Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), institusi perbankan berasaskan Syariah pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, menawarkan pakej pembiayaan peribadi kepada penjawat awam berdasarkan had kelayakan dan tertakluk pada amaun minimum sebanyak RM10,000 dan amaun maksimum sebanyak RM200,000. Tempoh pembayaran maksimum 10 tahun (120 bulan) atau sehingga umur persaraan, yang mana lebih awal

Terma Tawaran Pembiayaan

Peminjam boleh pilih kadar tetap 4.99% setahun atau kadar terapung mulai dari kadar asas 3.90% setahun. Pembayaran atau deposit pendahuluan adalah dua bulan ansuran. Dua bulan ansuran akan dipotong daripada jumlah bersih pinjaman.

Kelebihan Pembiayaan Bank Islam

  • Kadar yang kompetitif
  • Tanpa caj terselindung
  • Tanpa penjamin
  • Tanpa deposit
  • Tanpa fi pemprosesan
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
  • Harga jualan – tetap dan diketahui
  • Kelulusan cepat

Kelayakan

  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir pembayaran
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai pendapatan tetap minimum RM2,000 sebulan
  • Pemohon hendaklah terus menjadi pekerja dalam sektor kerajaan, syarikat kaitan kerajaan dan syarikat senarai awam terpilih serta syarikat Sdn Bhd terpilih.
  • Pemohon diwajibkan mengambil pelan perlindungan Takaful

Dokumen yang diperlukan

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply