Apa itu My Future Jobs?

My Future Jobs adalah sebuah platform pencarian pekerjaan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia melalui laman web myfuturejobs.gov.my. Platform ini bertujuan untuk membantu warganegara Malaysia mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan minat mereka.

Sistem portal ini berfungsi sebagai pencarian pekerjaan dengan menggunakan teknologi AI dan algoritma yang sah untuk membuat pemadanan kerja yang sesuai berdasarkan kemahiran dan kecekapan pencari kerja.

Apa fungsi My Future Jobs?

Fungsi utama My Future Jobs adalah untuk:

  1. Menyediakan maklumat tentang peluang pekerjaan yang tersedia di Malaysia, termasuk jawatan kosong dalam sektor swasta dan awam.
  2. Menghubungkan pencari kerja dengan majikan yang mencari pekerja dengan kemahiran dan kelayakan yang relevan.
  3. Memudahkan pencari kerja untuk mengemukakan resume dan melamar pekerjaan secara online.
  4. Menawarkan perkhidmatan bimbingan kerjaya dan latihan kepada pencari kerja untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran mereka di pasaran kerja.
  5. Mengumpulkan dan menganalisis data pasaran kerja untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam merancang dan melaksanakan dasar-dasar pekerjaan yang berkesan.

Dengan menggunakan platform My Future Jobs, pencari kerja dapat mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan keperluan mereka, manakala majikan dapat mencari pekerja yang memenuhi keperluan organisasi mereka.

Platform ini membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Cara login myfuturejobs.gov.my

Untuk login myfuturejobs.gov.my, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MYFutureJobs di sini: https://myfuturejobs.gov.my
  2. Pada halaman utama, pilih sama ada Pencari Kerja atau Majikan
  3. Kami andaikan anda pilih Pencari Kerja
  4. Kemudian, klik butang Daftar Masuk
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  6. Masukkan Kata laluan
  7. Tekan butang Log Masuk
  8. Selesai

Tak boleh login myfuturejobs.gov.my

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah untuk login myfuturejobs.gov.my; atau apa-apa lagi isu berkaitan MYFutureJobs, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan MYFutureJobs di 03-8091 5300

Anda juga boleh juga menghantar emel ke alamat [email protected]

Cara daftar My Future Jobs

Untuk membuat pendaftaran My Future Jobs buat kali pertama, sila layari laman web rasmi MyFutureJobs.

  1. Klik di sini: https://myfuturejobs.gov.my
  2. Pilih Pencari Kerja atau Majikan
  3. Kami andaikan anda pilih Pencari Kerja
  4. Lihat di bahagian atas sebelah kanan skrin, klik Daftar masuk
  5. Lihat pada bahagian Sila daftar masuk, klik pada butang Daftar
  6. Seterusnya, masukkan E-mel
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  8. Masukkan Kata Laluan
  9. Tekan butang Daftar
  10. Kemudian, klik butang “Terima sebagai tanda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat
  11. Ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan profil akaun MYFutureJobs anda
  12. Selesai

 

 

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply