Jadual pinjaman peribadi Bank Rakyat merupakan satu jadual yang sangat penting. Sebelum sign agreement untuk buat personal loan Bank Rakyat, ada baiknya anda semak dahulu jadual pinjaman peribadi Bank Rakyat yang terkini. Setidak-tidaknya, dengan merujuk kepada repayment table Bank Rakyat ini, anda dapat gambaran berapa banyak perlu buat bayaran balik untuk setiap bulan.
Tak perlu susah-susah pergi laman web https://www.bankrakyat.com.my semata-mata nak check repayment schedule. Kami sudah siap-siap letak Bank Rakyat punya personal loan table di sini untuk rujukan pembayaran anda.
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat (Islamik)
Di bawah ini ialah jadual pembayaran balik pembiayaan peribadi Bank Rakyat yang patuh syariah. Kalau tidak nampak dengan jelas, sila klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.
[su_table]
JENIS | PINJAMAN |
Islamik |
|
[/su_table]
Jika anda berminat dan rasa mampu untuk bayar balik, boleh terus pembiayaan peribadi Bank Rakyat yang patuh syariah ini.
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat (Konvensional)
Di bawah ini ialah jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Bank Rakyat konvensional. Kalau tidak boleh lihat dengan jelas, sila klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.
[su_table]
JENIS | PINJAMAN |
Konvensional | TIADA |
[/su_table]
Jika komitmen bulanan anda tidak banyak dan masih lagi mampu untuk buat bayar balik, boleh terus pinjaman peribadi Bank Rakyat konvensional ini.
Adakah Ini Jadual Pembayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat Terkini?
Kami berusaha sedaya upaya untuk mengemaskini artikel ini berdasarkan jadual pinjaman peribadi yang palint latest yang ada di laman web rasmi Bank Rakyat.
Walau bagaimanapun, ada kemungkinan Bank Rakyat punya personal loan repayment table yang dikongsikan di atas sudah berubah dan kami tidak cakna.
Sekiranya ini berlaku, boleh rujuk pautan di bawah ini:
[su_table]
JENIS | PINJAMAN |
Islamik | |
Konvensional | TIADA |
[/su_table]
Sila layari laman web yang diberikan di atas dan buat carian dengan kata kunci “jadual bayaran balik” ataupun “repayment table”.
Selalunya, jadual pembayaran balik ini adalah dalam format PDF. Download PDF tersebut dan simpan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.
Kalau anda masih belum mohon, boleh download dan buat penilaian sendiri sebelum isi borang permohonan pinjaman Bank Rakyat.
Kalau anda sudah mohon dan lulus pinjaman peribadi Bank Rakyat, boleh gunakan untuk semak baki pinjaman peribadi Bank Rakyat online dan ketepikan amaun bayaran yang dikehendaki siap-siap selepas dapat gaji bulanan untuk bayar komitmen ini.
Contoh Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Apa yang kami tulis di bawah ini hanyalah sekadar penjelasan untuk mudah faham.
Contoh ini menunjukkan hubung kait amaun pinjaman pokok, tempoh pinjaman dan kadar faedah Bank Rakyat yang boleh mempengaruhi jumlah bayaran bulanan.
Katakan anda buat personal loan Bank Rakyat dengan pinjaman pokok sebanyak RM5,000.
Anda pilih bayar semula dalam tempoh 1 tahun, iaitu 12 bulan.
Seterusnya, katakan kadar faedah pinjaman peribadi Bank Rakyat pula ialah 10%.
Untuk mengira jumlah faedah keseluruhan yang akan dibayar bagi pinjaman Bank Rakyat ini, anda perlu darab jumlah pinjaman pokok dengan kadar faedah pinjaman. Seterusnya, darab dengan tempoh pinjaman.
Dalam contoh ini, jumlah faedah keseluruhan yang akan dibayar kepada Bank Rakyat ialah RM 5,000 x 10% x 1 tahun = RM 500.
Amaun RM500 itu hanya bunga semata-mata.
Untuk mengira interest atau kadar faedah Bank Rakyat yang perlu dibayar bulan-bulan pula, anda perlu bahagi kadar faedah tahunan pinjaman dengan bilangan bulan dalam satu tahun.
Dalam contoh ini, kadar faedah bulanan yang dikenakan Bank Rakyat adalah 10% / 12 bulan = 0.83% setiap bulan.
Dalam cara pengiraan bayaran bulanan bagi pinjaman peribadi Bank Rakyat ini, anda perlu bahagi jumlah faedah keseluruhan pinjaman dengan bilangan bulan dalam tempoh pinjaman.
