Cara login Affin Bank online kini menggunakan platform AffinAlways di rib.affinalways.com, bukan lagi rib.affinonline.com yang lama.
Bagi yang sudah daftar Affin Bank dan juga daftar Affin Secure, izinkan kami kongsi pula cara login Affin Bank online yang akan memudahkan anda untuk membuat urusan perbankan.
Untuk panduan log masuk yang lebih lengkap termasuk reset kata laluan, anda juga boleh rujuk halaman log masuk Affin Bank kami.
Cara login Affin Bank online
#1 Cara login Affin Bank online (untuk existing user)
Berikut ialah cara untuk login Affin Bank online bagi pengguna yang sudah berdaftar sebelum ini:- Layari portal rasmi Affin Bank di sini: https://www.affinalways.com
- Di bahagian menu, klik Perbankan Internet atau terus ke pautan ini: https://rib.affinalways.com/retail/
- Untuk makluman, jika pilih menu Personal dengan permulaan URL dengan RIB, ini ialah singkatan untuk Retail Internet Banking
- Jangan tersilap pilih menu Business dengan permulaan URL dengan CIB
- Ini kerana https://cib.affinalways.com/ adalah khas untuk Corporate Internet Banking
- Akan keluar paparan log masuk AffinAlways
- Masukkan Username anda di ruangan yang disediakan untuk meneruskan cara login Affin Bank online ini
- Tekan butang Login
- Akan keluar gambar yang anda pilih semasa buat pendaftaran tempohari; berserta Secure Word
- Jika padanan gambar dan Secure Word adalah benar seperti yang anda pilih, tick ruangan "Yes this is my Secure Word and Image"
- Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika gambar dan Secure Word yang diberikan tidak sepadan
- Masukkan Password
- Tekan butang Login sekali lagi
- Sebarang transaksi kewangan memerlukan pengesahan melalui aplikasi AffinAlways atau AffinAlwaysX (menggantikan SMS TAC sejak 6 Ogos 2024)
- Jika semuanya berjalan lancar, anda akan boleh login ke dalam sistem perbankan Affin Bank
#2 Log Masuk AffinAlways di rib.affinalways.com (First Time Login)
Bagi pengguna baru, sila ikuti panduan login Affin Bank untuk pertama kali seperti di bawah:- Layari https://rib.affinalways.com/retail/
- Tekan butang Daftar Sekarang (atau First Time Login)
- Masukkan Nombor Rujukan yang diberikan oleh pegawai cawangan Affin Bank
- Klik Request Access Code: anda akan menerima SMS yang mengandungi kod 6 digit ke nombor telefon berdaftar anda
- Masukkan kod tersebut dan tekan Continue
- Pada laman seterusnya, cipta Username, Password, dan pilih Secure Word serta Secure Image anda
- Baca dan setuju dengan terma dan syarat, kemudian tekan Submit
- Akaun anda akan diaktifkan selepas tempoh 12 jam; selepas itu anda boleh log masuk seperti biasa
- Cara login Affin Bank online dengan First Time Login bagi pengguna baru berakhir di sini
Akhir kalam
Dengan mengikuti cara login Affin Bank online seperti yang dikongsikan di atas, mudah sahaja bukan?Semoga urusan perbankan harian anda dengan AffinAlways dipermudahkan.
Bukan itu sahaja, jika anda ada menggunakan bank lain selain Affin Bank, kami juga ada menyenaraikan beberapa lagi panduan perbankan seperti cara daftar Bank Islam online dan cara daftar Bank Muamalat.
Jika ada masalah semasa log masuk, anda boleh hubungi AFFIN Contact Centre di 03-8230 2222 (setiap hari, 8 pagi - 12 tengah malam).
Semoga bermanfaat.