Jadual pinjaman peribadi Bank Rakyat merupakan satu jadual yang sangat penting. Sebelum sign agreement untuk buat personal loan Bank Rakyat, ada baiknya anda semak dahulu jadual pinjaman peribadi Bank Rakyat yang terkini. Setidak-tidaknya, dengan merujuk kepada repayment table Bank Rakyat ini, anda dapat gambaran berapa banyak perlu buat bayaran balik untuk setiap bulan.

Bagi penjawat awam, ansuran bulanan dikira guna kadar rata (flat rate) semasa: 3.57% setahun untuk tempoh 1 tahun, 3.76% setahun untuk 2–5 tahun, dan 3.04% setahun untuk 6–10 tahun. Kadar ini berasaskan SBR 2.75% (dikemaskini Jun 2026) dan boleh berubah bila SBR berubah.

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat (Penjawat Awam)

Di bawah ini ialah jadual ansuran bulanan pembiayaan peribadi-i Bank Rakyat bagi sektor awam (pindahan gaji). Cari jumlah pinjaman di lajur kiri, kemudian baca ansuran bulanan mengikut tempoh yang anda pilih. Untuk syarat kelayakan dan had pinjaman khusus golongan ini, lihat panduan pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk kakitangan kerajaan.
Jumlah Pinjaman 1 tahun
(3.57%)
3 tahun
(3.76%)
5 tahun
(3.76%)
7 tahun
(3.04%)
10 tahun
(3.04%)
RM10,000RM863RM309RM198RM144RM109
RM20,000RM1,726RM618RM396RM289RM217
RM30,000RM2,589RM927RM594RM433RM326
RM50,000RM4,315RM1,546RM990RM722RM543
RM70,000RM6,042RM2,164RM1,386RM1,011RM761
RM100,000RM8,631RM3,091RM1,980RM1,444RM1,087
RM150,000RM12,946RM4,637RM2,970RM2,166RM1,630
RM200,000RM17,262RM6,182RM3,960RM2,888RM2,173
RM300,000RM25,892RM9,273RM5,940RM4,331RM3,260
RM400,000RM34,523RM12,364RM7,920RM5,775RM4,347

Ambil perhatian, setiap tempoh ada kadar rata yang berbeza. Tempoh 6–10 tahun guna kadar lebih rendah (3.04%) berbanding tempoh 2–5 tahun (3.76%), tetapi jumlah faedah keseluruhan tetap lebih tinggi kerana tempoh bayaran lebih panjang. Jadual di atas ialah anggaran bagi pinjaman dengan Takaful melalui pindahan gaji. Bayaran tanpa pindahan gaji atau tanpa Takaful akan kena kadar yang lebih tinggi.

SEMAK KELAYAKAN →

 

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat (Sektor Swasta)

Jadual ansuran bulanan pembiayaan peribadi-i Bank Rakyat bagi sektor swasta (potongan atau pindahan gaji). Kadar rata semasa ialah 4.34% (1 tahun), 4.54% (2–5 tahun) dan 4.86% (6–10 tahun).
Jumlah Pinjaman 1 tahun
(4.34%)
3 tahun
(4.54%)
5 tahun
(4.54%)
7 tahun
(4.86%)
10 tahun
(4.86%)
RM10,000RM870RM316RM204RM160RM124
RM20,000RM1,739RM631RM409RM319RM248
RM30,000RM2,608RM947RM614RM479RM372
RM50,000RM4,348RM1,578RM1,022RM798RM619
RM70,000RM6,086RM2,209RM1,432RM1,117RM867
RM100,000RM8,695RM3,156RM2,045RM1,595RM1,238
RM150,000RM13,042RM4,734RM3,068RM2,393RM1,858
RM200,000RM17,390RM6,312RM4,090RM3,191RM2,477
RM300,000RM26,085RM9,468RM6,135RM4,786RM3,715
RM400,000RM34,780RM12,624RM8,180RM6,382RM4,953

Bagi golongan profesional berpendapatan tinggi (gaji min RM5,000), Bank Rakyat ada produk “Private Exclusive” dengan kadar rata lebih rendah, iaitu sekitar 3.13%–3.31%. Ansuran bulanannya lebih dekat dengan jadual penjawat awam di atas.

