What's Hot

    Kau perasan tak yang sekarang ini setiap negeri ada tol RFID? Dari Penang sampailah ke Johor tol RFID ini ada. Kau pula pengguna tegar Touch n’ Go ataupun SmartTag yang tiba-tiba nak ubah angin guna RFID lepas baca informasi dan kelebihan yang ada sana-sini. Jadi kau pun belilah dan order dah sampai. Tapi kau jenis yang tak suka nak susahkan orang kau pun tanyalah encik Google macam mana cara nak daftar dan aktifkan RFID ni sebelum kau tampal dekat kereta kesayangan kau.

    Dalam artikel ini kali ini kami akan tolong kau cara nak daftar RFID Tag tanpa perlu kusutkan kepala kau.

    Dekat mana boleh beli RFID?

    Kau boleh skip baca artikel cara nak daftar ini kalau nak tahu cara beli RFID macam mana. Aku harap kau baca betul-betul cara pasang RFID. Kalau susah sangat, bawa terus ke Fitment Centre.

     

    Macam mana nak buat pendaftaran RFID?

    Jadi setakat ini ada dua cara sahaja yang boleh kau daftar dan aktifkan sticker RFID kau tu. Ini antara cara-cara nak daftar dan aktifkan RFID Tag kau.

     

    Pendaftaran secara online di portal rasmi RFID

    1. Pergi ke link rasmi untuk daftar RFID kali pertama di https://rfid.touchngo.com.my/register
    2. Masukkan alamat E-Mel yang aktif
    3. Akan keluar page yang ada form Register.
    4. Masukkan nombor telefon bimbit.
    5. Kemudian masukkan kata laluan.
    6. Masukkan sekali lagi dibawah.
    7. Klik kotak setuju terma dan syarat.
    8. Klik Next.
    9. E-mel pengesahan daftar RFID akan dihantar ke e-mel anda.
    10. Buka e-mel yang dihantar oleh TNG RFID Portal.
    11. Klik link yang tertulis Verify Email.
    12. Muncul halaman baru yang tertulis All Done dan klik Login Now.
    13. Untuk log masuk isi e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan tadi.
    14.  Laman Dashboard akan dipaparkan.
    15. Untuk daftar RFID tekan Active RFID TnG ID.
    16. Kemudian masukkan ID sebanyak 24 digit yang terletak di belakang pakej.
    17. Cara pembayaran dengan linkkan akaun Touch n Go eWallet. Kalau tiada sila daftar.
    18. Klik Next 
    19. Dapat notifikasi pengaktifan di akaun Touch n Go eWallet.
    20. Siap.

     

    Cara settle daftar RFID ini kau dah ikut tapi kau mesti muat turun aplikasi Touch n Go eWallet dan buka akaun. Sebab hanya itu sahaja cara nak top up RFID Tag kau.

     

    Bila daftar RFID Tag di Touch n Go eWallet

    1. Pergi ke bahagian Toll dan tekan RFID.
    2. Akan keluar RFID ID yang anda telah beli.
    3. Klik Active RFID Tag.
    4. Satu borang maklumat Activation Form akan keluar .
    5. Isi maklumat diri yang diminta dengan betul.
    6. Klik Next.
    7. Masukkan no. pendaftaran, jenis dan jenama kenderaan.
    8. Klik Register My Vehicle.
    9. Kemudian masukkan 24 digit RFID ID tag tadi.
    10. Masukkan maklumat kenderaan.
    11. Klik kotak setuju untuk terma dan syarat.
    12. Akhir sekali klik Active Now
    13. Siap.

    Kalau nak daftar RFID guna Touch n Go eWallet kau kena ada aplikasinya di telefon bimbit kau dan mesti buka akaun. Kalau kau tak ada, RFID yang kau beli itu tak boleh nak nak di daftar.

     

    Di mana lagi boleh nak daftar RFID ini?

    Sehingga hari ini hanya cara nak daftar RFID Tag hanya di Touch n Go eWallet dan portal rasmi RFID Touch n Go.

     

    Boleh tak nak linkkan sekali dengan kenderaan lain?

    Boleh sahaja daftarkan kenderaan yang lain selain kenderaan kau.

    Cara nak daftar RFID untuk kenderaan lain sama sahaja seperti yang pertama kali.

     

    Kalau salah daftar RFID macam mana?

    Kau lepas dah hantar pendaftaran dan kau semak balik ada salah cara kau daftar RFID. Tak perlu risau. Tarik nafas dulu dan contact khidmat pelanggan RFID di pelbagai saluran di link https://rfid.touchngo.com.my/support.

     

    Dah daftar RFID tag tapi tak boleh pakai macam mana?

    Beriya-iya kau ikut cara-cara nak daftar dan aktifkan RFID Tag tapi kau sangkut dekat tol pula. Jangan risau masa dekat tol itu nanti ada pekerja tol yang akan tolong dan ambil maklum dengan masalah kau. Kalau nak lebih maklumat kau boleh contact khidmat pelanggan RFID Touch n Go.

     

    Cara nak top up RFID macam mana?

    Kau dah beli, tampal dan daftar RFID ni tapi tak tahu cara nak top up. Boleh baca artikel penuh di link Cara top up RFID.

     

    Akhir kata

    Senang tak nak cara-cara nak daftar RFID Tag yang kau baru beli tu? Kalau senang, Alhamdulillah. Aku happy kau pun happy.

    Semoga dengan penulisan ini membantu kau dan orang sekeliling.

    Jangan lupa share!

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply