What's Hot

    Bagi anda yang tertanya-tanya tentang cara topup Tone Wow, kami akan kongsikan bersama anda langkah-langkahnya di bawah. Panduan ini khas kepada pelanggan tetap atau pengguna Tone Wow yang telah mendaftar dan telah menjadi ahli Tone Wow.

    Sekiranya anda adalah ahli baru yang belum mendaftar pernah mendaftar bersama Tone Wow, anda perlu mendaftarkan diri dahulu bersama Tone Wow agar maklumat diri anda disimpan di dalam database maklumat Tone Wow. Jika maklumat anda tiada di dalam database Tone Wow maka anda tidak akan dapat log masuk ke dalam aplikasi Tone Wow kerana anda adalah ahli yang belum mendaftar.

    Cara top up Tone Wow

    Berikut ialah cara topup Tone Wow untuk ahli-ahli Tone Wow yang sudah berdaftar. Sila ambil perhatian bahawa cara topup Tone Wow yang akan kita bahaskan adalah menerusi aplikasi Tone Wow.

    Kepada yang masih belum install aplikasi Tone Wow pada telefon pintar anda, anda perlulah install aplikasi tersebut terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke cara topup Tone Wow.

    Sekiranya anda adalah ahli baru dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tone Wow, anda boleh rujuk laman web rasmi di sini.

    1. Kepada pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli Tone Wow tetapi masih belum ada aplikasi Tone Wow, anda perlulah install aplikasi tersebut dari Google Play Store atau App Store pada peranti telefon pintar anda.
    2. Buka Google Play Store atau App Store dan taip Tone Wow dan anda akan melihat aplikasi Tone Wow dengan nama penuhnya iaitu myWow by ToneWow. Klik pada aplikasi tersebut dan install.
    3. Setelah selesai install, anda klik apikasi tersebut untuk memulakan cara topup Tone Wow.
    4. Setelah aplikasi dibuka, anda perlu memasukkan maklumat diri anda iaitu maklumat kad pengenalan anda (identification number) ke dalam ruangan yang tertulis “Enter IC Number” dan klik butang Next setelah selesai.
    5. Sekiranya anda belum mendaftar sebagai ahli Tone Wow walaupun maklumat IC anda betul, anda tidak akan boleh log masuk ke aplikasi tersebut kerana maklumat anda tiada dalam database Tone Wow.
    6. Kemudian, anda perlu log masuk sekali lagi dengan password akaun Tone Wow anda dan klik Login Now untuk masuk ke akaun Tone Wow anda.
    7. Cara topup Tone Wow yang berikutnya adalah anda perlu pergi ke Wowlet anda dan di sana anda akan dapat melihat kad Tone Wow virtual anda yang ada maklumat diri anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan anda dan baki akaun wowlet anda.
    8. Pada bahagian bawah anda akan melihat terdapat beberapa pilihan yang disediakan untuk anda seperti top up wallet, transfer to 3rd party dan digi reload. Anda perlu klik digi reload.
    9. Selepas itu anda perlu memilih top up amount yang anda inginkan. Terdapat pilihan daripada jumlah terkecil (RM 5) sehingga yang paling besar iaitu (RM 100).
    10. Setelah anda memilih amount anda, anda perlu masukkan prepaid number iaitu nombor telefon anda yang telah anda daftarkan bersama Tone Wow. Masukkan sahaja nombor telefon anda ke ruangan yang disediakan dan tekan butang Next.
    11. Cara topup Tone Wow yang seterusnya adalah anda akan di bawa ke ruangan confirmation di mana anda akan di minta untuk mengesahkan transaksi anda tersebut. Anda hanya perlu menyemak sama ada semua maklumat yang ditulis adalah betul dan jika semua maklumat adalah betul, anda boleh klik butang Confirm and Top Up.
    12. Kemudian anda akan di bawa kembali ke akaun utama anda di mana anda perlu refresh dan jumlah topup anda akan ditolak serta merta daripada baki wallet Tone Wow.
    13. Setelah beberapa minit anda akan dapat SMS daripada pihak Tone Wow di mana SMS tersebut akan memberitahu anda bahawa jumlah top up anda telah dikreditkan ke dalam akaun Tone Wow anda.
    14. Jika anda ingin konfirmasi dan anda ingin double check untuk memastikan duit tadi telah betul betul masuk ke akaun anda, anda hanya buka aplikasi phone pada telefon anda dan dail *126#.
    15. Tekan call dan biarkan USSD code running dan setelah beberapa seketika satu mesej akan dipaparkan pada skrin anda di mana mesej tersebut mengandungi baki akaun anda. Check dan pastikan duit telah dikreditkan ke akaun anda.
    16. Setelah itu selesailah sudah cara top up Tone Wow pada telefon pintar anda.

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian cara topup Tone Wow ini dapat memudahkan lagi urusan anda. Sekiranya anda ada persoalan mengenai cara topup untuk platform online yang lain seperti Celcom secara online, boleh baca cara topup Celcom.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply