What's Hot

    Yang sudah mahir, sila main jauh-jauh. Bagi anda yang tidak biasa dengan perbankan Internet Malayan Banking Berhad, berikut ialah cara untuk login maybank2u.com.my yang boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang cukup mudah.

    Izinkan kami berkongsi.

    Login maybank2u.com.my versi baru

    Masuk-masuk sahaja laman web Maybank2u, anda akan dapat lihat paparan My Username. Ini adalah laman web maybank2u.com.my versi baru.

    1. Layari laman web rasmi Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
    2. Masukkan username anda di ruangan My Username.
    3. Kemudian, tekan butang yang berlogo mangga kunci di sebelah.
    4. Tunggu sebentar.
    5. Pada laman seterusnya, akan tertera soalan berkenaan dengan Security Phrase. Sekiranya Security Phrase yang tertera adalah security phrase milik anda, tekan YES.
    6. Seterusnya, pada ruangan My Password, masukkan kata laluan anda.
    7. Kemudian, tekan butang LOGIN.
    8. Login anda ke akaun Maybank2U berwajah baru berjaya.
    9. Selesai

    Login maybank2u.com.my versi lama (Classic version)

    Untuk orang-orang lama yang sudah biasa menggunakan Classic version, pastinya transaksi akan menjadi lebih cepat kerana sudah biasa dengan butang-butang yang ada.

    1. Layari laman web rasmi Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
    2. Lihat bahagian bawah skrin
    3. Tekan butang Back to the classic Maybank2U.
    4. Anda akan dibawa ke paparan login untuk Maybank2U versi lama.
    5. Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda. Tekan butang Next.
    6. Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda settinguntuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda. Tekan butang Yes.
    7. Kemudian, masukkan password anda pada ruangan Password.
    8. Tekan butang Login. Anda tidak boleh akses dan login ke akaun Maybank anda sekiranya hanya menekan butang Enter pada keyboard anda.
    9. Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
    10. Selesai

    Cara first time login Maybank2u

    Bagi yang baru sahaja mendaftar Maybank2u, anda perlu selesaikan urusan first time login www.maybank2u.com.my terlebih dahulu.

    Setelah selesai urusan ini, barulah boleh buat transaksi yang lain.

    1. Layari www.maybank2u.com.my
    2. Klik butang Login yang terletak di bahagian kanan atas laman.
    3. Pada laman seterusnya, tekan butang First time Login?.
    4. Kemudian, belajar untuk banking secara online dengan video tips keselamatan yang dipaparkan.
    5. Kemudian, terdapat ruang untuk mengisi Access No. ; Access No. ialah nombor akses untuk kad debit, kredit atau kad Perbankan Internet, di mana anda perlu mendapatkan nombor ini di kaunter di cawangan Maybank.
    6. Tiada Access No, tidak boleh login Maybank
    7. Pada ruang PIN, masukkan nombor PIN enam digit yang anda tetapkan untuk kad anda.
    8. Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda.
    9. Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda settinguntuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda.
    10. Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
    11. Selesai

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara login maybank2u.com.my ini akan memudahkan lagi urusan anda.

    Sila pastikan kata laluan anda ditukar selalu dengan kombinasi yang sukar diteka oleh scammer. Jika ada masalah, sila tukar password Maybank2u anda.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply