What's Hot

    Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) adalah pinjaman yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelajar yang mengikuti program latihan kemahiran di institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia. Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pelbagai program latihan kemahiran di peringkat sijil, diploma, dan diploma lanjutan, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kebolehpasaran mereka di pasaran kerja.

    Pelajar yang menerima pinjaman PTPK disarankan untuk membuat semakan baki pinjaman secara berkala bagi memastikan jumlah pinjaman yang perlu dibayar balik adalah tepat dan tiada sebarang tunggakan dalam pembayaran. Semakan ini bukan sahaja membantu dalam perancangan kewangan yang lebih berkesan, tetapi juga membolehkan peminjam memantau perubahan atau kemaskini terkini pada akaun pinjaman mereka. Dengan ini, pelajar dapat memastikan pembayaran balik dibuat mengikut jadual yang ditetapkan, sekaligus mengelakkan caj tambahan atau penalti akibat kegagalan memenuhi komitmen pembayaran.

    Bagaimana Cara Semak Baki Pinjaman PTPK Online?

    Untuk membuat semakan baki pinjaman PTPK secara online, ikut langkah-langkah berikut:

    1. Layari laman web rasmi PTPK di sini: www.ptpk.gov.my
    2. Ia biasanya akan dipaparkan pada kedudukan paling atas pada enjin carian Google. Klik Pautan
    3. Anda akan melihat paparan Log Masuk.
    4. Paparan log masuk akan meminta anda memasukkan Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
    5. Jangan risau, jika ini kali pertama anda menggunakannya, anda harus emel terlebih dahulu Nombor Kad Pengenalan dan Nama Peminjam ke alamat emel [email protected] dengan subject “Memohon Kata Laluan”.
    6. Anda juga boleh melakukan perkara sama dengan menghantar mesej Messenger terus kepada pihak PTPK di Facebook mereka iaitu di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) – Pinjaman Tabung Kemahiran.
    7. Hal ini supaya anda dapat diberikan Kata Laluan untuk membuat log masuk ke dalam laman web ini.
    8. Panduan ini tersedia sebagai informasi di bawah ruangan Log Masuk Anda boleh rujuk pada bila-bila masa.
    9. Sekiranya anda masih belum mendapat sebarang respon daripada PTPK mengenai kata laluan, anda boleh cuba masukkan nombor akaun pinjaman anda seperti contoh 04/05326.
    10. Sekiranya anda terlupa Kata Laluan, anda boleh hantar emel atau mesej kepada pihak PTPK melalui alamat emel dan Facebook yang sama.
    11. Anda tidak boleh membuat permohonan kata laluan melalui SMS ke 15888 kerana perkhidmatan berkenaan telah ditamatkan.
    12. Apabila password telah diberikan, anda boleh teruskan cara ini.
    13. Masukkan dahulu Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang betul tanpa sebarang space.
    14. Kemudian, masukkan kata laluan.
    15. Seterusnya, tekan butang MASUK.
    16. Apabila berjaya, anda akan mendapat paparan Maklumat Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di skrin anda.
    17. Pada bahagian Maklumat Lejar berwarna kuning, sila cari dan lihat column Akaun. Ia adalah sebaris dengan ID Pemohon, Tempoh Bayaran Balik, dan Status Lejar.
    18. Anda akan dapati nombor akaun pinjaman anda tertera di situ bersama-sama Baki Terkini di sebelahnya.
    19. Anda kini telah mengetahui baki terkini pinjaman PTPK anda.
    20. Untuk melihat dengan lebih lanjut maklumat baki pinjaman PTPK, anda boleh tekan No Akaun Pinjaman
    21. Anda kini akan dipaparkan dengan Penyata Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Anda boleh menyemak baki terkini, baki tertunggak, jumlah pinjaman diluluskan dan amaun bayaran balik sebulan.
    22. Tahniah! Anda telah selesai membuat semakan.
    23. Anda boleh Log Keluar dan keluar daripada laman web setelah selesai meneliti semakan.

    Apa Kesan Tidak Bayar PTPK?

    Kegagalan membayar balik pinjaman PTPK boleh membawa 4 kesan negatif iaitu:

    1. Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peminjam kerana PTPK berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.
    2. Kesan negatif terhadap penilaian kredit. Ini kerana rekod pembayaran balik pinjaman yang tidak memuaskan boleh menjejaskan penilaian kredit anda, menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman atau kemudahan kredit di masa hadapan.
    3. Peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman PTPK akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.
    4. PTPK boleh mengarahkan majikan untuk membuat potongan gaji bagi peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

    Untuk mengelakkan kesan negatif tidak bayar PTPK, rancang kewangan dan buat bajet bulanan agar tidak terlepas membuat bayaran.

    Bagaimana Cara Selesaikan Tunggakan PTPK Dengan Cepat?

    Untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman PTPK dengan cepat, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut:

    1. Hubungi PTPK untuk berbincang mengenai pilihan pembayaran balik yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda.
    2. Pertimbangkan untuk membuat penyelesaian penuh atau sebahagian tunggakan sekiranya berkemampuan.
    3. Mohon pelan pembayaran balik yang lebih fleksibel, seperti tempoh pembayaran yang lebih panjang atau ansuran bulanan yang lebih rendah.
    4. Jika anda menghadapi kesulitan kewangan, anda boleh memohon penangguhan pembayaran sementara sehingga keadaan kewangan anda stabil.

    Bagaimana Cara Login PTPK?

    Untuk log masuk ke portal Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), ikuti langkah-langkah yang dinyatakan seperti berikut:

    1. Layari laman web rasmi PTPK di www.ptpk.gov.my.
    2. Klik pada butang “Log Masuk” yang terletak di bahagian atas kanan laman web.
    3. Pilih jenis akaun anda, sama ada “Akaun Peminjam” atau “Akaun Penyedia Latihan/Institusi”.
    4. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda (bagi peminjam) atau nombor pendaftaran perniagaan (bagi penyedia latihan) dan kata laluan.
    5. Klik pada butang “Log Masuk” untuk mengakses akaun anda.

    Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk log masuk, anda boleh menghubungi pihak PTPK melalui Talian Khidmat Pelanggan PTPK di talian 03 40476000 atau di talian 03 404762000.

    Anda juga boleh layari www.ptpk.gov.my atau emel kepada [email protected].

    Bagi sebarang urusan surat-menyurat, alamatnya adalah seperti berikut:

    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
    Kementerian Sumber Manusia
    Tingkat 15,16,17,18,19 dan 27
    Menara Dato’ Onn
    Putra World Trade Centre
    No 45, Jalan Tun Ismail
    50480 Kuala Lumpur.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    12 Comments

    1. Tajuk : Mendapatkan kata laluan PTPK

      Saya 021205070049 Nama chong wei pin saya hendak mendapatkan kata laluan untuk saya buat pembayaran pinjaman PTPK saya
      Telegon.number 01126334524
      Terima Kasih

    2. Tuan/Puan

      Disini saya dengan nama NURRAHIMAH BT JUMAH no Ic 989523016500 ingin mendapatkan kata laluan dan nombor account pinjaman . saya hendak bayar tunggakan

    3. Ahmad Fardian bin Mohd ali on

      Assalamualaikum selamat pagi tuan & puan Bagaiman saya NaK buat permohonan pembayaran bulanan .

    4. Ahmad Fardian bin Mohd ali on

      Assalamualaikum selamat pagi tuan & puan ,
      Bagaiman saya NaK buat permohonan pembayaran bulanan ptpk. Mohon bantuan Dari pihak ptpk.

    5. mohammad nazmi bin zaini on

      tuan/puan

      disini saya dengan nama
      mohammad nazmi bin zaini
      no ic 950530075069 ingin mendapatkan account pinjaman ptpk untuk membuat pembayaran tunggak ptpk

    Leave A Reply