Untuk mengemaskini maklumat dalam sistem idMe, ibu bapa atau penjaga perlu log masuk ke portal rasmi di idme.moe.gov.my menggunakan Nombor Kad Pengenalan / Passport dan Kata Laluan yang didaftarkan. Selepas log masuk, klik menu “Aplikasi” dan pilih modul “Pengurusan Awam”, kemudian pergi ke bahagian “Pengurusan Profil”. Pengguna boleh mengemaskini maklumat peribadi, alamat, maklumat pasangan serta anak jagaan. Setiap bahagian perlu disimpan selepas dikemaskini, dan selepas semua perubahan dibuat, tandakan kotak pengesahan dan klik “Hantar” atau “Peraku” untuk sahkan maklumat terkini.
Panduan Mengemaskini idMe
Apa Itu idMe?
idMe ialah Sistem Pengurusan IDentiti (Identity Management System) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyatukan akses ke semua sistem pendidikan melalui satu akaun pengguna. Ia berfungsi sebagai pintu masuk tunggal (Single Sign-On) untuk pelbagai aplikasi seperti pengurusan murid, guru, pentaksiran, dan permohonan ke institusi pendidikan khas di bawah MOEIS (Modul Operasi Edukasi Integrasi Sistem).
Bagi permohonan ke Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD), dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), maklumat idMe perlu dikemaskini untuk permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 melalui portal rasmi (spskt1.moe.gov.my dan spskt4.moe.gov.my)
Apa Itu Modul Pengurusan Awam?
Modul Pengurusan Awam dalam sistem idMe adalah gerbang utama bagi ibu bapa, penjaga, dan orang awam tertentu untuk mengakses perkhidmatan penting berkaitan pendaftaran dan pengurusan murid. Modul ini membolehkan pengguna melakukan pendaftaran Tahun 1, menyemak penempatan sekolah, serta mengemaskini profil anak jagaan termasuk maklumat peribadi, kesihatan, dan penjaga. Ia juga digunakan dalam proses permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi kemasukan ke Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Semua data penting seperti sijil vaksinasi MySejahtera, slip gaji penjaga, alamat, nombor telefon, dan status kesihatan anak jagaan perlu dikemaskini kerana sistem Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan memadankan data terus daripada idMe semasa proses penempatan atau pemilihan pusat pentaksiran. Tarikh pendaftaran Tahun 1 biasanya dibuka dari 1 Mac hingga 30 April, dengan semakan dan rayuan penempatan dibuka sehingga akhir Ogos. Dalam konteks permohonan ke Tingkatan 1 dan 4, modul ini menjadi asas rujukan sistem spskt1.moe.gov.my dan spskt4.moe.gov.my. Sebarang maklumat yang tidak dikemaskini dalam Modul Pengurusan Awam boleh menyebabkan permohonan ke sekolah khusus tidak diproses atau ditolak secara automatik.
Bagaimana Cara Kemaskini Maklumat Murid dalam idMe?
Kemaskini maklumat murid memerlukan akses ke Modul Pengurusan Awam. Selepas log masuk, pilih Aplikasi > Pengurusan Awam > Pengurusan Profil. Kemaskini empat bahagian utama iaitu Maklumat Peribadi (nama, tarikh lahir), Maklumat Alamat (poskod, negeri), Maklumat Pasangan (nama penjaga), dan Maklumat Anak Jagaan (rekod kesihatan). Klik Simpan selepas setiap kemaskini.
Bagaimana Cara Kemaskini idMe?
Untuk mengemaskini maklumat empat bahagian utama iaitu Maklumat Peribadi (nama, tarikh lahir), Maklumat Alamat (poskod, negeri), Maklumat Pasangan (nama penjaga), dan Maklumat Anak Jagaan (rekod kesihatan) di Aplikasi > Pengurusan Awam > Pengurusan Profil, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman rasmi idMe di https://idme.moe.gov.my/login.
- Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan (IC) ibu bapa/penjaga dan kata laluan anda.
- Jika anda belum mempunyai akaun, klik Daftar Baru dan ikut arahan pendaftaran, termasuk pengesahan emel dan tukar kata laluan sementara menjadi baru.
