Tak semua orang hidupnya senang. Ada orang yang cuba nak dapatkan duit lebih, tapi akhirnya ditipu. Banyak kes berlaku di mana kau masukkan duit sekian-sekian untuk dapatkan habuan yang sekian-sekian. Contohnya, masukkan RM500 ke dalam akaun bank seseorang, kau akan dapat RM1,000. Walaupun nampak macam “bodoh gila, kenapa percaya?”, ia banyak berlaku. Kalau kau antara salah seorang yang sudah kena scam, aku nak kongsi cara nak dapatkan balik duit yang ditipu scammer.

Mari sini aku terangkan.

1. Buat report polis dulu

Mula-mula sekali, kau kena buat report polis. Ini penting supaya apa yang scammer itu buat pada kau, ada rekod. Jadi, dia tak boleh lari dari tanggungjawab. Report polis juga penting untuk kau pertahankan diri kau. Pastikan kau ada nama penuh dia. Kalau ada nombor kad pengenalan scammer tersebut, itu lebih baik. Lagi detail, lagi bagus. Semasa buat laporan polis di balai polis berdekatan, kau kena maklumkan bahawa kau telah masukkan duit ke dalam akaun yang salah.

 

2. Maklumkan pihak bank

Selepas siap semuanya, kau buat laporan pada pihak bank juga. Ini adalah untuk kau buat tuntutan semula duit yang kau kena tipu. Kalau kau masukkan duit menggunakan Public Bank, cuba pergi Public Bank dan jelaskan bahawa kau telah masukkan duit ke dalam akaun scammer.

Aku tak kata bank boleh pulangkan duit kau. Tapi apa salahnya kau pergi dulu sana untuk dapatkan nasihat dan pandangan macam mana nak dapatkan duit kau semula. Tunjukkan laporan polis yang kau buat tadi. Pihak bank tak akan abaikan kau. Dengan laporan dari pihak polis, ini bermakna kes kau serius.

Yang penting, kau kena bertenang semasa berjumpa dan bercakap dengan pegawai bank. Kalau kau main kasar dan cakap lepas, aku takut pegawai bank pun malas nak layan kau.

 

3. Hubungi keluarga scammer

Antara lain, kau boleh cuba check balik samada kau masih simpan nombor telefon dia. Cuba dapatkan semua nombor keluarga dan kawan-kawan dia. Kau cuba hubungi famili dia terlebih dahulu. Terangkan keadaan semasa yang berlaku. Minta tolong famili dia hubungi si scammer ini supaya bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

Lagi bagus kalau kau ada alamat rumah mak ayah dia. Terus lawat dan jelaskan satu persatu. Kalau si scammer ini jenis tahu malu, dia akan pulangkan semula.

Terakhir, kau jangan sesekali buat pinjaman untuk bayar pinjaman yang kau pernah buat. Jangan tambahkan lagi masalah. Usaha sampai tahap yang kau  termampu untuk dapatkan balik duit yang ditipu scammer itu. Cara ini juga bukan bermaksud kau boleh dapatkan 100%. Kalau tak usaha, macam mana kan?

Kalau ada rezeki, dapat. Kalau tak ada rezeki, nak buat macam mana. Semoga semuanya dipermudahkan.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply