Adakah anak anda dah nak masuk tahun 1? Tapi, masih runsing dengan panduan daftar yang lengkap sebab keliru, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara daftar tahun 1 2022 secara mudah.
Persediaan / Pra-Syarat
- Warganegara dan bukan warganegara yang berusia enam tahun (cukup umur) pada tahun semasa layak untuk pendaftaran Tahun 1 2022.
- Jika anak berusia lima tahun (cukup umur) pada tahun semasa juga layak untuk mendaftar Tahun 1 2023.
- Ada pilihan, anda boleh daftar secara online atau isi borang secara manual.
- Sekiranya anda pilih untuk mendaftar secara online, anda perlu mohon melalui https://public.moe.gov.my/
- Sekiranya anda pilih untuk isi borang secara manual, anda perlu buat proses pendaftaran di sekolah yang dipilih dan bukan secara online.
Cara daftar Tahun 1 2022 / 2023
Berikut merupakan panduan pendaftaran bagi tahun 1 2022.
#1 Cara daftar pengguna baru untuk mohon Darjah Satu
Sebelum anda mohon untuk tahun 1 2022, anda perlu daftar terlebih dahulu seperti cara di bawah.
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/
- Klik PENGGUNA BARU.
- Pada bahagian DAFTAR PENGGUNA BARU, isikan maklumat diri dengan maklumat penjaga/ibubapa.
- Masukkan Nama Penuh anda pada ruangan Masukkan nama.
- Masukkan No.MyKad pada ruangan Masukkan no mykad.
- Masukkan No. Telefon Bimbit pada ruangan Masukkan no telefon.
- Masukkan Email anda pada ruangan Masukkan email.
- Pada bahagian Maklumat Akaun, masukkan kata laluan anda pada ruangan yang diberikan. (8 – 12 aksara sahaja)
- Kemudian, sahkan kata laluan anda.
- Pilih soalan keselamatan daripada pilihan yang diberi.
- Masukkan jawapan bagi soalan keselamatan yang dipilih.
- Sahkan kod dengan memasukkan aksara seperti yang diberi.
- Klik Daftar bagi mengakhiri proses daftar tahun 1 2022 bagi pengguna baru.
- Selesai.
#2 Cara mohon untuk daftar anak Darjah 1 secara online
Setelah anda selesai dengan proses pendaftaran, anda boleh teruskan kepada cara mohon tahun 1 2022 seperti di bawah.
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/
- Pada bahagian Daftar Masuk, masukkan ID Pengguna yang didaftarkan pada ruangan No Kad Pengenalan.
- Masukkan kata laluan pada ruangan yang diberi.
- Klik butang hijau DAFTAR MASUK.
- Kemudian, klik pada Permohonan Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan) yang berada di sebelah kiri bawah laman yang anda tiba.
- Kemudian, klik Permohonan Baharu bagi memulakan permohonan tahun 1 2022.
- Pada bahagian ID Pengenalan Murid, masukkan MyKid pada ruangan Nombor MyKid.
- Klik Semak.
- Anda akan tiba pada bahagian Maklumat Pemohon/Murid.
- Isikan maklumat seperti:
- Maklumat Murid
- Status bagi OKU (pilih Ya atau Tidak). Sekiranya Ya, baru senarai sekolah pendidikan khas akan dipaparkan
- Alamat Pemohon/Murid
- Maklumat Sejarah Pra Sekolah/Tadika
- Maklumat Murid
- Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
- Kemudian, beralih pula ke bahagian Kesihatan Pemohon/Murid.
- Isikan maklumat dengan:
- Alergi (Alahan)
- Penyakit/Masalah Kesihatan
- Maklumat Sejarah Imunisasi Bayi/Kanak-Kanak
- Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi
- Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA supaya proses mohon tahun 1 2022 berjalan dengan lancar.
- Pada bahagian Maklumat Penjaga, masukkan Maklumat Bapa/Penjaga Pertama.
- Pada ruangan No Kad Pengenalan, klik Carian No KP Penjaga Utama.
- Kemudian, satu pop-up (Maklumat Penjaga Utama) akan terpapar.
- Masukkan No KP Penjaga Utama pada ruangan tersebut.
- Klik Carian.
- Sekiranya No KP Penjaga tidak berdaftar, klik butang TERUSKAN pada pop-up yang terpapar.
- Isikan maklumat penjaga.
- Sekiranya No KP Penjaga sudah berdaftar, klik butang OK pada pop-up yang terpapar untuk teruskan proses pengisian maklumat penjaga.
- Isikan maklumat penjaga seperti berikut:
- Kad pengenalan
- Nama bapa/penjaga
- Status bapa/penjaga
- Kaum bapa/penjaga
- Agama bapa/penjaga
- Status Kewarganegaraan
- Negara Asal
- No. Telefon
- No. Telefon Rumah
- Emel
- Pekerjaan
- Nama Majikan
- Alamat Majikan
- Bandar
- Poskod
- Negeri
- No.Telefon Pejabat
- Pendapatan
- Bilangan Tanggungan
- Kemudian, klik pada Klik DISINI jika tiada maklumat penjaga kedua.
- Sekiranya ada maklumat penjaga kedua, ikut langkah seperti penjaga pertama.
- Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
- Pada bahagian Maklumat Permohonan, masukkan:
- Jenis Sekolah Dipohon
- Negeri
- Daerah
- Pada bahagian Pilihan Sekolah, masukkan:
- Sekolah Dipohon
- Anggaran Jarak Rumah Ke Sekolah
- Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
- Pada bahagian Perakuan, baca dan semak semula permohonan anda.
- Klik PERAKU BENAR DAN HANTAR.
- Kemudian, klik Ok pada pop-up Berjaya Hantar Permohonan.
- Selesai.
- Anda boleh rujuk panduan manual pengguna untuk dapatkan maklumat lanjut.
#3 Cara semak permohonan daftar Tahun 1
Pasti setelah anda daftar dan mohon, anda nak semak proses permohonan tersebut. Berikut merupakan cara semak permohonan tahun 1 2022.
- Pada bahagian Daftar Masuk, masukkan ID Pengguna yang didaftarkan pada ruangan No Kad Pengenalan.
- Masukkan kata laluan pada ruangan yang diberi.
- Klik butang hijau DAFTAR MASUK.
- Kemudian, klik pada Permohonan Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan) yang berada di sebelah kiri bawah laman yang anda tiba.
- Klik Semak Permohonan.
- Klik butang SEMAKAN.
- Kemudian, status permohonan akan dipaparkan.
- Klik Cetak Surat Permohonan Sekolah.
- Klik Cetak Surat Persetujuan Kesihatan.
- Hantarkan ke sekolah yang berjaya dimohon.
- Bagi mengetahui dokumen-dokumen yang perlu disertakan dengan surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan, anda boleh terus hubungi sekolah yang telah anda mohon.
- Selesai.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian tentang cara daftar Tahun 1 2022 telah memudahkan lagi urusan persekolahan anak-anak anda nanti.
Bagi yang kurang berkemampuan, anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui senarai bantuan kerajaan 2021 yang terkini.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Assalammualaikum & selamat tengahari.
Saya mempunyai anak yang lahir pada 21.6.2015 dan merupakan kanak-kanak istimewa (down syndrome).
Untuk pengetahuan pihak tuan, saya masih lagi tidak membuat pendaftaran tahun 1.
Sekiranya saya ingin membuat pendaftaran, bagaimana caranya?
Saya harap pihak tuan dapat membantu.