 

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat (Pesara)

Jadual ansuran bulanan pembiayaan peribadi-i Bank Rakyat bagi pesara kerajaan melalui pindahan pencen ke Bank Rakyat. Jumlah maksimum bagi pesara ialah RM100,000. Kadar rata semasa ialah 3.31% (1 tahun), 3.41% (2–5 tahun) dan 3.56% (6–10 tahun).
Jumlah Pinjaman 1 tahun
(3.31%)
3 tahun
(3.41%)
5 tahun
(3.41%)
7 tahun
(3.56%)
10 tahun
(3.56%)
RM10,000RM861RM306RM195RM149RM113
RM20,000RM1,722RM612RM390RM297RM226
RM30,000RM2,583RM919RM585RM446RM339
RM50,000RM4,305RM1,531RM975RM744RM565
RM70,000RM6,026RM2,143RM1,366RM1,041RM791
RM100,000RM8,609RM3,062RM1,951RM1,487RM1,130

Pesara yang bayar melalui pembayaran elektronik (bukan pindahan pencen) akan dikenakan kadar yang lebih tinggi. Rujuk pegawai Bank Rakyat untuk jadual tepat bagi kaedah tersebut.

SEMAK KELAYAKAN →

 

Kadar Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Ikut Produk

Bank Rakyat ada beberapa produk pembiayaan peribadi-i yang patuh syariah. Setiap satu ada kadar efektif (terapung), had jumlah dan syarat kelayakan yang berbeza. Berikut ringkasan berdasarkan kadar SBR 2.75% (Jun 2026):
Produk Kadar Efektif* Jumlah Maks Tempoh Maks Kelayakan Asas
Sektor Awam 6.53% – 6.99% RM400,000 10 tahun Penjawat awam, gaji min RM1,600, umur 18–60
Sektor Swasta 7.66% – 8.22% RM400,000 10 tahun Pekerja swasta (kadar Exclusive lebih rendah untuk gaji min RM5,000)
Pesara (pindahan pencen) 6.05% – 6.40% RM100,000 10 tahun Pesara kerajaan, pencen min RM1,000, umur maks 70
Penyatuan Hutang Dari 2.89% Rujuk PDS Rujuk PDS Untuk satukan beberapa hutang sedia ada

*Kadar efektif (terapung) berasaskan SBR + margin. Untuk pengiraan ansuran sebenar, kadar rata (flat rate) digunakan seperti jadual penjawat awam di atas. Kadar penyatuan hutang “dari 2.89%” ialah kadar promosi terendah; kadar sebenar bergantung pada profil anda.

SEMAK KELAYAKAN →

 

Adakah Ini Jadual Pembayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat Terkini?

Jadual di atas dikira berdasarkan kadar rata semasa Bank Rakyat (SBR 2.75%, dikemaskini Jun 2026). Memandangkan produk ini terapung, kadar boleh berubah bila SBR berubah.

Untuk pengesahan kadar dan jadual rasmi yang terkini, boleh rujuk pautan rasmi Bank Rakyat di bawah:

Di laman web rasmi tersebut, buat carian dengan kata kunci “jadual bayaran balik” ataupun “repayment table”. Selalunya jadual penuh ini dalam format PDF yang boleh anda download dan simpan untuk rujukan sendiri.

Kalau anda sudah mohon dan lulus pinjaman peribadi Bank Rakyat, boleh gunakan jadual ini untuk semak baki pinjaman peribadi Bank Rakyat dan ketepikan amaun bayaran siap-siap selepas dapat gaji bulanan.

 

Contoh Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Apa yang kami tulis di bawah ini hanyalah penjelasan supaya mudah faham cara ansuran dikira.

Katakan anda penjawat awam dan buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM50,000.

Anda pilih bayar balik dalam tempoh 5 tahun, iaitu 60 bulan. Kadar rata untuk tempoh ini ialah 3.76% setahun.

Mula-mula, kira jumlah faedah keseluruhan: pinjaman pokok darab kadar rata darab tempoh.

RM50,000 x 3.76% x 5 tahun = RM9,400.

Seterusnya, campur pinjaman pokok dengan jumlah faedah, kemudian bahagi dengan bilangan bulan.

(RM50,000 + RM9,400) / 60 bulan = RM990 sebulan.

Jadi, ansuran bulanan untuk pinjaman RM50,000 selama 5 tahun ialah lebih kurang RM990. Angka ini sama dengan jadual rasmi Bank Rakyat.

 

Senario #1: Pinjam Bank Rakyat RM50,000 Dalam Tempoh 5 Tahun

Kalau buat pinjaman RM50,000 dalam masa 5 tahun dengan kadar rata 3.76%, ansuran bulanan ialah RM990.

5 tahun itu sama dengan 60 bulan.

Kalau anda kira RM990 x 60, jumlahnya ialah RM59,400.

Pinjam RM50,000, kena bayar balik RM59,400. Jumlah faedah yang anda bayar pada Bank Rakyat ialah RM9,400.

