Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement CIMB kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.
Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.
Cara Print Statement CIMB Clicks Online
Untuk dapatkan penyata CIMB, kau perlu ada Internet Banking CIMB. Kalau tidak, memang tak boleh masuk.
Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement CIMB.
- Layari laman web rasmi CIMB di sini: https://cimb.com.my
- Anda kini berada di laman utama Perbankan Internet CIMB
- Klik simbol kunci di bahagian atas sebelah kanan
- Pilih CIMB Clicks
- Login cimb.com.my seperti biasa
- Masukkan User ID
- Sahkan frasa SecureWord seperti yang terpapar
- Masukkan Password
- Tekan Login
- Kalau semuanya berjalan lancar, anda akan masuk ke dalam dashboard CIMB Clicks
- Pilih menu Services
- Pilih eStatement > Klik View eStatement
- Pilih bulan atau tarikh yang dikehendaki
- Download statement CIMB yang dikehendaki
- Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
- Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
- Tekan butang Print
- Selesai
Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan CIMB kau yang tak berapa banyak itu.
Ada Cara Print Statement CIMB Bank di ATM?
Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement CIMB melalui ATM.
Selalunya, ia dipanggil penyata mini CIMB.
Walau bagaimanapun, tak semua bank ada fungsi ini.
Ini cuma panduan asas untuk dapatkan penyata CIMB.
Ikuti panduan mudah ini:
- Masukkan kad ATM CIMB anda
- Pilih bahasa
- Untuk mudah faham, pilih Bahasa Melayu
- Masukkan PIN
- Pilih Perkhidmatan Penyata
- Pilih Penyata Mini
- Tunggu sebentar
- Penyata mini akan dicetak
- Selesai
*Caj 50 sen akan dikenakan dalam akaun anda
Boleh Download Penyata CIMB Clicks Guna Apps?
Ya, memang boleh.
Cuma aku tak rajin nak tulis guide CIMB ini sebab caranya agak renyah.
Kena download apps CIMB, login, klik sana, klik sini.
Leceh.
Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement CIMB guna apps iPhone dan Android.
- Untuk iPhone, boleh download aplikasi CIMB Clicks Malaysia melalui Apple App Store
- Untuk Android, boleh download aplikasi CIMB Clicks Malaysia melalui Google Play
Kenapa Perlu Print Statement CIMB Bank Terkini?
Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini CIMB.
Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement CIMB untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi CIMB.
Ini kerana bank-bank seperti CIMB perlu mengesahkan pendapatan kau.
Takkan CIMB nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.
Ini penting bagi CIMB untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.
Untuk penyata mini CIMB melalui ATM, selalunya ia adalah untuk simpanan peribadi.
Kadang-kadang, ada orang yang memang sengaja cetak penyata mini untuk lihat transaksi CIMB terkini.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement CIMB secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.
Semoga bermanfaat.