat.
  14. Selain itu, anda juga boleh tetapkan kad kredit atau kad debit untuk tambah nilai ke aplikasi SETEL. Tekan ADD CARD dan ikuti prosedur seterusnya untuk mendaftarkan kad anda. Sekiranya tidak berminat dan anda ingin tambah nilai sendiri di kaunter, tekan SKIP.
  15. Pendaftaran akaun anda berjaya. Anda boleh tekan butang GET STARTED untuk menggunakan SETEL, ataupun anda boleh keluar daripada aplikasi.

 

Cara guna Setel app Petronas

Cara guna app Setel ini terlalu mudah. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Bukak aplikasi Setel Petronas
  2. Sahkan stesen yang anda mahu isi minyak (Contohnya: Jika anda isi minyak di Jejawi, pilih stesen minyak Petronas Jejawi)
  3. Pilih pam nombor berapa
  4. Tunggu arahan dari app Setel untuk isi minyak

 

Kelebihan Setel app Petronas

Berikut ialah antara beberapa kelebihan Setel Petronas:

  1. Anda berpeluang untuk mendapat rebat petrol. Ini adalah yang paling menarik sekali. Contohnya, anda boleh dapat rebate petrol dan tak perlu bayar apa-apa.
  2. Anda tidak perlu ke kaunter pembayaran untuk membuat pembelian petrol (mengisi minyak).
  3. Anda tidak perlu mengeluarkan kad kredit atau kad debit untuk pembelian di pam.
  4. Anda berpeluang mendapat kredit apabila anda dapat menarik kenalan anda untuk turut menggunakan aplikasi SETEL.
  5. Rekod pembelian petrol atau mengisi minyak direkod secara automatik ke dalam kad Mesra.
  6. Resit pembayaran terus masuk ke dalam emel anda. Tidak akan ada isu resit hilang, atau isu tulisan pada resit yang tidak jelas.
  7. Kad Mesra disertakan dalam aplikasi SETEL. Secara automatik, akan tercatat rekod untuk setiap kali anda mengisi minyak.

Akhir kalam

Kesimpulannya, banyak faedah yang anda dapat peroleh dengan menggunakan aplikasi SETEL.

Secara logik, pastikan anda mempunyai capaian internet sebelum menggunakan aplikasi SETEL, kerana ia hanya boleh beroperasi secara online. Bagi anda pelanggan Petronas, daftarlah dengan aplikasi SETEL sekarang.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply