Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement Affin Bank kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.
Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.
Cara Print Statement Affin Bank Online
Untuk dapatkan penyata Affin Bank, kau perlu ada Internet Banking Affin Bank. Kalau tidak, memang tak boleh masuk Affin Always.
Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement Affin Bank.
- Layari laman web rasmi Affin Bank di sini: https://rib.affinalways.com/retail/#!/login
- Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet Affin Bank
- Login rib.affinalways.com seperti biasa
- Masukkan Username
- Sahkan Secure Word dan Secure Image seperti yang terpapar
- Masukkan Password
- Tekan butang Login
- Kalau semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam dashboard Affin Always
- Klik Services
- Klik e-Statement
- Klik Download e-Statement
- Pilih akaun seperti yang terpapar
- Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki mengikut Statement Date
- Download statement Affin Bank yang dikehendaki
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
- Tekan butang Print
- Selesai
Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Affin Bank kau yang tak berapa banyak itu.
Ada Cara Print Mini Statement Affin Bank di ATM?
Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Affin Bank melalui ATM.
Masalahnya ialah aku tak ada akaun Affin Bank untuk kongsikan dengan kau.
Cuma kau boleh ikuti langkah-langkah umum ini:
- Masukkan kad ATM Affin Bank kau
- Masukkan nombor PIN
- Cari fungsi Penyata Mini
- Tekan menu Penyata Mini seperti yang terpapar
- Akan keluar kertas resit kecil daripada ATM
- Selesai
Boleh Download Penyata Affin Bank Guna Apps AFFINMAX Mobile?
Ya, memang boleh.
Cuma aku tak rajin nak tulis guide Affin Bank ini sebab caranya agak renyah.
Kena download apps Affin Bank, login, klik sana, klik sini.
Leceh.
Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Affin Bank guna apps iPhone dan Android.
- Untuk iPhone, sila download aplikasi AFFINMAX Mobile melalui Apple App Store
- Untuk Android, sila download aplikasi AFFINMAX Mobile melalui Google Play
Kenapa Perlu Print Statement Affin Bank Terkini?
Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Affin Bank.
Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Affin Bank untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Affin Bank.
Ini kerana bank-bank seperti Affin Bank perlu mengesahkan pendapatan kau.
Takkan Affin Bank nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.
Ini penting bagi Affin Bank untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.
Untuk penyata mini Affin Bank melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.
Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi Affin Bank terkini.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Affin Bank secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Semoga bermanfaat.