Dalam contoh ini, bayaran bulanan bagi pinjaman adalah RM 500 / 12 bulan = RM 41.67 setiap bulan.
Jadi, bayaran bulanan bagi pinjaman peribadi Bank Rakyat ini bayaran balik yang biasa tanpa faedah iaitu RM208.33 dan ditambah dengan interest sebanyak RM41.67.
Jumlah bayaran bulanan keseluruhan untuk pinjaman RM5000 selama 1 tahun dengan kadar faedah 10% dengan Bank Rakyat ialah RM250.
Mudah sahaja kan nak kira?
Senario #1: Berbaloi ke Pinjam Bank Rakyat RM5,000 Dalam Tempoh 2 Tahun?
Ini senario pertama berdasarkan jadual pinjaman Bank Rakyat.
Kalau buat pinjaman RM5,000 dalam masa 2 tahun dengan kadar faedah 8%, bayaran bulanan ialah RM241.67.
2 tahun itu sama dengan 24 bulan.
Nampak bayaran balik tersebut agak tinggi kerana tempoh pinjaman yang pendek dengan Bank Rakyat.
Tapi, kalau anda kira RM241.67 x 24, jawapannya ialah RM5800.08.
Pinjam RM5000 dengan Bank Rakyat, kena bayar balik RM5800.08.
Jumlah interest yang anda perlu bayar pada Bank Rakyat ialah RM800.
Nampak macam okay juga. Tak banyak sangat kan?
Senario #2: Berbaloi ke Pinjam Bank Rakyat RM5,000 Dalam Tempoh 6 Tahun?
Ini senario kedua berdasarkan jadual pinjaman Bank Rakyat.
Kalau buat pinjaman RM5,000 dalam masa 6 tahun, bayaran bulanan ialah RM102.78.
6 tahun itu sama dengan 72 bulan.
Nampak bayaran balik tersebut sangat rendah kerana tempoh pinjaman yang agak panjang dengan Bank Rakyat.
Tapi, kalau anda kira RM102.78 x 72, jawapannya ialah RM7400.16.
Pinjam RM5000 dengan Bank Rakyat, kena bayar balik RM7400.16.
Jumlah interest yang anda perlu bayar pada Bank Rakyat ialah RM2,400.16.
Gila banyak kan?
Kalau Ikut Personal Loan Repayment Table Bank Rakyat Tadi, Apa Pilihan Terbaik?
Soalan ini sangat sukar untuk dijawab.
Kami hanya mampu berikan 2 senario sahaja.
Ada banyak lagi kombinasi yang anda boleh cuba.
Jadi, jawapan paling selamat ialah ikut kemampuan dan jangan pinjam lama-lama.
Itu sahaja.
Kenapa?
Lagi lama tempoh pinjaman anda dengan Bank Rakyat, lagi banyak kena bayar.
Kalau ada pilihan 1 tahun, pilihlah 1 tahun.
Kalau tak dapat 1 tahun, cuba pilih 2 tahun.
Jangan lama-lama sangat.
Nanti terjerat.
Pinjaman dalam tempoh masa yang lama dengan Bank Rakyat boleh menjadi tidak berguna kerana ia boleh meningkatkan kos pinjaman anda.
Biasanya, pinjaman dengan Bank Rakyat dalam tempoh masa yang lebih lama akan mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi, yang boleh meningkatkan jumlah bayaran bulanan yang perlu anda buat.
Jika anda tidak dapat membayar pinjaman peribadi Bank Rakyat anda, anda mungkin akan berhadapan dengan kesulitan kewangan yang serius.
Kalau rasa tak layak, jangan pinjam.
Sila semak kelayakan pinjaman peribadi Bank Rakyat terlebih dahulu sebelum tambah komitmen bulanan yang baru.
Kenapa Perlu Buat Bayaran Balik Hutang Bank Rakyat Mengikut Masa?
Mudah sahaja.
Membayar hutang merupakan suatu kewajiban yang harus dilakukan oleh seseorang yang telah meminjam wang dari Bank Rakyat atau apa-apa sahaja institusi kewangan yang bermurah hati memberi pinjaman pada anda.
Sekiranya anda tidak membayar hutang Bank Rakyat anda, anda bakal mengalami masalah kewangan yang lebih serius.
Ini termasuk denda, bunga yang tinggi dan yang paling teruk, anda mungkin kehilangan aset anda.
Selain itu, jika anda tidak membuat pembayaran balik pinjaman Bank Rakyat anda dalam tempoh yang dipersetujui, ini dapat mempengaruhi skor kredit anda.
Ya, ramai yang tidak ambil peduli dengan skor kredit.
Jika skor kredit tidak cantik, anda akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman di masa depan.
Jadi, membayar balik hutang adalah penting supaya status kewangan anda tetap dalam keadaan baik.
Nak buat pinjaman yang lain dengan Bank Rakyat pun mudah.
Apa Kepentingan Untuk Rujuk Jadual Bayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat?
Mengatur jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Bank Rakyat adalah satu cara yang berguna untuk membantu anda membayar hutang anda secara efektif dan tepat pada waktunya.
Ini dapat membantu anda untuk:
- Buat anggaran kewangan anda setiap bulan. Ini kerana dengan adanya jadual pembayaran pinjaman Bank Rakyat, anda dapat melihat secara jelas berapa komitmen bulanan anda dan berapa banyak wang yang harus dikeluarkan setiap bulan. Mudah untuk asingkan siap-siap amaun yang perlu dibayar secara tepat.
- Bantu bayar hutang anda tepat waktu. Ini kerana dengan adanya jadual pembayaran balik ini, anda akan tahu bila anda harus membayar hutang. Ini dapat mengelakkan anda terlambat bayar dan dikenakan denda atau bunga yang tinggi.
- Peringatan supaya tidak berhutang lagi. Pastinya dengan mengikuti jadual bayaran balik Bank Rakyat ini, anda dapat memastikan bahawa anda tidak akan meminjam lebih banyak wang daripada yang mampu anda bayar.
- Mengurangkan stress dan kerisauan. Sudah pasti dengan merujuk jadual bayaran balik Bank Rakyat ini, anda akan rasa hidup lebih tersusun dalam menguruskan kewangan. Jika hal kewangan dikendalikan dengan baik, pasti hidup lebih tenang.
Apa Akan Jadi Kalau Tak Bayar Hutang Personal Loan Bank Rakyat?
Seperti yang diberitahu tadi, kalau anda tidak membayar hutang, anda sengaja menempah masalah kerana anda bakal mengalami masalah kewangan yang serius.
Pemberi pinjaman seperti Bank Rakyat ini boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut bayaran balik.
Jangan lupa, denda dan kos tambahan mungkin dikenakan oleh pihak Bank Rakyat .
Ini juga boleh merosakkan reputasi credit score anda, menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman di masa hadapan.
Oleh itu, adalah penting untuk membayar hutang Bank Rakyat anda dengan tepat pada masanya.
Jika anda menghadapi masalah kewangan yang menyukarkan anda untuk membayar hutang, beritahu pihak Bank Rakyat secepat mungkin dan carilah bantuan untuk menyelesaikan masalah ini.
Perlu Maklumat Lanjut Tentang Bayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat?
Ya, kami faham, apa yang kami tulis di sini mungkin tidak cukup lengkap.
Kami bukan orang Bank Rakyat.
Jadi, ada maklumat yang kami tidak tahu.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, ada baiknya anda hubungi sendiri pihak Bank Rakyat.
- Buat panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
- Pilih nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Pilih Bahasa Melayu
- Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman atau Financing Bank Rakyat
- Tunggu seketika sehingga panggilan anda dijawab oleh Pegawai Khidmat Pelanggan
- Apabila panggilan sudah dijawab oleh Pegawai Khidmat Pelanggan, perkenalkan diri anda
- Jika anda seorang pelanggan, beri nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank untuk pengesahan
- Jika anda bukan pelanggan, maklumkan pada Pegawai Khidmat Pelanggan
- Seterusnya, tanyakan soalan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan berkenaan jadual pembayaran balik pinjaman yang anda masih lagi belum jelas
- Ada kemungkinan Pegawai Khidmat Pelanggan tidak dapat memberikan penerangan yang jelas
- Jadi, mungkin Pegawai Khidmat Pelanggan akan minta anda hadir ke cawangan Bank Rakyat
- Rekodkan semua maklumat penting yang dimaklumkan Pegawai Khidmat Pelanggan berkenaan jadual pinjaman
- Jika perlu, boleh bersiap-siap untuk datang ke Bank Rakyat
- Selesai
Akhir kata
Bayaran balik pinjaman peribadi Bank Rakyat merupakan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan.
Membuat bayaran komitmen bulanan tepat pada masanya adalah sangat penting.
Ini bertujuan untuk memastikan anda dapat mengekalkan kelayakan untuk meminjam wang dengan Bank Rakyat pada masa akan datang.
Dalam masa yang sama, skor kredit anda tetap terjaga.
Semoga bermanfaat.