What's Hot

    Selain tukar nama motor, anda juga boleh tukar nama kereta. Mungkin ada di antara anda yang mahu jual atau beli kereta yang sudah habis bayar, tetapi tidak mahu melalui orang tengah. Sebenarnya, boleh sahaja buat. Tidaklah sesusah mana. Untuk melakukan proses pertukaran nama untuk hakmilik sesebuah kereta, anda perlulah berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ.

    Proses ini akan dijalankan secara pengesahan biometrik iaitu cap jari ‘thumprint‘. Walaupun kedua-dua pemilik asal dan pemilik baru tidak perlu hadir serentak, ia masih lagi perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Mengikut pembacaan kami, tidak ada cara tukar nama kereta secara online.

    Cara tukar nama kereta

    Kami tulis semula perkongsian berkenaan proses, prosedur dan cara tukar hak milik kenderaan dari JPJ di Facebook.

    1. Pastikan kereta sudah habis bayar. Hutang semua sudah langsai.
    2. Buat pemeriksaan PUSPAKOM.
      • Boleh dibuat oleh pemilik baru atau pemilik asal
      • Sila buat temujanji dahulu dengan PUSPAKOM
      • Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
      • Bawa geran asal kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
      • Ada dua pilihan untuk buat pemeriksaan; iaitu hadir ke pejabat PUSPAKOM atau minta pasukan bergerak datang ke rumah
      • Jika datang ke pejabat PUSPAKOM, sila si borang B5
      • Tunggu sehingga proses pemeriksaan siap
      • Sila semak harga untuk buat pemeriksaan di www.puspakom.com.my
    3. Pemilik asal perlu buat urusan di JPJ
      • Pemilik asak perlu hadrikan diri ke pejabat JPJ
      • Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
      • Isi Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3)
      • Pihak JPJ akan mengambil cap jari biometric ‘thumbprint
      • JPJ akan keluarkan slip menunjukkan urusan tukar hak milik telah selesai
      • Slip ini perlu diserahkan kepada pemilik baru
      • Urusan untuk tukar nama kereta oleh pemilik asal kini sudah selesai
    4. Pemilik baru perlu buat urusan di JPJ
      • Sila ambil maklum, setelah urusan cap jari ‘thumbprint’ di JPJ oleh pemilik asal, road tax dan insurans akan terbatal secara automatik
      • Jadi, dinasihatkan agar pemilik baru renew insurans terlebih dahulu atas nama sendiri
      • Jika insurans sudah diperbaharui, pemilik yang baru boleh terus renew road tax baru.
      • Pihak JPJ akan mengeluarkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) baru yang telah ditukar hak milik
      • Isi Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3) seperti pemilik asal.

    Checklist tukar nama kereta

    Agar tidak perlu ulang-alik ke JPJ kerana ada dokumen yang tertinggal, berikut ialah checklist atau senarai dokumen yang perlu di bawa:

    Untuk pemilik asal:

    1. Kad Pengenalan (MyKad)
    2. Geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

    Untuk pemilik baru:

    1. Kad Pengenalan (MyKad)
    2. Geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
    3. Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang asal
    4. Slip cap jari ‘thumbprint

    Apa syarat am untuk tukar nama kereta?

    Terdapat beberapa syarat am yang perlu dipenuhi.

    1. Pemilik asal berdaftar bagi kereta tersebut (penjual) dan pemilik baru kereta tersebut (pembeli) perlu hadir sendiri ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik.
    2. Tiada wakil yang dibenarkan untuk menjalankan urusan ini (bagi penjual mahupun pembeli) sekiranya kereta tersebut adalah hak milik persendirian individu.
    3. Pemilik asal serta pembeli kereta tersebut perlu menyediakan beberapa dokumen asas:
      • Pengesahan identiti individu; Dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyTentera, MyPR atau passport.
      • Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans / Pertubuhan /  Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa.
      • Pengesahan identiti sebegini adalah seperti berikut:
        • Salinan Borang 49 (WAJIB)
        • Salinan Resolusi / Minit Mesyuarat Berkenaan Persetujuan Penjualan Kenderaan, ATAU
        • Borang 9 Atau Borang 13 Yang Disahkan Oleh Setiausaha Syarikat Atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (Mana-Mana Yang Berkenaan), ATAU
        • Salinan Borang D Yang Disahkan SSM, ATAU
        • Apa-Apa Dokumen Lain Yang Berkaitan Pengesahan Identiti (Yang Berkaitan), DAN
        • Surat Persetujuan Penjualan Kenderaan Motor
      • Surat rasmi lantikan wakil (sekiranya kereta tersebut bukan hak milik persendirian). Wakil juga WAJIB menyediakan dokumen pengesahan identiti individu miliknya seperti MyKad, MyTentera, MyPR atau passport.
      • Borang JPJK3 yang lengkap diisi.
      • Perakuan pendaftaran kenderaan motor.
    4. Pastikan tidak mempunyai sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya.
    5. Kereta anda WAJIB dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM.
    6. Permit kenderaan perdagangan bagi pemilik asal berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu.
    7. Fi dibayar seperti yang ditetapkan.

