Sekiranya anda seorang pengguna Bank Islam dan anda ingin melakukan perbankan secara online, namun masih tertanya-tanya tentang kaedah ataupun cara dapatkan penyata akaun Bank Islam anda dengan mudah, jangan risau pada hari ini kami akan kongsikan bersama anda cara mudah untuk dapatkan penyata akaun Bank Islam anda.
Sedikit mengenai Bank Islam
Bank islam adalah bank islamik yang pertama di Malaysia dan mempunyai saluran rangkaian bank islamik yang terbesar dengan lebih daripada 144 cawangan di Malaysia.
Matlamat utama Bank Islam adalah bertujuan untuk menyediakan solusi masalah kewangan berdasarkan prinsip shariah yang mementingkan keseimbangan individu dan keperluan sosial seseorang itu untuk kebaikan masyarakat bersama.
Cara dapatkan penyata akaun Bank Islam secara online
- Cara untuk anda dapatkan penyata akaun Bank Islam anda yang pertama adalah perlu membuka laman web rasmi Bank Islam pada pautan ini https://www.bankislam.com/.
- Setelah membuka pautan untuk ke laman web rasmi bank islam, anda akan dibawa ke halaman utama Bank Islam dan anda perlu log masuk ke akaun Bank Islam anda untuk mendapatkan penyata akaun Bank Islam anda.
- Untuk log masuk anda harus mencari butang “Login” yang berada pada sebelah kanan atas paparan skrin anda (sekiranya anda menggunakan komputer untuk log masuk ke akaun anda).
- Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda pada ruangan yang disediakan dan tekan “Login” untuk log masuk ke akaun Bank Islam anda.
- Setelah log masuk anda akan dibawa ke paparan utama ataupun “dashboard” anda.
- Anda perlu cari “My Account” dan klik pada butang tersebut untuk ke langkah berikutnya.
- Setelah anda klik “My Account” anda akan dipaparkan dengan “dropdown menu” yang menunjukkan kesemuaa aktiviti perbankan yang anda boleh lakukan.
- Anda perlu klik pada “E-Statement” dan kemudian klik pada “Download”.
- Paparan berikutnya anda perlu memilih nombor akaun anda pada ruangan “Account/Card” dan klik pada “Submit”.
- Setelah menekan “Submit” anda akan melihat terdapat beberapa penyata akaun Bank Islam (List of Statements for Savings Account) anda pada ruangan “Statement Date”.
- Untuk melihat penyata akaun anda, anda perlu klik pada tarikh penyata akaun yang anda inginkan.
- Selesai sudah cara dapatkan penyata akaun Bank Islam anda dengan mudah.
Bolehkah dapatkan penyata akaun Bank Islam di ATM?
Untuk pengetahuan semua, penyata akaun Bank Islam hanya boleh didapati secara online sahaja. Buat masa ini tidak ada cara untuk mendapatkan penyata Bank Islam melalui ATM.
Sekiranya urgent, kami sarankan anda pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam yang terdekat sekiranya ingin mendapatkan bank statement.
Kelebihan perbankan online ?
Membayar bil-bil anda secara online sahaja
Anda tidak perlu lagi ke kaunter Bank Islam untuk menyelesaikan bil-bil anda, kini semuanya di hujung jari anda sahaja. Anda boleh melakukan transaksi membayar bil secara online sahaja. Anda boleh melakukan pembayaran bil di laman web rasmi bank anda.
Melihat dan menyemak transaksi bank anda
Online banking memberi anda kelebihan untuk menyemak banking history dan mendapatkan penyata akaun Bank Islam anda dan melihat kesemua transaksi bank anda. Segala aktiviti perbankan anda akan direkod oleh pihak bank seperti perbelanjaan anda dan jumlah duit yang ada dalam bank anda.
Memindahkan wang antara akaun bank
Anda boleh melakukan pemindahan wang dengan cepat dengan menggunakan perbankan online kerana semuanya dilakukan secara online dengan cepat dan senang.
Jika anda ingin mengetahui cara untuk dapatkan penyata akaun bank komersial yang lain ataupun anda ingin mengetahui tentang cara print penyata akaun Maybank anda, jangan risau kerana kami telah sediakan artikel khas tentang cara print penyata akaun Maybank.
Akhir kalam
Diharapkan cara dapatkan penyata akaun Bank Islam ini dapat memudahkan urusan anda untuk melakukan aktiviti perbankan anda.
Semoga bermanfaat.