What's Hot

    Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement Bank Islam kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

    Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

    Cara Print Statement Bank Islam Online

    Untuk dapatkan penyata Bank Islam, kau perlu ada Internet Banking Bank Islam. Kalau tidak, memang tak boleh masuk bankislam.biz

    Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement Bank Islam:

    1. Layari laman web rasmi Bank Islam di sini: https://www.bankislam.biz
    2. Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet Bank Islam
    3. Login bankislam.biz seperti biasa
    4. Klik INTERNET BANKING LOGIN
    5. Masukkan USER ID
    6. Sahkan Private Image dan Private Word seperti yang terpapar
    7. Masukkan PASSWORD
    8. Tekan butang LOGIN
    9. Kalau semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam dashboard Bank Islam
    10. Klik menu My Accounts > E-Statement > Download
    11. Pilih Account/Card
    12. Tekan Submit
    13. Pilih tarikh atau bulan yang dikehendaki
    14. Download statement Bank Islam yang dikehendaki
    15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
    16. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
    17. Tekan butang Print
    18. Selesai

    Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Bank Islam kau yang tak berapa banyak itu.

     

    Ada Cara Print Mini Statement Bank Islam di ATM?

    Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Bank Islam melalui ATM.

    Selalunya, ia dipanggil penyata mini Bank Islam.

    Walau bagaimanapun, tak semua bank ada fungsi ini.

    Ini cuma panduan asas untuk dapatkan penyata Bank Islam.

    Ikuti panduan mudah ini:

    1. Masukkan kad ATM Bank Islam anda
    2. Pilih Bahasa
    3. Untuk mudah faham, pilih Bahasa Melayu
    4. Masukkan PIN
    5. Pilih Khidmat Penyata
    6. Pilih Penyata Mini
    7. Pilih Cetak
    8. Tunggu sebentar
    9. Penyata ringkas akan dicetak keluar
    10. Selesai

     

    Boleh Download & Cetak Penyata Bank Islam Guna Apps?

    Ya, memang boleh.

    Cuma aku tak rajin nak tulis guide Bank Islam ini sebab caranya agak renyah.

    Kena download apps Bank Islam, login, klik sana, klik sini.

    Leceh.

    Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Bank Islam guna apps iPhone dan Android.

     

    Kenapa Perlu Print Statement Bank Islam Terkini?

    Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Bank Islam.

    Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Bank Islam untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Bank Islam.

    Ini kerana bank-bank seperti Bank Islam perlu mengesahkan pendapatan kau.

    Takkan Bank Islam nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

    Ini penting bagi Bank Islam untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

    Untuk penyata mini Bank Islam melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.

    Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi Bank Islam terkini.

    • Untuk iPhone, boleh download aplikasi GO by Bank Islam melalui Apple App Store
    • Untuk Android, boleh download aplikasi GO by Bank Islam melalui Google Play

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Bank Islam secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply