Ini adalah panduan yang lengkap buat anda yang tercari-cari cara semak baki pinjaman PTPK secara online atau dalam talian.
Bagi mereka yang tidak tahu, PTPK ialah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran yang menawarkan Pinjaman Latihan Kemahiran. Sudah bersedia? Jom kita mulakan.
Semakan baki pinjaman PTPK
Cara semak baki pinjaman PTPK online
- Layari laman web rasmi PTPK di sini: www.ptpk.gov.my
- Ia biasanya akan dipaparkan pada kedudukan paling atas pada enjin carian Google. Klik Pautan
- Anda akan melihat paparan Log Masuk.
- Paparan log masuk akan meminta anda memasukkan Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
- Jangan risau, jika ini kali pertama anda menggunakannya, anda harus emel terlebih dahulu Nombor Kad Pengenalan dan Nama Peminjam ke alamat emel [email protected] dengan subject “Memohon Kata Laluan”.
- Anda juga boleh melakukan perkara sama dengan menghantar mesej Messenger terus kepada pihak PTPK di Facebook mereka iaitu di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) – Pinjaman Tabung Kemahiran.
- Hal ini supaya anda dapat diberikan Kata Laluan untuk membuat log masuk ke dalam laman web ini.
- Panduan ini tersedia sebagai informasi di bawah ruangan Log Masuk Anda boleh rujuk pada bila-bila masa.
- Sekiranya anda masih belum mendapat sebarang respon daripada PTPK mengenai kata laluan, anda boleh cuba masukkan nombor akaun pinjaman anda seperti contoh 04/05326.
- Sekiranya anda terlupa Kata Laluan, anda boleh hantar emel atau mesej kepada pihak PTPK melalui alamat emel dan Facebook yang sama.
- Anda tidak boleh membuat permohonan kata laluan melalui SMS ke 15888 kerana perkhidmatan berkenaan telah ditamatkan.
- Apabila password telah diberikan, anda boleh teruskan cara ini.
- Masukkan dahulu Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang betul tanpa sebarang space.
- Kemudian, masukkan kata laluan.
- Seterusnya, tekan butang MASUK.
- Apabila berjaya, anda akan mendapat paparan Maklumat Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di skrin anda.
- Pada bahagian Maklumat Lejar berwarna kuning, sila cari dan lihat column Akaun. Ia adalah sebaris dengan ID Pemohon, Tempoh Bayaran Balik, dan Status Lejar.
- Anda akan dapati nombor akaun pinjaman anda tertera di situ bersama-sama Baki Terkini di sebelahnya.
- Anda kini telah mengetahui baki terkini pinjaman PTPK anda.
- Untuk melihat dengan lebih lanjut maklumat baki pinjaman PTPK, anda boleh tekan No Akaun Pinjaman
- Anda kini akan dipaparkan dengan Penyata Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Anda boleh menyemak baki terkini, baki tertunggak, jumlah pinjaman diluluskan dan amaun bayaran balik sebulan.
- Tahniah! Anda telah selesai membuat semakan.
- Anda boleh Log Keluar dan keluar daripada laman web setelah selesai meneliti semakan.
Maklumat tambahan semakan baki PTPK
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan PTPK di talian 03 40476000 atau di talian 03 404762000.
Anda juga boleh layari www.ptpk.gov.my atau emel kepada [email protected].
Bagi sebarang urusan surat-menyurat, alamatnya ialah :
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15,16,17,18,19 dan 27
Menara Dato’ Onn
Putra World Trade Centre
No 45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur.
Akhir kata
Sekadar mengingatkan, hutang tetap hutang. Ia tetap perlu dilangsaikan. Jangan sampai tidak membayar pinjaman PTPK pula. Bimbang apa yang kita gunakan untuk belajar nanti tidak berkat pula.
Diharapkan agar perkongsian cara semak baki pinjaman PTPK ini dapat memudahkan lagi urusan pembayaran balik.
Jemput juga baca cara buat semakan baki akaun BSN.
Semoga bermanfaat.
12 Comments
Tajuk : Mendapatkan kata laluan PTPK
Saya 021205070049 Nama chong wei pin saya hendak mendapatkan kata laluan untuk saya buat pembayaran pinjaman PTPK saya
Telegon.number 01126334524
Terima Kasih
I want cek my balance ptptk
Baki pinjaman ptpk
Tuan/Puan
Disini saya dengan nama NURRAHIMAH BT JUMAH no Ic 989523016500 ingin mendapatkan kata laluan dan nombor account pinjaman . saya hendak bayar tunggakan
Assalamualaikum selamat pagi tuan & puan Bagaiman saya NaK buat permohonan pembayaran bulanan .
Assalamualaikum selamat pagi tuan & puan ,
Bagaiman saya NaK buat permohonan pembayaran bulanan ptpk. Mohon bantuan Dari pihak ptpk.
tuan/puan
disini saya dengan nama
mohammad nazmi bin zaini
no ic 950530075069 ingin mendapatkan account pinjaman ptpk untuk membuat pembayaran tunggak ptpk
Says Firdaus Bin Daud
Kad pengenalan 921112136225 terlupa kata laluan ptpk Saya..mohon bantuan..Sila email Saya kembali [email protected]
I want to check my balance pending payment
[email protected]
baki ptptk saya
Saya nak tengok berapa total
pinjaman ptpk saya?