Perbankan Internet Ambank merupakan satu sistem perbankan yang membolehkan pelanggan-pelanggan berdaftar untuk login Ambank dan seterusnya melakukan transaksi perbankan secara online melalui https://ambank.amonline.com.my. Ini termasuk urusan harian seperti pembayaran bil, pemindahan wang menggunakan fungsi Instant Transfer Ambank, semak baki akaun Ambank dan macam-macam lagi.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi semua perkara yang berkaitan dengan hal-hal login Ambank.
Cara Login Ambank Online
Berikut ialah cara login Ambank melalui Perbankan Internet Ambank:
- Klik pautan Perbankan Internet Ambank di sini: https://ambank.amonline.com.my
- Halaman utama AmOnline akan terpapar
- Login ambank.amonline.com.my seperti biasa
- Masukkan Username
- Klik Log In Now
- Sila sahkan Security Image dengan menekan butang Yes
- Masukkan Password
- Tekan butang Log In
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem AmOnline
- Lakukan transaksi yang diingini seperti bayar bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui AmOnline
- Selesai
Tak Boleh Login Ambank?
Ada beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah untuk log masuk Ambank.
Antara masalah yang selalu berlaku dan penyelesaian kepada permasalahan login Ambank ini adalah seperti berikut:
- Tersilap Kata laluan Ambank. Apabila ini berlaku, cuba ingat semula dan pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Pastikan anda tidak menggunakan aksara atau simbol yang tidak dibenarkan dalam kata laluan anda. Jika anda lupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan atau reset password Ambank anda.
- Tersilap username. Nampak macam tak logik, tapi ia sememangnya berlaku. Periksa sama ada anda telah melakukan kesalahan semasa mendaftar username anda. Jika ya, anda perlu menghubungi bank anda untuk mendapatkan bantuan.
- Sambungan Internet lemah dan bermasalah. Jika line nampak slow macam siput, pastikan anda menggunakan sambungan Internet yang stabil sebelum mencuba log masuk.
- Perkhidmatan Ambank online ditutup. Mohon anda pastikan perkhidmatan Internet Banking tidak ditutup untuk maintenance atau sebab lain. Boleh rujuk Twitter untuk melihat status terkini.
- Masalah cache pada browser. Cuba clear cache dan cookies pada pelayar atau browser anda seperti Google Chrome, Safari, Firefox dan lain-lain lagi. Ini boleh membantu menyelesaikan masalah log masuk yang disebabkan oleh data lama yang tersimpan pada pelayar anda.
- Masalah browser itu sendiri. Cuba gunakan pelayar yang berbeza untuk log masuk Ambank. Ini boleh membantu mengesan jika masalah tersebut disebabkan oleh pelayar yang anda gunakan atau tidak.
Jika anda jenis orang yang celik IT, anda boleh cuba reset password Ambank sendiri secara online melalui https://ambank.amonline.com.my. Tidak susah mana pun. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.
Jika tidak berani, sila hubungi Customer Service Ambank jika anda masih mengalami masalah log masuk atau perlu bantuan untuk menetapkan semula kata laluan.
Cara Reset Kata Laluan Ambank Secara Online
Kami faham, anda mahu cepat dan mahu reset kata laluan Ambank sendiri.
Boleh ikuti panduan ringkas berkenaan cara reset password Ambank ini. Sila bersedia dengan telefon bimbit anda di sisi kerana pihak Ambank akan menghantar SMS TAC Ambank atau OTP untuk verifikasi.
Cara Reset Password ambank.amonline.com.my Melalui Customer Service
Kalau anda malas nak fikir dan tak ada masa nak Google cara reset password Ambank, anda boleh sahaja hubungi Customer Service Ambank.
Berikut ialah cara menetapkan semula kata laluan Ambank anda dengan bantuan Customer Service:
- Buat panggilan ke AmBank di talian 03-2178 8888
- Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Untuk memudahkan urusan pertanyaan berkenaan login, pilih Bahasa Melayu
- Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab oleh Customer Service AmBank
- Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
- Untuk tidak melengahkan masa, terus berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
- Beritahu Customer Service, anda ada masalah untuk login
- Sekiranya perlu, Customer Service di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses verifikasi
- Untuk proses verifikasi ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
- Ini adalah untuk memastikan bahawa anda benar-benar pemilik akaun ini
- Pihak Customer Service di talian akan membuat proses verifikasi terlebih dahulu
- Seterusnya, pihak Customer Service akan membantu anda buat semakan berkenaan akaun anda
- Jika betul-betul tak ingat password, minta Customer Service reset password
- Terus kekal di talian sementara pihak Customer Service membantu menyelesaikan masalah login dan password anda
- Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah login anda akan diselesaikan oleh Customer Service
- Selesai
Macam Mana Cara Memilih Password Yang Baik?
Secara asasnya, gunakanlah kombinasi huruf besar dan kecil, angka, dan simbol. Ini akan meningkatkan kekerapan kesukaran kata laluan untuk diteka.
- Jangan gunakan kata-kata yang mudah diperoleh, seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor telefon.
- Jangan gunakan kata-kata yang sama untuk akaun yang berbeza.
- Jangan simpan kata laluan Ambank anda di telefon atau komputer anda.
- Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa.
- Sesekali menukar kata laluan Ambank anda, ia akan menambahkan lagi lapisan keselamatan.
- Gunakan panjang kata laluan yang cukup panjang, sekurang-kurangnya 8-12 aksara
Kalau Masih Tak Boleh Login, Boleh Pergi Ke Cawangan Ambank?
Selalunya, masalah login Ambank boleh diselesaikan secara online sahaja.
Namun, dalam kes-kes tertentu, ada kalanya anda pergi hadirkan diri ke cawangan Ambank berhampiran untuk proses verifikasi yang lebih terperinci.
Jika ini berlaku, ikuti panduan berikut:
- Sila pergi ke cawangan AmBank yang berhampiran
- Pastikan bawa Kad Pengenalah dan buku bank (jika ada) untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
- Jika tiada buku, anda boleh sahaja tunjukkan screenshot nombor akaun AmBank anda
- Ambil nombor giliran
- Duduk di tempat yang disediakan
- Tunggu seketika, sementara nombor dipanggil
- Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
- Serahkan Kad Pengenalan supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
- Maklumkan masalah login anda pada pegawai bank yang bertugas
- Pegawai bertugas tersebut akan bantu anda selesaikan permasalahan login anda yang mungkin tidak dapat dibantu oleh pihak Customer Service AmBank
- Sebelum beredar, pastikan tanya apa-apa soalan berkenaan Perbankan Internet
- Selesai
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara login Ambank ini akan memudahkan urusan perbankan anda.
Seperti yang dimaklumkan tadi, masalah log masuk Ambank mungkin berlaku akibat beberapa sebab seperti kata laluan yang salah, sambungan internet lemah, atau perkhidmatan internet banking yang ditutup.
Namun, dengan mengikuti langkah-langkah yang disarankan seperti menyemak kata laluan anda, memastikan sambungan internet yang stabil, dan menghubungi Ambank, anda boleh menyelesaikan masalah ini.
Ingat juga, untuk menjaga keselamatan akaun anda, pastikan anda memilih kata laluan Ambank yang kuat dan kerap menukarnya.
Semoga bermanfaat.