What's Hot

    Bagi anda yang mungkin masih belum tahu adanya pinjaman peribadi BigPay, inilah masanya untuk anda ambil tahu. Anda juga tidak perlu membuang masa untuk mencari maklumat tentangnya kerana kami telah kongsikan di dalam artikel ini.

    Namun, sebelum anda pergi dengan lebih lanjut. Mari ketahui serba sedikit mengenai BigPay.

    Apa itu BigPay?

    BigPay adalah salah satu aplikasi digital e-wallet yang dilancarkan oleh BigPay Later Sdn Bhd untuk memudahkan urusan anda dengan melakukan pelbagai transaksi atau pembayaran hanya melalui telefon pintar dan banyak lagi kemudahan lain.

    Boleh dikatakan, ia juga mempunyai fungsi yang lebih kurang sama seperti TouchnGo, Shopeepay dan seumpamanya. Selain itu, BigPay turut memberikan kad prabayar kepada penggunanya yang membolehkan pengeluaran wang dilakukan di mana-mana mesin ATM dan membuat pembayaran seperti kad debit.

    Untuk pengetahuan anda, anda boleh memuat turun aplikasi BigPay ini di Google Play Store untuk pengguna Android atau di App Store untuk pengguna Iphone.

    Itulah serba sedikit pengenalan tentang BigPay. Sekarang, jom teruskan kepada pinjaman peribadi BigPay.

    Izinkan kami berkongsi.

    Pinjaman peribadi BigPay

    Berikut merupakan jenis pembiayaan peribadi yang ditawarkan di BigPay.

    Pinjaman Peribadi BigPay (BigPay Personal Loans)

    Produk ini adalah pinjaman peribadi tidak bercagar dan sepenuhnya dijalankan secara digital. Apa yang menarik tentang pinjaman ini ialah selepas permohonan anda lulus, anda akan menerima wang dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Jadi tidak perlu tunggu lama-lama dan sesuai untuk mereka yang memerlukan wang segera atau dalam kecemasan.

    Selain itu, ia tidak menetapkan sebarang dokumen untuk diproses dan hanya perlu mempunyai akaun BigPay Malaysia e-wallet bagi membuat permohonan. Mudah bukan?

    Melalui pinjaman ini, anda boleh memohon pembiayaan minimum RM1,000 sehingga maksimum RM10,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman dari 1 bulan sehingga 6 bulan. Caj kadar faedah yang akan dikenakan pula adalah bermula serendah 3% sehingga maksimum 12%.

    Sila ketahui secara ringkas mengenai Pinjaman Peribadi BigPay melalui jadual di bawah:

     

    Kadar faedah

    3% sehingga 12%

    Tempoh pinjaman

    1 bulan sehingga 6 bulan

    Jumlah pinjaman

    Minimum RM1,000 sehingga maksimum RM10,000

    Sektor pekerjaan

    Pengguna BigPay

    Kelayakan

    • Semua pengguna BigPay di Malaysia
    • Perlu menjalani penilaian dan semakan kredit

    Tempoh kelulusan

    Dalam beberapa minit atau 1 hari waktu bekerja

     

    Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman ini melalui maklumat tambahan di bawah.

    Kelayakan untuk memohon

    Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

    • Semua pengguna BigPay di Malaysia.
    • Perlu menjalani penilaian dan semakan kredit.

     

    Dokumen diperlukan

    Anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen untuk memohon pinjaman ini.

     

    Bagaimana corak pembayaran bulanan Pinjaman Peribadi BigPay?

    Bayaran balik pinjaman anda adalah berdasarkan jumlah dan tempoh pinjaman anda. Ini juga akan dikira termasuk kadar faedah rata dan yuran setem kecil di mana ia merupakan cukai ke atas dokumen sah yang dikutip oleh kerajaan Malaysia.

    Di samping itu, setiap bayaran balik bulanan anda akan mengandungi kadar faedah dan prinsipal pinjaman. Bagi memudahkan anda untuk mendapat gambaran keseluruhan pinjaman yang tepat, gunakan kalkulator pinjaman pada aplikasi BigPay untuk mendapatkan sebut harga yang lebih terperinci.

     

    Di mana boleh memohon pinjaman ini?

    Sekiranya anda berminat untuk memohon personal loan dari BigPay ini. Anda boleh dapatkannya hanya melalui aplikasi BigPay yang boleh dimuat turun di gedung aplikasi pada telefon pintar anda.

    Apa yang perlu anda lakukan adalah mendaftar akaun BigPay terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah mudah ini:

    1. Pilih Pinjaman pada bahagian Pembayaran.
    2. Nyatakan jumlah dan tempoh yang ingin anda mohon (anda akan menerima sebut harga dalam beberapa saat).
    3. Lengkapkan borang dengan maklumat yang tepat.
    4. Jika permohonan anda diluluskan, jumlah pinjaman yang anda mohon akan didepositkan secara automatik dalam akaun BigPay anda.
    5. Tahniah! Anda telah berjaya mohon pinjaman peribadi BigPay.

     

    PERHATIAN

    *Untuk sebarang maklumat lanjut, panduan atau rujukan mengenai Pinjaman Peribadi BigPay. Sila semak halaman ini atau bahagian FAQs ini.

     

    Akhir kata

    Sekian sahaja penulisan kami mengenai pinjaman peribadi BigPay. Diharapkan dengan perkongsian ini dapatlah menjawab semua persoalan anda tentang personal loan yang disediakan oleh pihak BigPay dan memberikan faedah kepada sesiapa sahaja yang mebaca artikel ini.

    Selain daripada pembiayaan ini, anda juga boleh mohon pinjaman peribadi Co-opbank, Bank Rakyat dan banyak lagi.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    2 Comments

    Leave A Reply