What's Hot

    Tengah cari cara nak cetak penyata Standard Chartered Bank ke tu? Bertenang. Jangan menggelabah sangat.

    Tarik nafas dalam-dalam. Aku ada caranya.

    Cara Cetak Penyata Standard Chartered Bank Online

    Untuk dapatkan penyata Standard Chartered Bank, kau perlu ada Internet Banking Standard Chartered Bank. Kau kena login siap-siap.

    Ini cara mudah untuk kau download dan cetak penyata Standard Chartered Bank.

    1. Pergi ke website Standard Chartered Malaysia di sini: https://sc.com/my/
    2. Pastikan ada berada di laman utama Internet Banking Standard Chartered Malaysia
    3. Login sc.com/my/ seperti biasa
    4. Untuk shortcut, boleh juga terus klik https://retail.sc.com/my/nfs/login.htm
    5. Klik Login > INTERNET BANKING LOGIN
    6. Untuk makluman, anda juga boleh gunakan direct link https://retail.sc.com/my/nfs/login.htm
    7. Masukkan Username
    8. Sahkan Security Image dan Security Phrase seperti yang terpapar
    9. Masukkan Password
    10. Tekan butang LOGIN
    11. Sahkan sesi cubaan login anda melalui mobile app Standard Chartered (jika ada)
    12. Sekiranya tidak ada masalah untuk log masuk, anda akan masuk ke dalam dashboard SCB Malaysia online
    13. Klik nama anda di bahagian menu atas
    14. Klik eStatements & eAdvices
    15. Dapatkan penyata terkini melalui pautan View PDF bawah STATEMENT
    16. Pilih tarikh atau bulan yang terdahulu di bawah HISTORIC
    17. Download statement Standard Chartered yang dikehendaki
    18. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
    19. Kalau nak print, sila buat sambungan pada pencetak
    20. Tekan butang Print
    21. Selesai

    Kalau baki duit simpanan Standard Chartered Bank kau ada juta-juta, jangan boros pulak.

     

    Macam Mana Nak Cetak Penyata Mini Standard Chartered Bank di ATM?

    Selain daripada dapatkan penyata yang berhelai-helai melalui laman web Standard Chartered Bank, kau juga boleh dapatkan penyata mini.

    Cuma bukan semua bank menyediakan fungsi mencetak penyata mini melalui ATM.

    Tapi kau boleh cuba.

     

    Nak Download Penyata Guna Aplikasi SC Mobile, Boleh Tak?

    Apa pulak tak boleh.

    Memang boleh.

    Cuma aku malas nak tulis panduan untuk dapatkan penyata Standard Chartered Bank menggunakan aplikasi yang sedia ada di App Store dan Play Store.

    Guna web Standard Chartered Bank pun dah cukup sebenarnya.

    Tapi kalau nak nak cuba, silakan download app Standard Chartered Bank sendiri.

    • Bagi pengguna iPhone, boleh muat turun aplikasi SC Mobile Malaysia melalui Apple App Store
    • Bagi pengguna Android, boleh muat turun aplikasi SC Mobile Malaysia melalui Google Play

     

    Penting ke E-Statement Standard Chartered Bank Terkini?

    Untuk hari-hari biasa yang tak ada apa-apa, penyata Standard Chartered Bank memang tak penting.

    Tapi bila kau perlu buat permohonan apa-apa, ia memang diperlukan.

    Contohnya, apabila kau nak apply loan kereta, loan rumah ataupun personal loan, kau perlu sediakan penyata Standard Chartered Bank.

    Biasalah, bank pun nak tahu kau mampu bayar hutang atau tidak nanti.

    Kebiasaannya, penyata Standard Chartered Bank yang diperlukan adalah 3 bulan dan 6 bulan. Ada juga yang minta statement setahun.

    Cuma untuk penyata mini Standard Chartered Bank, ia tak boleh digunakan untuk apa-apa permohonan. Ini kerana statement mini ini hanyalah sekadar simpanan peribadi sahaja.

     

    Akhir kata

    Aku harap perkongsian tentang cara print statement Standard Chartered Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply