What's Hot

    Dalam era moden dan serba canggih ini, manusia bergantung kepada komputer untuk melakukan sebarang pekerjaan. Tidak kira sama ada anda bekerja dalam bidang pengkomputeran atau pun tidak, sebarang pekerjaan masa kini wajib memerlukan komputer bagi menjimatkan masa serta dapat menyiapkan kerja dalam masa yang singkat.

    Pasti anda tertanya-tanya, berapa banyak jenis komputer yang ada di dunia ini?

    Apa itu komputer?

    Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua mendefinisikan bahawa computer ialah sebuah mesin yang boleh diatur cara atau diprogram oleh manusia untuk menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yang dikehendaki atau seperti yang diarahkan.

    Secara umumnya, semua orang tahu bahawa komputer mempunyai beberapa komponen utama iaitu Memory, Processor, Input & Output (I/O), Command, Architecture, Program, dan Operating System (OS).

    Kesemua komponen tersebut perlu ada pada sesebuah komputer untuk berfungsi.

    Jenis komputer

    Dalam industri pengkomputeran, terdapat beberapa jenis komputer iaitu Komputer Mikro (Microcomputers), Komputer Mini (Minicomputers), Komputer Rangka Utama (Mainframe Computers), dan Super Komputer (Supercomputers).

    Jenis-jenis komputer ini adalah mengikut saiz dari kecil hinggalah besar sebesar rak buku dan dijual di pasaran.

    Komputer Mikro (Microcomputers)

    Komputer mikro merupakan jenis komputer yang sudah tidak asing lagi pada abat ke-21 ini.

    Definisi mikro diperkenalkan kerana komputer tersebut berfungsi menggunakan hanya satu cip pemproses (processor).

    Jenama komputer yang popular ialah Apple, Asus, Dell, HP dan sebagainya.

    Komputer Atas Meja (Desktop Computer)

    Ini adalah jenis komputer yang selalu kita lihat sama ada di pejabat, sekolah atau pun university.

    Komputer jenis ini mudah dikenal pasti kerana terdapat papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), unit pemprosesan pusat (CPU), pembesar suara, dan skrin.

    Ia juga dalam kategori komputer peribadi.

    Komputer ini juga mempunyai harga yang berbeza mengikut spesifikasi seperti pemproses (processor),papan induk (motherboard) dan kad grafik (graphic card).

    Rak Berkomputer (Rackmount Computer)

    Jenis komputer ini tidak terlalu besar, hanyalah rak bersaiz 19 inci dan sangat mengoptimumkan ruang kerana bentuknya leper.

    Selalunya dipasang di dalam bilik server untuk aplikasi-aplikasi berat untuk syarikat, bukannya individu.

    Komputer di Kereta (In-Car Computers)

    Kebiasaanya kebanyakan kereta masa kini mempunyai kelebihan ini. Ia berfungsi sebagai GPS, radio dan Bluetooth.

    Game Console

    Alat ini selalu terdapat pada permainan video seperti PlayStation atau Xbox.

    Jenis Komputer Riba

    Fungsinya lebih kurang sama dengan komputer meja. Cuma ia mudah alih dan dibawa ke mana-mana.

    Selesa dipanggil laptop oleh kebanyakan orang, ia selalu menjadi pilihan.

    Ia juga dalam kategori komputer peribadi.

    Zaman sekarang, walaupun iPhone yang cepat panas itu lebih mahal daripada komputer yang lebih banyak kegunaannya, orang lebih suka beli iPhone.

    Pelik.

    Tablet

    Ada banyak jenis dan jenama seperti Apple iPad yang dikuasakan oleh iOS dan Samsung Galaxy Tab yang dikuasakan oleh Android.

    Telefon Pintar (Smart Phone)

    Semua orang mempunyai telefon pintar zaman sekarang. Yang paling popular ialah dari sistem pengoperasian Android dan iOS.

    Jenis Komputer Mini (Minicomputers)

    Komputer jenis ini pula digunakan oleh ramai pengguna.

    Ia tergolong dalam kategori antara rangka utama komputer (mainframe computers)dan komputer yang digunakan oleh seorang pengguna (single-user computer).

    Ia juga dipasang secara bertingkat seperti rak dan disambungkan kepada terminal-terminal.

    Saiz komputer ini adalah sederhana seperti rak. Contoh: Azulle Access Plus, Zotac ZBox Nano, Samsung ArtPC.

    Jenis Komputer Rangka Utama (Mainframe Computers)

    Komputer jenis ini direka bagi membezakan komputer tradisional yang bersaiz besar.

    Ia juga mampu untuk mengendali dan memproses jumlah data yang sangat banyak dengan sangat pantas.

    Kebanyakan jenis komputer ini digunakan oleh syarikat-syarikat, bank, kerajaan, dan universiti. Contoh: IBM System z9, IBM 704 (1964).

    Komputer Super (Supercomputers)

    Komputer jenis ini adalah jenis yang paling mahal dan paling laju dalam memproses data tanpa sebarang gangguan.

    Komputer super mampu mengendalikan beberapa program dalam masa yang pantas. Disebabkan harga yang sangat mahal, ianya digunakan untuk penyelidikan saintifik. Komputer jenis ini mempunyai saiz yang sangat besar yang kebiasaannya diletakkan di dalam ruangan khas.

    Syarikat yang menggunakan komputer ini harus membeli daripada vendor yang bertauliah kerana ianya terdapat seni bina yang unik untuk dipasang.

    Antara contoh komputer super yang ada ialah TIANHE 2 (Guangzhou Supercomputing Center), TITAN SUPERCOMPUTER (Oak Ridge National Laboratory), dan SEQUOIA SUPERCOMPUTER (Lawrence Livermore National Laboratory).

    Akhir kata

    Sebagai kesimpulan, teknologi komputer sememangnya berkembang dengan amat pantas. Kita tidak tahu komputer jenis apakah yang akan digunakan pada masa akan datang.

    Pada masa kini, pelbagai kajian sentiasa dijalankan bagi mencipta komputer yang mampu memproses data dalam sekelip mata.

    Sebab itulah kita sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi mengetahui perkembangan teknologi lebih-lebih lagi pada zaman moden ini.

    Semoga dengan perkongsian jenis jenis komputer ini membuatkan anda lebih faham. Jika anda minat dengan AI dan big data, jemput baca berkenaan natural language processing juga.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply