What's Hot

    Dek terlalu ramai yang keluarkan duit KWSP melalui Pengeluaran Khas yang mula dibuka pada 1 April 2022 tempohari, kami terdetik untuk memberikan awareness dan berkongsi kenapa KWSP ada 2 akaun. Adakah pihak KWSP sengaja mahu menyusahkan pencarum? Atau adakah sebab-sebab lain?

    Jika pihak KWSP berikan jawapan, selalunya ia tidak popular di kalangan rakyat. Jadi, pihak kami ingin ambil peluang untuk memberikan sedikit pencerahan berkenaan perkara ini.

    Jawapan ringkas kepada persoalan kenapa KWSP ada 2 akaun adalah untuk membela masa depan pencarum apabila berumur 55 secara khusus; dan menjaga rakyat Malaysia secara amnya.

    Ya, kami tahu dalam hati anda akan berkata “Eleh, gelilah…. nak jaga kita pulak. Kan duit kita tuuuuuu. Adehhhhh”

    Cakaplah apa yang anda mahu. Hakikatnya, tidak semua orang pandai dalam pengurusan wang. Mungkin ada yang financially literate, tetapi mereka-mereka ini selalunya orang yang berpelajaran. Majoriti adalah golongan marhaen atau bahasa yang diklasifikasikan di Malaysia sebagai B40.

    Jadi, bagaimana dengan mempunyai 2 akaun KWSP ini dapat membantu marhaen yang tergolong dalam B40?

    Kami akan kongsikan dengan menjelaskan fungsi Akaun 1 dan Akaun 2 terlebih dahulu.

    Akaun 1 KWSP untuk apa?

    Pertama sekali, ramai yang bertanya duit KWSP dalam Akaun 1 itu berapa peratus?

    Jawapannya adalah sebanyak 70%.

    Katakan duit anda dalam KWSP ada RM1,000,000. Jadi, 70% daripada sejuta ialah RM700,000.

    Untuk makluman, duit KWSP dalam Akaun 1 ini adalah bertujuan untuk simpanan apabila anda selepas bersara nanti. Bayangkan apabila sudah bersara dan tidak bekerja lagi, mana mahu cari duit untuk menyara hidup?

    Jadi, duit simpanan yang besar peratusannya akan digunakan untuk perbelanjaan harian selepas pencen nanti.

    Asalnya, duit KWSP dalam Akaun 1 ini tidak boleh diusik dan akan dibiarkan berkembang-biak dalam kadar lebih kurang 4% setahun. Namun, akibat pandemik COVID-19 dan sikap populis politikus rakus membuatkan kerajaan terpaksa tunduk kepada rakyat.

    Ada bagus dan ada tidak bagus. Ada pros dan ada cons, bergantung kepada individu tersebut.

    Hujah kepada untuk membela nasib dan masa depan pencarum oleh pihak KWSP kini boleh diambilkira sebagai logik. Kalau tidak cukup simpanan, macam mana nak teruskan hidup?

    Jangan sampai bila semak penyata KWSP, air mata pun mengalir juga.

    Akaun 2 KWSP pula untuk apa?

    Akaun 2 pula asalnya dikhaskan sebagai simpanan yang bertujuan untuk membantu dalam persediaan sebelum bersara. Kalau bersara umur 55, anda boleh keluarkan duit dalam Akaun 2 apabila berumur 50 tahun.

    Anda boleh keluarkan duit dalam Akaun 2 dan gunakan untuk pelbagai perkara seperti membuat pembayran pendahuluan rumah pertama, menyelesaikan baki duit pinjaman perumahan, membiaya pendidikan diri sendiri mahupun anak-anak dan boleh juga digunakan untuk menampung kos perubatan diri sendiri dan anak-anak.

    Walau bagaimanpuan, sama seperti penjelasa di atas, akibat COVID-19 dan lockdown, ramai yang terpaksa mengeluarkan duit KWSP daripada Akaun 2 seperti yang dibenarkan kerajaan dalam i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar.

    Sekiranya anda layak keluarkan amaun yang maksimum, bermakna anda telah keluarkan RM31,000.

    Bagi yang sudah dapat pembayaran Pengeluaran Khas, ada check baki KWSP? Jujur, sedih tak?

    Beza Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP

    Secara ringkasnya, Akaun 1 adalah untuk simpanan hari tua dan Akaun 2 untuk persediaan sebelum bersara. Sekiranya boleh, tahan diri untuk keluarkan duit kalau tidak betul-betul memerlukan.

    Kalau setakat untuk beli Thermomix, tidak perlu. Tapi kalau betul-betul nak guna untuk makan dan bayar hutang, dipersilakan. Yang penting, jangan lupa bayar zakat KWSP supaya lebih berkat.

    Akhir kata

    Tujun artikel ini ditulis bukan untuk membuat darah golong B40 dan marhaen lebih mendidih. Kami sekadar berkongsi apa yang kami rasa.

    Kami harapkan anda lebih jelas dengan penerangan berkenaan kenapa KWSP ada 2 akaun. Diharapkan agar anda lebih bersifat terbuka dan berlapang dada kenapa kerajaan asalnya tidak bersetuju dengan pengeluaran daripada Akaun 1.

    Apa-apa pun, kami doakan kewangan anda dan keluarga semakin kukuh dengan pengeluaran yang telah dilakukan.

    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply