What's Hot

    Sekiranya anda sudah mempunyai kad Bonuslink yang membolehkan anda kumpul mata ganjaran, anda boleh login Bonuslink untuk melihat berapa jumlah points yang terkini.

    Seronok bila isi minyak di Shell dan dapat redeem banyak benda seperti voucher, annual fee waiver bagi kad kredit AmBank, Touch n Go RFID, gajet dan macam-macam lagi. Menarik bukan?

    Untuk makluman, kad Bonuslink ini sangat sesuai untuk individu yang memang selalu isi minyak dengan kadar yang banyak. Pendek kata, bila isi minyak, memang lebih RM100 dan ke atas. Dengan berbelanaja banyak, maka banyaklah mata ganjaran.

    Izinkan kami berkongsi.

    1. Link untuk login BonusLink

    Berikut ialah panduan ringkas untuk login BonusLink. Jika masih lagi belum register, sila baca berkenaan proses pendaftaran BonusLink terlebih dahulu.

    Seperkara lagi, pastikan kad BonusLink anda ada di hadapan anda sekarang. Ini kerana proses untuk log masuk BonusLink memerlukan beberapa maklumat penting yang perlu diisi yang terdapat pada kad tersebut.

    1. Layari laman web rasmi BonusLink di sini: https://bonuslink.com.my
    2. Lihat di bahagian menu sebelah atas
    3. Klik ikon yang berbentuk orang
    4. Di bahagian Welcome, klik Member Login
    5. Jika ini kali pertama login, anda dikehendaki untuk set PIN menggunakan Date of Birth dalam format DDMMYY.
    6. Boleh rujuk link untuk setup PIN Date of Birth
    7. Seterusnya, masukkan BonusLink Card No
    8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) yang baru
    9. Atau masukkan Nombor Kad Pengenalan lama, nombor passport atau nombor tentera / polis
    10. Tekan butang Submit
    11. Sekarang, kembali semula ke bahagian Member Login
    12. Masukkan BonusLink Card No
    13. Masukkan PIN atau Date of Birth yang dimasukkan sebentar tadi
    14. Tekan butang LOGIN
    15. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya login BonusLink

     

    2. Terlupa PIN, macam mana nak reset?

    Terlupa PIN itu perkara biasa. Nasib baik BonusLink menyediakan kaedah yang mudah untuk reset PIN.

    Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan:

    1. Layari laman web BonusLink yang dikhaskan untuk reset PIN di sini: https://www.bonuslink.com.my/MY/PINreintro.aspx
    2. Download aplikasi BLINK samada melalui Google Play atau App Store
    3. Ikuti langkah-langkah yang diberikan sehingga selesai

     

    3. Macam mana cara semak pendaftaran Bonuslink berjaya dan sudah aktif?

    Untuk mengetahui samada kad Bonuslink anda sudah diaktifkan atau belum, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

    1. Layari laman CHECK BONUSLINK REGISTRATION di sini: https://iots.bonuslink.com.my/CardRegistrationCheck.aspx
    2. Pilih salah satu:
      • New IC No
      • Old IC No
      • Passport
      • Mobile No
    3. Kami andaikan anda pilih New IC No, jadi masukkan sahaja Nombor MyKad anda
    4. Seterusnya, tekan butang Search
    5. Sekiranya pernah mendaftar, anda akan dapat melihat paparan berikut:
      • BonusLink Card Registration found!
      • Member Name
      • BonusLink Card Number
    6. Selesai

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian link login BonusLink ini akan memudahkan lagi urusan anda.

    Jangan lupa kumpul points banyak-banyak untuk redeem nanti. Kalau anda isi minyak di beberapa stesen lain seperti Petroas, anda juga boleh daftar Kad Mestra Petronas.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    1 Comment

    Leave A Reply