Cara kemaskini maklumat dalam sistem idMe: log masuk ke idme.moe.gov.my menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan, kemudian pilih Aplikasi > Modul Pengurusan Awam > Pengurusan Profil. Kemaskini empat bahagian utama iaitu Maklumat Peribadi, Maklumat Alamat, Maklumat Pasangan / Penjaga dan Maklumat Anak Jagaan. Klik Simpan selepas setiap bahagian, kemudian klik Peraku Benar dan Hantar untuk pengesahan akhir.

Panduan penuh termasuk langkah demi langkah, gambar rajah, syarat untuk permohonan Tahun 1, SPSKT1 dan SPSKT4, serta penyelesaian masalah biasa kini disatukan dalam satu halaman rujukan utama:

Rujuk panduan penuh: Cara Login dan Kemaskini idMe KPM (idme.moe.gov.my)

Ringkasan Empat Bahagian Profil idMe

  1. Maklumat Peribadi: nama penuh, no. MyKad, tarikh lahir, status warganegara, jantina, tahap pendidikan.
  2. Maklumat Alamat: alamat lengkap, poskod, negeri, nombor telefon.
  3. Maklumat Pasangan / Penjaga: nama pasangan, IC, status perkahwinan, hubungan dengan murid.
  4. Maklumat Anak Jagaan: maklumat peribadi anak, rekod kesihatan, vaksinasi, prestasi akademik dan kokurikulum.

Setiap bahagian perlu disimpan secara berasingan. Setelah semua bahagian dikemaskini, tandakan kotak pengesahan dan klik Peraku Benar dan Hantar. Mesej "Maklumat Profil Berjaya Dikemaskini" akan muncul sebagai pengesahan akhir.

Kenapa Perlu Kemaskini idMe?

idMe perlu dikemaskini sebelum:

Maklumat dalam idMe akan dipadankan secara automatik dengan sistem permohonan rasmi. Sebarang maklumat tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Lihat panduan langkah demi langkah dengan gambar rajah penuh di Cara Login dan Kemaskini idMe KPM.