Tengah cari cara nak cetak penyata Alliance Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.
Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.
Cara Cetak Penyata Alliance Bank Online
Untuk dapatkan penyata Alliance Bank, kau perlu ada Internet Banking Alliance Bank. Kau kena login siap-siap.
Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Alliance Bank.
- Pergi ke website Alliance Bank di sini: https://www.allianceonline.com.my
- Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking Alliance Bank
- Login allianceonline.com.my seperti biasa
- Masukkan Username
- Sahkan Security Phrase seperti yang terpapar
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, anda akan masuk ke dalam dashboard Alliance Online
- Pilih akaun anda
- Klik e-Statement
- Pilih Statement Period by “Month/Year”
- Download statement Alliance Bank yang dikehendaki
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
- Tekan butang Print
- Selesai
Kalau baki duit simpanan Alliance Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.
Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini Alliance Bank di ATM?
Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Alliance Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.
Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.
Tapi kau boleh cuba panduan umum ini:
- Masukkan kad ATM Alliance Bank kau
- Pilih bahasa
- Untuk mudah faham, pilih Bahasa Melayu
- Masukkan PIN
- Cuba cari fungsi Penyata Ringkas
- Pilih menu Penyata Ringkas tadi
- Tunggu sebentar
- Penyata ringkas akan dicetak keluar
- Selesai
Nak Muat Turun Penyata AllianceOnline Guna Apps Boleh Tak?
Apa pulak tak boleh.
Memang boleh.
Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Alliance Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.
Guna web Alliance Bank pun dah cukup sebenarnya.
Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app Alliance Bank sendiri.
- Untuk iPhone, muat turun aplikasi allianceonline mobile di Apple App Store
- Untuk Android, muat turun aplikasi allianceonline mobile di Google Play
Penting ke e-Statement Alliance Bank Terkini?
Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Alliance Bank memang tak penting.
Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.
Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Alliance Bank.
Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.
Kebiasaannya, penyata Alliance Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.
Cuma untuk penyata mini Alliance Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.
Akhir kata
Aku harap perkongsian tentang cara print statement Alliance Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Semoga bermanfaat.