Untuk menukar nombor telefon yang didaftarkan bagi menerima TAC atau Secure2u Maybank, anda boleh melakukannya melalui mesin ATM atau terus di cawangan Maybank. Jika menggunakan ATM, masukkan kad dan PIN, kemudian pilih menu M2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts/Other diikuti dengan pilihan “Update M2U TAC Mobile”. Masukkan nombor telefon baharu anda dan sahkan untuk melengkapkan proses.
Selain itu, anda juga boleh menukar nombor telefon dengan mengunjungi mana-mana cawangan Maybank. Anda perlu mengisi borang Update / Change TAC Mobile Number dan menyerahkannya kepada pegawai bank untuk pendaftaran nombor baharu. Kedua-dua kaedah ini adalah prosedur rasmi yang disahkan oleh Maybank bagi memastikan keselamatan akaun serta akses TAC anda sentiasa terjamin.
Kemaskini No Telefon Maybank
Boleh kemaskini no telefon Maybank online?
Berdasarkan penelitian dan pencarian kami, kami tidak menjumpai sebarang kenyataan yang membenarkan kemaskini no telefon Maybank secara online.
Namun begitu, pihak Maybank menyarankan anda untuk menukar atau mengemaskini no telefon Maybank anda di mana-mana ATM atau cawangan Maybank. Anda juga boleh merujuk halaman FAQs Maybank di maybank2u.com.my berkenaan soalan ini.
Cara kemaskini no telefon Maybank
Berikut adalah 2 cara yang boleh anda gunakan untuk membuat kemaskini no telefon Maybank anda.
a) Kemaskini melalui ATM:
- Kunjungi mana-mana mesin ATM Maybank berhampiran anda.
- Pergi ke salah satu mesin ATM yang tersedia.
- Masukkan kad ATM anda ke dalam ruangan kad setelah lampu hijau menyala.
- Tunggu seketika sementara kad anda sedang dibaca.
- Kemudian, pilih Bahasa yang ingin anda gunakan untuk berurusan di ATM.
- Seterusnya, masukkan Nombor PIN kad ATM anda.
- Tunggu seketika.
- Menu Utama akan dipaparkan.
- Pada laman Menu Utama, sila tekan Maybank2u.
- Kemudian, tekan butang Phone Banking dan ATM SMS Alerts.
- Di laman seterusnya, tekan pada M2U TAC Mobile.
- Selepas itu, tekan Update M2U TAC Mobile.
- Kemudian, sila masukkan atau kemaskini no telefon Maybank anda yang terbaru pada ruangan yang disediakan.
- Tunggu seketika sehingga permintaan anda berjaya diproses.
- Jika tiada apa-apa masalah, no telefon Maybank anda akan berjaya dikemaskini.
- Selesai.
b) Update di cawangan:
- Hadir di mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda.
- Masuk dan dapatkan no giliran anda di kaunter atau kiosk pengambilan no giliran.
- Ambil tempat duduk sementara menunggu no giliran anda dipanggil.
- Apabila no giliran anda sudah dipanggil, pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
- Beritahu kakitangan bertugas yang anda nak kemaskini no telefon Maybank anda.
- Kemudian, sila berikan segala maklumat atau butiran yang diperlukan oleh kakitangan bertugas apabila diminta.
- Tunggu seketika untuk permintaan anda diproses.
- Jika tiada apa-apa masalah, no telefon Maybank anda akan dikemaskini serta-merta.
- Tamat.
Ada cara lain nak kemaskini no telefon?
Tidak ada. Seperti yang telah kami nyatakan di atas, hanya terdapat 2 cara saja yang dicadangkan oleh pihak Maybank untuk menukar no telefon anda.
Oleh itu, anda tidak boleh melakukannya sama ada secara online mahupun menggunakan panggilan telefon atau SMS.
Ada masalah untuk kemaskini no telefon Maybank?
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dan kesulitan berhubung kemaskini no telefon Maybank atau hal-hal lain yang berkaitan Maybank seperti Maybank Reject Code 0089, Maybank2u Login Expired dan seumpamanya.
Anda boleh menghubungi Customer Care Hotline Maybank di talian 1-300-88-6688. Di samping itu, anda juga boleh menghantar emel ke [email protected] bagi maklum balas, aduan atau tindakan lanjut.