Kalau anda teringin tengok baki Tabung Haji terus dalam Maybank2u, anda perlu link dulu akaun Tabung Haji dengan Maybank. Mudah sahaja, boleh link guna ATM dan juga Maybank2u.
Izinkan kami berkongsi.
Cara link Tabung Haji dengan Maybank di ATM (Langkah 1)
Berikut ialah cara untuk link akakun Tabung Haji anda dengan Maybank:
- Pertama sekali, pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan dengan anda.
- Masukkan kad ATM anda pada mesin tersebut.
- Kemudian, masukkan nombor PIN anda seperti biasa
- Menu utama akan terpapar. Pilih TABUNG HAJI (TH).
- Pada paparan seterusnya, masukkan nombor akaun TH anda. Setelah memasukkan dan pasti bahawa ia tepat, tekan YA.
- Paparan pengesahan akan tertera. Sahkan nombor akaun TH yang tertera, serta nombor siri buku akaun TH. Sekiranya kedua-dua nombor ini adalah milik anda, tekan pada YA.
- Selesai
Cara link Tabung Haji dengan Maybank melalui Maybank2u (Langkah 2)
Pastikan anda sudah selesaikan Langkah 1 seperti di atas dengan mengesahkan nombor akaun Tabung Haji melalui ATM.
Seterusnya, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman web rasmi Maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my
- Pada laman tersebut, tekan butang Back to the Classic Maybank2U.
- Kenapa guna Classic? Kami rasakan ini lebih mudah berbanding yang baru.
- Kemudian, login ke akaun anda. Mula-mula, masukkan username anda pada ruangan Username. Masukkan Username anda dan tekan butang Next.
- Seterusnya, sahkan gambar dan Security Phrase yang tertera. Sekiranya milik akaun anda, tekan butang Yes.
- Selepas itu, masukkan password anda pada ruangan Password.
- Tekan butang Login.
- Kemudian, menu akan tertera. Tekan link Accounts & Banking.
- Pada paparan seterusnya, pergi ke bahagian kiri skrin (sekiranya menggunakan komputer/laptop). Tekan linkTabung Haji.
- Anda akan dapat akses ke akaun Tabung Haji anda melalui Maybank2U,kerana anda telah melengkapkan pendaftarannya untk disambung dengan Maybank2U melalui mesin ATM.
- Di paparan skrin, anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti menyemak baki akaun anda, melakukan transaksi pindahan wang ke akaun lain, mengeluarkan wang Tabung Haji anda dan sebagainya.
- Proses pendaftaran anda selesai.
Ada masalah untuk connect Tabung Haji?
Sekiranya anda mempunyai masalah, sila hubungi pihak Maybank di talian 1-300-88-6688. Jangan telefon Tabung Haji kerana ini adalah urusan Maybank.
Akhir kata
Seperti yang ditunjukkan dalam langkah-langkah ringkas seperti di atas, cara link Tabung Haji dengan Maybank ini cukup mudah.
Kini, anda tak perlu lagi pergi ke cawangan semata-mata untuk buat semakan baki Tabung Haji.
Semoga bermanfaat.