What's Hot

    Sebagai seorang manusia kita tidak lari daripada sifat pelupa, terutamanya terlupa perkara-perkara yang kelihatan kecil dan tidak penting seperti terlupa nombor pinjaman PTPTN anda semasa anda ingin melakukan pembayaran PTPTN. Jadi jangan risau kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara dapatkan no pinjaman PTPTN anda.

    Cara dapatkan no pinjaman PTPTN

    Terdapat banyak faktor yang menyebabkan anda terlupa dengan nombor pinjaman PTPTN anda. Contohnya, anda sudah lama tidak membuka akaun PTPTN anda.

    Sekiranya perkara tersebut berlaku kepada anda, usah khuatir kerana kami akan jelaskan kepada anda langkah-langkah untuk mendapatkan semula nombor pinjaman PTPTN anda.

    #1 Cara semak nombor pinjaman PTPTN Online

    Sebelum anda meneruskan langkah ini, sila pastikan anda terlebih dahulu telah mendaftar dan mempunyai akaun PTPTN online.

    Baiklah, kita aka teruskan kepada isinya. Berikut adalah cara untuk menyemak nombor pinjaman PTPTN anda secara online.

    1. Anda perlu melayari internet dan terus ke laman web rasmi PTPTN.
    2. Log masuk menggunakan akaun PTPTN online anda.
    3. Setelah anda log masuk, anda perlu mencari dan klik Penyata Baki.
    4. Kemudian, klik pada Pendaftaran Untuk Direct Debit pada menu pilihan.
    5. Klik pada Permohonan Baru dan klik Mohon.
    6. Selepas anda telah selesai klik Mohon, maklumat pinjaman anda akan dipaparkan pada skrin termasuk nombor pinjaman PTPTN anda.

    #2 Cara semak nombor pinjaman PTPTN melalui E-Mail 

    Kaedah ini boleh anda gunakan sekiranya pada waktu pendaftaran anda menggunakan kaedah manual iaitu pendaftaran menggunakan e-mel anda.

    1. Buka laman web rasmi PTPTN.
    2. Kemudian anda perlu memasukkan kata laluan anda dan juga nombor kad pengenalan anda dan klik Login.
    3. Kemudian, anda perlu mencari Penyata Baki pada menu pilihan.
    4. Selepas itu klik pada Mohon Direct Debit.
    5. Klik Permohonan Baru.
    6. Nama dan nombor kad pengenalan anda akan dipaparkan pada skrin dan anda perlu klik Mohon.
    7. Maklumat pinjaman anda termasuk nombor pinjaman PTPTN anda akan dipaparkan.
    8. Pastikan anda menyalin dan menyimpan nombor tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang.

    Maklumat lanjut

    Sekiranya anda menghadapi masalah untuk log masuk dan mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda, jangan risau kerana Careline PTPTN disediakan untuk membantu pelanggan. Cara-cara menggunakan khidmat Careline PTPTN adalah:

    1. Hubungi Careline PTPTN pada talian 0321933000.
    2. Selepas anda disambungkan kepada perunding Careline PTPTN , anda perlu memaklumkan bahawa anda ingin mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda.
    3. Anda akan ditanya beberapa soalan sebagai bukti pengesahan bahawa anda adalah pemilik akaun tersebut.
    4. Setelah anda disahkan sebagai pemilik, nombor pinjaman PTPTN anda akan diberitahu oleh perunding Careline PTPTN.

    Akhir kalam

    Secara konklusinya, dua cara tersebut adalah kaedah paling mudah untuk mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda. Semoga urusan anda untuk mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda dipermudahkan.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply