Adakah anda disenaraihitamkan (blacklist)? Pasti anda ingin selesaikan hutang anda dalam satu pinjaman, bukan?Jadi, izinkan kami kongsikan cara mohon pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk blacklist.
Sekiranya anda ingin tahu jika dikategorikan sebagai blacklist, bolehlah baca semakan & login CTOS.
Jika anda pejawat awam dan ingin tahu lebih lanjut mengenai permohonan pinjaman peribadi, sila baca pembiayaan peribadi Bank Rakyat.
Nantikan perkongsian kami tentang pinjaman peribadi untuk pejawat swasta dan pesara.
Persediaan
Pinjaman penyatuan hutang merupakan hutang – hutang lama/sedia ada yang disatukan di bawah satu pembiayaan baru. Cara ini selalunya digunakan oleh individu yang terbeban dengan hutang atau yang dikategorikan sebagai blacklist.
Cara ini juga dapat membantu sekiranya pinjaman baru tersebut mempunyai kadar faedah yang lebih rendah bagi memudahkan individu membayar installment bulanan rendah berbanding sebelum ini. Oleh itu, Bank Rakyat telah menawarkan satu pinjaman yang dikenali sebagai pembiayaan peribadi- i penyatuan hutang (debt consolidation).
Siapa yang digalakkan untuk memohonnya?
Pemohon yang mempunyai lebih daripada satu pembiayaan (daripada institusi kewangan berbeza) bagi pembayaran installment seperti:
- kad kredit
- pembiayaan kenderaan
- pembiayaan peribadi
Manfaat yang diperoleh
- Hanya bertumpu kepada satu ansuran sahaja.
- Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
- Kadar keuntungan serendah 2.38% setahun.
- Jumlah pembiayaan sehingga RM200,000.
- Pembiayaan yang patuh syariah.
Cara mohon pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk blacklist
Sebelum anda ke proses permohonan pembiayaan, anda perlu lakukan beberapa perkara terlebih dahulu.
- Pertama sekali, semua pembiayaan/hutang/pinjaman anda perlu disenaraikan. Bagi jelaskan dan kumpulkan semua pinjaman itu, anda harus ketahui baki pembiayaan, kadar faedah yang dikenakan dan ansuran bulanan
- Kemudian, anda harus semak kelayakan pembiayaan anda dengan melawati cawangan Bank Rakyat berdekatan atau menghubungi pusat panggilan Bank Rakyat di 1 300 80 5454.
- Anda mempunyai dua cara bagi mengemukakan pembiayaan selepas mendapatkan semua maklumat yang diperlukan.
- Pertama sekali, layari laman web https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/pembiayaan_i/pembiayaan_peribadi_i_penyatuan_hutang-13/personal
- Klik butang Mohon Sekarang yang berada di sebelah kanan skrin anda.
- Masukkan maklumat yang diminta seperti:
- Salutation (Encik, Puan atau Cik).
- Nama.
- Nombor Telefon.
- E-mel.
- Pilih Ya atau Tidak pada ruangan Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat.
- Pilih Ya atau Tidak sekiranya anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran.
- Tandakan pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
- Pilih produk pilihan yang diingini:
- Simpanan-i & Deposit-i
- Pembiayaan Peribadi-i
- Pembiayaan Pendidikan-i
- Pembiayaan Kenderaan-i
- Pembiayaan Perumahan-i
- Pajak Gadai-i
- Perbankan Internet
- Kad-i
- Perancangan Kewangan
- Pembiayaan Mikro-i
- Pembiayaan Perniagaan-i
- Lain-lain
- Tandakan pada kotak I’m not a robot.
- Klik pada butang Hantar.
- Kemudian, pihak bank akan menghubungi anda.
Selain cara di atas, anda boleh menghubungi pusat panggilan di 1300 80 5454 atau lawati cawangan Bank Rakyat berhampiran dengan anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pembiayaan peribadi- i penyatuan hutang.
Permohonan melalui online bagi pembukaan akaun pembiayaan tidak dibenarkan untuk masa kini seperti dinyatakan di https://www2.irakyat.com.my/personal/welcome/welcome.do?FAQ=.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian di atas dapat memudahkan lagi urusan anda.
Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman peribadi di BSN dan Agro Bank, sila baca BSN dan Agro Bank. Tapi, pastikan anda seorang kakitangan kerajaan.
Bagi kakitangan swasta pula, anda boleh baca pinjaman peribadi AEON.
Semoga bermanfaat.