 

Senario #2: Pinjam Bank Rakyat RM50,000 Dalam Tempoh 10 Tahun

Kalau buat pinjaman RM50,000 dalam masa 10 tahun dengan kadar rata 3.04%, ansuran bulanan ialah RM543.

10 tahun itu sama dengan 120 bulan.

Nampak ansuran bulanan lebih rendah kerana tempoh pinjaman lebih panjang.

Tapi kalau anda kira RM543 x 120, jumlahnya ialah RM65,160.

Pinjam RM50,000, kena bayar balik RM65,160. Jumlah faedah yang anda bayar pada Bank Rakyat ialah RM15,160.

Walaupun kadar rata tempoh panjang (3.04%) lebih rendah daripada tempoh 5 tahun (3.76%), anda tetap bayar lebih kurang RM5,760 faedah tambahan kerana tempoh yang lebih lama.

 

Kalau Ikut Personal Loan Repayment Table Bank Rakyat Tadi, Apa Pilihan Terbaik?

Jawapan paling selamat ialah ikut kemampuan dan jangan pinjam terlalu lama.

Lagi lama tempoh pinjaman anda dengan Bank Rakyat, lagi banyak jumlah faedah yang kena bayar walaupun ansuran bulanan nampak lebih rendah.

Kalau mampu bayar ansuran yang lebih tinggi, pilih tempoh yang lebih pendek. Anda akan jimat faedah keseluruhan.

Kalau rasa tak layak, jangan pinjam. Sila semak kelayakan pinjaman peribadi Bank Rakyat terlebih dahulu sebelum tambah komitmen bulanan yang baru.

 

Kenapa Perlu Buat Bayaran Balik Hutang Bank Rakyat Mengikut Masa?

Membayar hutang merupakan tanggungjawab yang harus dilakukan oleh seseorang yang telah meminjam wang dari Bank Rakyat atau mana-mana institusi kewangan yang memberi pinjaman pada anda.

Sekiranya anda tidak membayar hutang Bank Rakyat, anda bakal mengalami masalah kewangan yang lebih serius. Ini termasuk denda, bunga yang tinggi dan yang paling teruk, anda mungkin kehilangan aset anda.

Selain itu, jika anda tidak membuat pembayaran balik pinjaman Bank Rakyat dalam tempoh yang dipersetujui, ini dapat mempengaruhi skor kredit anda. Jika skor kredit tidak cantik, anda akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman di masa depan.

Jadi, membayar balik hutang adalah penting supaya status kewangan anda tetap dalam keadaan baik.

 

Apa Kepentingan Untuk Rujuk Jadual Bayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat?

Mengatur jadual pembayaran balik pinjaman peribadi Bank Rakyat adalah satu cara yang berguna untuk membantu anda membayar hutang secara efektif dan tepat pada waktunya.

Ini dapat membantu anda untuk:

  • Buat anggaran kewangan setiap bulan. Dengan adanya jadual pembayaran pinjaman Bank Rakyat, anda dapat lihat dengan jelas berapa komitmen bulanan anda. Mudah untuk asingkan siap-siap amaun yang perlu dibayar.
  • Bantu bayar hutang tepat waktu. Anda akan tahu bila perlu bayar, mengelakkan anda terlambat bayar dan dikenakan denda atau bunga yang tinggi.
  • Peringatan supaya tidak berhutang lagi. Dengan mengikuti jadual bayaran balik ini, anda dapat pastikan anda tidak meminjam lebih daripada yang mampu dibayar.
  • Mengurangkan stress dan kerisauan. Bila hal kewangan dikendalikan dengan baik, hidup lebih tersusun dan tenang.

 

Perlu Maklumat Lanjut Tentang Bayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat?

Untuk maklumat yang lebih terperinci, ada baiknya anda hubungi sendiri pihak Bank Rakyat.
  1. Buat panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
  2. Pilih nombor untuk pilih bahasa
  3. Pilih sambungan ke Bahagian Pinjaman atau Financing Bank Rakyat
  4. Tunggu sehingga panggilan anda dijawab oleh Pegawai Khidmat Pelanggan
  5. Beri nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank untuk pengesahan (jika anda pelanggan)
  6. Tanyakan soalan berkenaan jadual pembayaran balik pinjaman yang anda masih belum jelas
  7. Rekodkan semua maklumat penting yang dimaklumkan
  8. Jika perlu, boleh bersiap-siap untuk datang ke cawangan Bank Rakyat

 

Akhir kata

Bayaran balik pinjaman peribadi Bank Rakyat merupakan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Membuat bayaran komitmen bulanan tepat pada masanya adalah penting untuk memastikan anda dapat mengekalkan kelayakan untuk meminjam pada masa akan datang, dan skor kredit anda tetap terjaga.

Semoga bermanfaat.