- Setelah berjaya log masuk, buka menu Aplikasi atau ikon menu (≡) di dashboard.
- Pilih modul Pengurusan Awam untuk akses fungsi kemaskini maklumat profil
- Di dalam modul Pengurusan Awam, pilih Pengurusan Profil.
- Bahagian ini membolehkan anda menyunting maklumat peribadi anak/murid, alamat, pasangan/penjaga dan anak jagaan
- Tandakan kotak pengesahan seperti “Saya mengaku…” atau pengesahan maklumat.
- Klik Hantar atau Peraku Benar dan Hantar untuk menghantar maklumat.
- Paparan mesej seperti “Maklumat Profil Berjaya Dikemaskini” akan muncul sebagai pengesahan final
Cara Kemaskini Maklumat Peribadi dalam idMe
Untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam idMe, ikuti panduan di bawah:
- Log masuk laman rasmi idMe di https://idme.moe.gov.my/login, pilih Pengurusan Awam > Pengurusan Profil.
- Isi semula nama penuh, no. MyKid, tarikh lahir, status warganegara, jantina dan tahap pendidikan.
- Pastikan maklumat mengikut dokumen rasmi.
- Klik Simpan selepas selesai.
Cara Kemakini Maklumat Alamat dalam idMe
Untuk mengemaskini maklumat alamat rumah atau kediaman di dalam idMe, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Log masuk laman rasmi idMe di https://idme.moe.gov.my/login, pilih Pengurusan Awam > Pengurusan Profil.
- Kemaskini alamat lengkap (jalan, poskod, negeri), dan nombor telefon jika perlu.
- Klik Simpan untuk menyimpan perubahan
Cara Kemaskini Maklumat Pasangan / Penjaga dalam idMe
Untuk mengemaskini maklumat pasangan atau penjaga di dalam idMe, ikuti paduan seperti di bawah:
- Login ke laman rasmi idMe di https://idme.moe.gov.my/login, pilih Pengurusan Awam > Pengurusan Profil.
- Kemaskini butiran nama, hubungan dengan murid, IC pasangan, status perkahwinan dan nombor telefon/emel.
- Tekan Simpan selepas lengkapkan maklumat
Cara Kemaskini Maklumat Anak Jagaan dalam idMe
Untuk mengemaskini maklumat anak jagaan melalui idMe, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Login ke laman rasmi idMe di https://idme.moe.gov.my/login, pilih Pengurusan Awam > Pengurusan Profil.
- Pilih profil anak jagaan yang dikehedaki
- Jika mengurus lebih daripada satu anak, pilih profil setiap anak jagaan untuk kemaskini.
- Termasuk maklumat peribadi, alamat alternatif, rekod kesihatan (vaksinasi, penyakit), prestasi akademik dan kokurikulum.
- Klik Simpan selepas pengemaskinian di setiap profil.
Kenapa Perlu Kemaskini idMe?
idMe perlu dikemaskini untuk calon yang ingin memohon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus seperti SBP, SMKA, MRSM, KV, MTD dan SMT. Kemas kini data profil melalui idMe adalah salah satu syarat utama sebelum permohonan melalui portal rasmi spskt1.moe.gov.my (Permohonan Tingkatan 1) atau spskt4.moe.gov.my (Permohonan Tingkatan 4) boleh dipertimbangkan
Semasa permohonan dibuka (1 Ogos hingga 7 September 2025 untuk sesi 2026), KPM mensyaratkan maklumat yang tepat dalam Modul Pengurusan Awam idMe (MOEIS) dipadankan secara automatik dalam sistem PKSK. Sebarang maklumat tidak lengkap atau tidak dikemas kini boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan atau pusat pentaksiran/intensif tidak ditetapkan dengan tepat.
Pastikan data seperti Nama Murid, No. MyKad/MyKid, e-mel/telefon penjaga, status kesihatan, pilihan sekolah khusus, dan pusat pentaksiran adalah BETUL DAN TERKINI. Ini sangat penting untuk memastikan permohonan ke sekolah khusus berjalan lancar dan sah.