    Syarat khas tukar hakmilik kenderaan

    Terdapat juga syarat khas yang perlu dipenuhi:

    1. Bagi pemilik asal berdaftar untuk kereta tersebut yang berada di luar negara, sediakan dokumen:
      • Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik asal berdaftar berada.
      • Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik asal berdaftar dihadapkan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.
    2. Bagi pemilik asal berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi, sediakan dokumen:
      • Perintah Mahkamah.
    3. Bagi kenderaan milik syarikat / perkongsian yang telah digulungkan / dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers / Liquidators, sediakan dokumen:
      • Surat persetujuan penjualan kenderaan (WAJIB)
      • Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM; ATAU
      • Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM; ATAU
      • Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM
    4. Bagi Kenderaan Perdagangan, sediakan dokumen:
      • Untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di PUSPAKOM terlebih dahulu
      • Untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;
      • Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian Pelancongan(WAJIB)
      • Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat (WAJIB)
      • Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled; ATAU
      • Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road
      • Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika berkenaan).(WAJIB)

    Akhir kata

    Kami memang sarankan untuk anda tukar nama kereta sebelum menjual atau memberikan kepada sesiapa sahaja.

    Ini adalah penting agar nama anda tidak lagi terikat dengan kereta tersebut.

    Zaman sekarang, macam-macam jenayah dan kesalahan. Jadi, dengan mengikut cara tukar nama kereta seperti di atas, anda tidak akan terbabit jika ada apa-apa yang berlaku.

    Untuk tukar nama kereta arwah, iaitu owner yang sudah meninggal dunia, ada perkara-perkara lain yang perlu diikuti. Kami akan kongsikan nati.

    Untuk tukar nama kereta tanpa lesen, sila hubungi pihak JPJ untuk maklumat lanjut.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    18 Comments

    1. Azmi Abd Aziz on

      Salam & Selamat Sejahtera,

      Saya ingin bertanya jika ingin membuat pertukaran nama untuk hakmilik daripada kereta isteri saya yang telah meninggal dunia.
      Bagaimana kah prosess nya?

      Terima kasih.

    2. salam dan sejahtera,

      Ingin bertanya, sekiranya saya hendak membeli kereta terpakai dari kawan. dan membuat semua pertukaran nama di JPJ, tetapi tidak buat ujian puspakom.. boleh ke.. sebab nya saya yakin, kereta dalam keadaan baik..

      • Mana boleh, puspakom wajib. Puspkom bukan ats pandangan kita kereta tu okay atau tak. Biasa nya perlu dan wajib untuk pergi puspakom untk tukar nama, no enjin dgn no body kena sama, dan body kereta xboleh potong. Kalau potong mmg xkn lepas puspakom, xkan boleh tukar nama

    3. Muhammad Arif bin mohd supiyan on

      Assalamualaikum, sekiranya pemilik asal kenderaan gagal dihubungi, bagaimana cara untuk melakukan pertukaran hak milik kenderaan

    4. muhamad adlizan on

      Semasa pkp skg nie.. bole kah tukar nama puspakom dh lulus.. Sbb salesmen bg alsan jpj tutup bhgian tkq2 nama nie..

    5. Muhammad Adlizan
      Smlm sy br p JPJ nk tukar nama pada pembeli..blh je..yg penting kedua pihak kena daftar ID di JPJ dulu. Lps tu dah blh tukar nama melalui online..pastikan kenderaan dh cek Puspakom.

    6. Puspakom masa pkp ni buka ke?pihak puspakom boleh sediakan surat untk rentas daerah ke atas urusan puspakom (tukar hak milik)

    7. FAIRUZ KARIM on

      Salam nak tanya tempoh 7 hari Untuk pemilik baru tukar nama setelah selesai puspacom dikira juga ke Hari cuti contoh tarikh puspacom 3/5/2021 sebab duduk luar daerah

    8. Assalam.ada terbaca semua urusan tukar hakmilik boleh dilakukan secara online sepenuhnya….kedua2 pihak perlu daftar dulu dgn portal mysikap…boleh tuan confirmkan?

    9. Abdullah bin Lembek on

      Kereta sudah dibuat pemeriksaan di Puspakom dan telah lulus dan diberikan surat kelulusan, bilakah boleh buat urusan untuk tukar nama kepada pemilik baru bersama dengan bayaran cukai jalan..bagaimanakah cara untuk buat temujanji dengan JPJ

    Leave A Reply