Anda ingin tahu panduan check balance akaun Affin Bank, bukan? Baru berdaftar sebagai pelanggan Affin Bank? Jadi, izinkan kami kongsikan cara semak baki akaun Affin Bank supaya maklumat dikongsikan senang difahami oleh anda.
Persediaan
Sekiranya anda masih belum berdaftar untuk online banking Affin Bank melalui Affin Online, sila baca untuk maklumat lanjut.
Tapi, setelah anda selesai dengan pendaftaran, pasti anda keliru dengan caranya. Jemput baca pula tentang cara login ke akaun online banking di Affin Bank.
Cara Semak Baki Akaun Affin Bank
Berikut merupakan tiga cara semak baki akaun Affin Bank iaitu melalui portal rasmi Affin Online, mobile banking Affine Secure dan ATM Affin Bank.
#1 Cara semak baki akaun Affin Bank melalui portal rasmi Affin Online
Pastikan anda telah berdaftar untuk online banking Affin terlebih dahulu. Cara semak baki akaun melalui website Affin Online adalah seperti di bawah.
- Layari portal rasmi https://www.affinonline.com/
- Anda akan tiba pada bahagian laman Affin Online.
- Pada sebelah kanan skrin atas, klik pada butang ikon tiga garis mendatar.
- Klik Personal pada bahagian Login.
- Kemudian, anda akan tiba pada laman https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
- Anda akan lihat paparan Welcome Back, Sign in to continue.
- Masukkan username anda pada ruangan Username.
- Klik butang Login bagi memulakan proses cara semak baki akaun anda.
- Sahkan Secure Word anda.
- Sekiranya bukan Secure Word anda, pastikan tidak teruskan transaksi anda.
- Tandakan pada kotak Yes, this is my Secure Word and Image sekiranya gambar dan kata keselamatan anda padan.
- Masukkan password pada ruangan Password.
- Kemudian, klik Login bagi teruskan cara semak baki akaun anda.
- Anda akan berjaya masuk ke laman online banking Affin Bank anda.
- Cari menu kecil pada laman yang anda tiba.
- Kemudian, klik Account Summary.
- Klik Account Information/Maklumat Baki sebagai langkah akhir semakan baki akaun anda.
- Maklumat tentang baki akaun Affin Bank anda akan tertera secara lengkap.
- Selesai.
#2 Cara semak baki akaun melalui aplikasi Affin Secure mobile banking
Selain cara semakan baki akaun melalui portal rasmi Affin Online, anda juga boleh check balance akaun melalui aplikasi Affin Secure. Tapi, pastikan anda telah muat turun dan register mobile banking terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini. Caranya seperti di bawah.
- Buka aplikasi Affin Secure anda.
- Masukkan username pada ruangan Username bagi memulakan proses semak baki akaun anda.
- Klik butang anak panah sebelah ruangan Username.
- Masukkan password pada ruangan Password.
- Sahkan Security Image yang tertera.
- Klik butang Login bagi dapatkan lancarkan cara semak baki akaun anda.
- Kemudian, klik menu kecil.
- Klik Account Summary.
- Klik Saving & Current sebagai langkah terakhir bagi proses panduan semak baki akaun anda.
- Baki penyata akaun yang lengkap akan terpapar.
- Selesai.
#3 Panduan semak baki akaun melalui ATM Affin Bank
Anda juga boleh semak baki akaun anda melalui ATM Affin Bank. Lawati cawangan ATM yang berdekatan dengan anda. Caranya seperti di bawah.
- Masukkan kad ATM Affin Bank ke slot kad.
- Tunggu hingga disahkan bagi memulakan cara semakan baki anda.
- Pilih bahasa yang diingini.
- Sekiranya anda pilih bahasa Melayu, anda akan tiba pada bahagian Sila Masukkan PIN.
- Masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
- Klik Enter/Masuk bagi teruskan proses semakan baki akaun tersebut.
- Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
- Klik pada Transaksi Lain/Other.
- Klik pada Account Summary bagi lancarkan proses semakan baki akaun anda.
- Kemudian, klik pada Maklumat Baki.
- Pilih akaun yang anda ingin semak.
- Baki akaun anda akan terpapar pada skrin ATM.
- Selesai.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian tentang cara semak baki akaun Affin Bank telah memudahkan lagi urusan anda.
Kalau anda menggunakan akaun bank lain, boleh dapatkan cara semak baki akaun Maybank dan juga cara semak baki akaun Bank Islam secara online.
Semoga bermanfaat.